Tuesday, January 1, 2013

HB low again..& again..ANEMIA!!!

Pagi tadi, aku p monthly checkup kat Klinik Kesihatan..biasalah rutinnya, Alb, Gula, tekanan darah, berat badan & dan part yang paling x best adalah ujian Hb..Hb aku semakin rendah..setiap kali datang cantik je Hb turun..

dari 11.8 > 11.2 > 11.0 > 10.3 > 9.6 gm%..nampak x skala ni? dah tukar kaler merah dah Hb ni dalam buku merah aku..so,terpaksalah jumpa doktor pulak.  Sebenarnya dulu masa pregnant si Afwan pun memang Hb aku sentiasa low, tapi tak sampai ke tahap 9..kali ni lebih teruk rasanya. Xmaula sampai tahap rendah lagi, sbb kalau makin rendah, kena cucuk kt p******g setiap hari selama 10hari, x kuasa mak! 

Masalah aku sekarang, vitamin2 yang dibekalkan oleh klinik tu..aku x dapat nak ambil secara konsisten sebab tekak aku ni x boleh nak telan..dari Obimin dah tukar ke Ferrous Fermurate, itu pun masih x mampu sangat nak menelannya, & Asid Folic langsungla xleh kena tekak ni, maunya muntah kalau salah telan.  Lagila membuatkan aku akan rasa lemah kalau muntah2..

Ni la rupa obimin..besar tu nak telan!
Asid Folic

Hari ni, lepas balik keja nanti..aku kena jugak pergi Farmasi untuk cari Iberet Folic..menurut doktor & pembacaan aku kat internet ni, vitamin ni complete dengan Iron,Vit C,Vit B Complex & Folic Asid..so, x payah aku nak telan vit banyak2 kan.
Perlu consume yg ni plak!!


Disebabkan Hb rendahla..terjadinya ANEMIA! Uishh..apa tu?
Anemia ni kalau korang nak tau, terjadinya sebab rendahnya kandungan hemoglobin (hb) dalam tubuh masa mengandung @ pun boleh juga dikatakan kekurangan sel2 darah merah.  Kalau nak tau lebih lanjut, kat sini ada penerangan tentangnya..

Di antara simptom2 yang aku lalui bila menghadapai anemia ni:
- Mudah letih (ini yg paling kerap terjadi), menyebabkan aku rasa berdebar-debar (jangan harapla aku dapat  pusing2 pasaraya 2 @ 3 jam macam dulu..hu3)
- Muka akan nampak pucat
- Kadang-kadang akan rasa pening macam nak pitam

Memangku sedar bahayanya ni..sebab hampir setiap kali p klinik je, mesti staff nurse akan ulang benda yang sama. Antara bahaya anemia untuk ibu hamil yang diterangkan kepada aku:
- Tumpah darah semasa/selepas bersalin
- keguguran
- kematian ibu / janin
- kelahiran tidak cukup bulan
- kelahiran bayi kurang berat badan

Nauzubillah..Ya Allah, aku mohon Kau periharalah aku dan kandungan ini dari terjadinya perkara-perkara seperti itu.

Jadi, selain vitamin2 tersebut, antara sumber makanan yang baik untuk ibu anemia seperti aku, adalah:
- Organ dalaman
- Kerang/siput/lala
- Tauhu/Daging/Ikan Bilis/
- Vitamin C : Oren/Anggur/Bunga Kobis/Tomato
- Sayuran Hijau: Bayam/Ulam Raja/Peria/ dll

sebenarnya kalau korang nak tau, aku tak makan organ dalaman & segala jenis kerang/siput/lala tu..hu3..tapi  itulah sumber yang terbaik..hu3..lagi satu dugaan untuk aku! nak tak nak, kena paksa diri untuk telan jugak..

dan...yang pasti hubby aku dah pun janji nak bawak makan kerang bakar kat Tanjung Dawai bila dia balik cuti nanti..demi nak bagi aku makan kan! kalau x telan jugak masa tu nanti xtaula..hehehe..

kerang bakar..nampak sedap kan??
hope tekak aku leh terimala nanti..hu3



p/s: semua pic comey2 dalam ni hasil dalam ni adalah hasil en.google..


my sign

Monday, December 31, 2012

Salam 2012, Selamat Datang 2013

Iringi detik2 akhir 2012 dengan doa & harapan moga 2013 akan berlalu lg dgn kenangan manisnya & segala yg pahit hanya tertinggal di situ..

