Thursday, July 10, 2014

Cebisan doa buat Gaza





Hanya doa yang mampu dikirimkan buat mereka..

namun, ketahuilah bahawa doa itu sumber kekuatan umat Islam.


Ayuh kawanku..

berdoalah untuk mereka walau secebis..

nescaya Allah Maha Mengetahui.




Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..kita bertemu Ramadhan lagi. Dah hari ketiga hari ni. Sama-samalah kita berlumba-lumba mendapat keberkatan bulan mulia ni. InsyaAllah.

Mesti ibu-ibu paling sibuk kan..tambah2 pulak jika ada anak yang berpuasa. Hmm macam2 request kot..hehe..

Ummi pula tahun ni nak cuba kurangkan ke PARAM, better masak sendiri..tapi sekali sekala pekena ayam panggang tak salah kan..nak panggang sendiri memang tak sempat hari kerja ni..hihihi..anak2 belum start puasa. Cuma Afwan dah tau pasal puasa ni, tengok upin ipin kan..pastu dekat sekolah cikgu dah explain sikit2 pasal puasa. Takpa, baru 5 tahun..yang penting kena belajar solat dulu ye nak. 

Salam Ramadhan semua!

Tuesday, June 17, 2014

Selamat hari ummi & babah

Semalam Afwan balik sekolah bagi 1 lagi kad..kad hari bapa katanya. Cikgu cakap bagi kat babah..ok, satgi babah balik baru bagi ye nak.

Bulan lepas dah bagi kat ummi, ok lupa nak update sini.

Seronok pulak rasanya bila anak dah besar, dah p tadika, bawak balik kad untuk hargai kita..sangat terharu anak dah besar!

Alhamdulillah..moga jadi anak yang baik ye sayang ummi & babah.

Monday, June 9, 2014

Penyusuan & puasa

Alhamdulillah...syukur sangat hari ni! Dapat 5oz lebih! Rasanya dalam sebulan ni ummi tak dapat banyak tu..ni dah kira banyak untuk ummi comey macam chek ni..hihihi..pam macam biasa, cuma sehari dua ni kalau agak sibuk sikit, memang ummi tak pam ontime. Apapun bersyukur sangat hari ni dapat banyak tu walaupun tengah ganti puasa!


Makan apa sahur tadi? Ok, ummi makan nasik goreng kampung yang babah buat..hehe..minum setengah gelas ESP dan beberapa mug air kosong. 

Ok, cakap pasal ESP Shaklee,memang elok diambil time sahur sebab ianya buatkan kita lebih bertenaga & rasa kenyang lebih lama. Kalau nak kata tak lapar tu, tak mungkin kot sebab puasa mesti rasa jugak kan. Tapi kalau sampai halfday tu memang tak rasa apa lagi la..fresh ja rasa. 



Tengok..sapa kata puasa boleh kurangkan susu? Alhamdulillah..moga ianya berterusan. Sebenarnya apapun terletak ke atas diri kita kan..jika kita fikir "aku boleh", mesti boleh! Jika kita asyik cakap "ah, letihla..tengokla lepas ni stop la kot pam susu..", hmm makanya memang dah hilang semangat tu, nak buat macammana lagi kan..kita sendiri yang create rasa tu, so takkan orang lain boleh tolong delete perasaan tu..huhu.

Apapun, doakan ummi berjaya menyusukan Ariana terus..paling hebat 2 tahun ok. InsyaAllah..go2 caiyok Riesha Ded! Hehe..