Sunday, August 28, 2011

DAM DAM DUM! BUM! BUM! BUNYI MERCUN!

Sana sini dah bunyi mercun dah ni!! terasa kan kemeriahan syawal tu..:-) 
Persiapan 'hangpa' camna? Me..bab2 baju raya dah complete dah. chewah!! 
Tapi bab kuih2 ni, kononnya nak wat sendiri, tp baru dpt 4 jenis..tu pun nasib baik ada adik aku yg tolong...lagipun, adik ipar aku dah wat banyak kt kg tu ha..xler risau sgt..hihi..klu harap aku..hu3..mana nak melayan si Afwan lagi kan! nak tak nak, malam ni @ esok kena gak aku buat kuih kegemaran ayah aku..Biskut Kurma Gulung..janji kena tepati kan..hehe..papun, nah kad raya utk hangpa semua!! Yang balik kampung tu, selamat ye!!! Aku pun akan balik esok!! sama2lah kita selamat sampai ke destinasi..wah, dah terbayang ketupat lemang ni..

Salam Syawal buat semua!! 
moga Syawal yang bakal menjelma ini memberi seribu makna 
buat aku dan keluargaku seperti Ramadhan ini!!


p/s: Harap sangat hubby dapat balik di pagi raya ni..x sanggup lagi merasai kesepian itu!!!

my sign

Tuesday, August 23, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan - Tips

Aku cuba kongsikan apa yang aku terbaca kt sini.
Sama-samalah kita baca dan renung2kan..mampukah aku menghayatinya??
Tanya diri sendiri dulu sebelum menyapa orang lain.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


my sign

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Norma

Sapa tengok MHI pagi tadi? Tentang kisah Norma yang menyentuh hati..tentang ketabahan Talib. Sebenarnya aku pun x tengok pun sbb aku buka tv9 pg tadi. Tapi bila on9 fb tadi, dalam group MCDP, da sorang akak ni yang post tentang kisah ni.




Kalau kawan2 nak tahu kisah selanjutnya, silalah baca entry di blog kak Moon (mintak share ye kak Moon). Kisah ini boleh kita jadikan iktibar dan marilah hulur tangan sama2 membantu, tambah2 di bulan yang mulia ini.

sumber video: youtubemy sign

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

 " Betapa indah & syoknya bulan Ramadhan!!
Sebab tu Selasa cepat2 cari Rabu suruh bagitau Khamis supaya  mesej
kat Jumaat suruh call Sabtu tolong peringatkan Ahad yang Isnin nie dah start puasa!!

~Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Posa jangan x posa!! :-p


p/s:  Baru 3 hari menjejak kaki ke bulan mulia ni..rasanya belum terlambat untuk aku wish kn..:-)



sumber: ayat kat atas tu dr mesej yg diforwardkan oleh rakan sekerja aku. Gambar plak dari encik goggle.