Azam 2013: 
To be a better person, mom & wife!!!
In Shaa Allah.

gambar dari fb Ustazah Nor Bahyah Mahmood




my sign

Tuesday, December 4, 2012

Preparation utk new born..try to fully CD & BF

Assalam. Sat ja dah masuk bulan 12 kan..dah ujung tahun dah. Dan, lebih kurang 4 bulan lagi..in shaa Allah, lahir seorang umat lagi..:-)

Terasa masa begitu cepat berlalu, jadi aku rasa dah boleh start wat preparation untuk new baby ni..x salah kan rasanya kalau aku prepare sikit2, nanti nak beli sekaligus macam banyak plak kan. Bukan sebab terlalu excited, tapi kali ini aku tekad nak start neutral parenting (betul ke ayat aku ni..hihi), maksudnya aku nak cuba untuk fully BF & berCD start dari pantang.

Sebelum ni, anak aku si Afwan..hanya menyusu badan sehingga umurnya lebih kurang 7 bulan saja, & start berCD pun masa umurnya lebih kurang 5 bulan camtu, itupun cding journey aku terhenti seketika, & mula fully CD balik masa Afwan lebih kurang 8 bulan, itupun setelah aku kembali mengikuti group Malaysian Cloth Diapering. Dari situ, aku dapat pakaikan Cd untuk Afwan sampai dia start Potty Training..ternyata pemakaian CD ni bukan sahaja menjimatkan, tapi anakku cepat belajar untuk ke tandas..jadi pada umurnya 2 lebih tahun, dia dah free diapers.

Afwan..ketika masih berCD
Ok..untuk list preparation barang-barang ni, aku jumpa entri yang ditulis oleh Hanz Jamaludin.memang boleh jadi sumber rujukan. Ye la..kadang2 kita sendiri dok ingat ja apa nak beli kan, manatau ada tertinggal nanti (walaupun bukan first time beranak..tapi 3 tahun sekali kan, mesti lupa..hihihi), rujuk sini:


Jadi, untuk preparation dari segi mentaliti plak..aku kenala start membaca, belajar & fahami soal cara-cara, tips  dan apa yang berkaitan dengan 'melampinkan' newborn & macammana nak fully breasfeed nanti.
Untuk mudahkan diri aku nak rujuk serta kawan2 lain yang mungkin akan menghadapi saat-saat seperti aku nanti, di sini aku listkan beberapa blog-blog berguna untuk kita:

Tentang Cloth Diapers untuk Newborn:

Penulis: Kak Long Nuzula 

Penulis: Farhana 

Untuk BF, belum sempat search lagi..nanti dah ada link yang menarik untuk dibaca, aku update lagi ye.
:-)


In shaa Allah, moga kekuatan ini menjadi nyata..Amin.




my sign

Sunday, October 21, 2012

Amalan Ibu Hamil

Ketika kehamilan aku hampir 3 bulan lebih, di saat ini gejala2 alahan tu masih menghantuiku..namun dari hari ke hari keadaan tu bertambah baik..kiranya on & off..sekejap nampak ok, sekejap tidak..namun kali ni memang berbezala dari dulu, macam aku cakap hari tu..loya & muntah sentiasa ada, tapi untuk menjaga dari terus meloya & muntah2 angin tu, aku kena makan..so..pemakanan aku memang kena jaga & ikut time..itula sampai hubby pun kata aku sudah 'booolaaaaat'! Katanya dalam dok loya2 & muntah hampir setiap hari pun makannya mesti!

Kadang2 kesian pulak tengok hubby aku yang kena buat semuanya..tambah2 kerja dapur. Bila balik kampung, mak pula kena sibuk2 masakkan untuk aku..hu3..maaf ye semua..Itulah kan..macam2 pembawakan ni..nak x nak orang di sekeliling aku kena la terima seadanya...hu3..

Ok, cakap bab pemakanan ketika hamil ni..aku nak share penulisan sorang kawan blogger kita ni yang memang berguna untuk ibu2 hamil seperti aku ni..kat sini ye..My FabulousLife .

Daa..jumpa lagi. Selamat beramal! :-)

my sign