Tuesday, June 17, 2014

Selamat hari ummi & babah

Semalam Afwan balik sekolah bagi 1 lagi kad..kad hari bapa katanya. Cikgu cakap bagi kat babah..ok, satgi babah balik baru bagi ye nak.

Bulan lepas dah bagi kat ummi, ok lupa nak update sini.

Seronok pulak rasanya bila anak dah besar, dah p tadika, bawak balik kad untuk hargai kita..sangat terharu anak dah besar!

Alhamdulillah..moga jadi anak yang baik ye sayang ummi & babah.

Monday, June 9, 2014

Penyusuan & puasa

Alhamdulillah...syukur sangat hari ni! Dapat 5oz lebih! Rasanya dalam sebulan ni ummi tak dapat banyak tu..ni dah kira banyak untuk ummi comey macam chek ni..hihihi..pam macam biasa, cuma sehari dua ni kalau agak sibuk sikit, memang ummi tak pam ontime. Apapun bersyukur sangat hari ni dapat banyak tu walaupun tengah ganti puasa!


Makan apa sahur tadi? Ok, ummi makan nasik goreng kampung yang babah buat..hehe..minum setengah gelas ESP dan beberapa mug air kosong. 

Ok, cakap pasal ESP Shaklee,memang elok diambil time sahur sebab ianya buatkan kita lebih bertenaga & rasa kenyang lebih lama. Kalau nak kata tak lapar tu, tak mungkin kot sebab puasa mesti rasa jugak kan. Tapi kalau sampai halfday tu memang tak rasa apa lagi la..fresh ja rasa. 



Tengok..sapa kata puasa boleh kurangkan susu? Alhamdulillah..moga ianya berterusan. Sebenarnya apapun terletak ke atas diri kita kan..jika kita fikir "aku boleh", mesti boleh! Jika kita asyik cakap "ah, letihla..tengokla lepas ni stop la kot pam susu..", hmm makanya memang dah hilang semangat tu, nak buat macammana lagi kan..kita sendiri yang create rasa tu, so takkan orang lain boleh tolong delete perasaan tu..huhu.

Apapun, doakan ummi berjaya menyusukan Ariana terus..paling hebat 2 tahun ok. InsyaAllah..go2 caiyok Riesha Ded! Hehe..


Sunday, June 8, 2014

Bicara sebelum lunch!

my sign

Nampak tak sign kat atas ni..
dah kena tukar dah..
sekarang bukan ummi for Afwan ja, tapi dah tambah Ariana..
ok, nanti senang ye.

dalam mood jelous sebenarnya ni..
dok tengok orang2 hebat post kat fb & IG pasal National Conference Shaklee.
national tu habaq hang!
ko hado?

Ummi bila lagi?

Depa boleh, aku mesti boleh!
kena naik setangga dulu..
tu yang penting kan! 
kalau tak cuba melangkah, dok tahap tu ja la..
InsyaAllah..apapun ku mesti usaha.
kena cari jalan yang betul..baik!

ok..takmau bebel panjang..

jom lunch dulu!

-Ummi AA

(boleh gitu? hehehe...)

Tuesday, June 3, 2014

Jun sudah..review Kaylena Beaute

Sat ja masa berlalu kan..
Ok, mood nak update mai dah..tu pun ternampak kawan post status cerita kawin kawan sama-sama belajar kat Politeknik dulu kat blog dia..

Nak story apa? Hahaha..
Ok, review pasal Kaylena Beaute..
Dah dekat 3 bulan ummi pakai skin care ni..yang jelas & nyata, takdak sebijik jerawat pun yang tumbuh ok! Seriusly cakap ok..then kulit muka rasa makin cerah. Kadang-kadang tak rajin kan, just pakai bedak (ummi pakai bedak Avon ja tau), nak p kedai ka..dah rasa ok sekarang.. Cumanya mata panda masih lagi jelas di situ, mungkin kena tambah produk Kaylena yang lain khas untuk mata kan? Apa ye namanya..ada kalau tak silap, nanti kita tanya pakcik google noh.

Nak tengok sebelum dan selepas? Hmm alamak, ummi jarang selfie..haha konon..klu ada pon buat simpan sendiri ja..tapi betul apa yang bgtau kat sini memang dari apa yang dirasakan..

Ok..ummi dah tak jadi dropshipper untuk product ni, bukan apa..stokis cakap dia stop sementara atas sebab tertentu..takpa boleh ja cari sapa2 yang jual ok..kat IG tu cuba #kaylena_beaute pasti ada dealer/stokis terdekat kalian..;)