Tuesday, August 12, 2014

Kebaikan air teh bunga kekwa..feveret Afwan


Agak-agak tengok gambar ni perasan tak apa ni? Hehe..ha ni la air teh bunga kekwa. Nampak pekat kan? Ok, ni boleh dikira 'kordial' la..homemade tau ni. Ummi beli dengan bos kat ofis..bukan beliau buat, tapi dia tolong promosikan perusahaan babysitter dia. Bagus kan..tengok macam ni pun dah boleh jadi perniagaan. Kita mesti tak terfikirkan..huhu

Sebenarnya ummi beli sebalang terus ni..buat anakanda ummi, Afwan..sebabnya dia ni suka sangat minum teh, tambah2 lagi dalam kotak tu. Boleh dikatakan setiap hari minta air kotak teh bunga ni..tapi ummi selalu bagi macam-macam alasan la nak p kedai tu, bukan pa..xmau la dia selalu minum air kotak, tau2 la kandungan gula minuman kotak/tin ni kan..walaupun tulis less sugar, xtaula sugar asal tu banyak mana.

Terima kasih buat bos ummi, Puan Nurul yang dah perkenalkan kordial ni..jadi boleh bancuh & kawal 'kemanisan' tu sendiri..

Tadi bila dah dapat air teh bunga ni, ummi terfikir apa kebaikan minum air ni kan..baik tak kalau selalu minum espc anak-anak. Jadi, ni hasil menggoogle tadi..

Kebaikan air teh bunga kekwa secara ringkasnya;
> bertindak menghapuskan bakteria
> kuatkan saluran kapilari (salur darah halus)
> mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik & anti demam
> mampu menyejukkan badan & sesuai diminum bagi yang kena demam panans, panas badan & sakit tekak

Banyak lagi manfaatnya tu..ni ja sempat take note kat sini. Cumanya belum pasti boleh tak anak-anak minum hari-hari.. Sebab Afwan tu suka sangat..Ariana pun nampaknya dah suka apa yang abg dia suka..tu la..tapi secara logiknya dari kebaikan tadi, ummi rasa x dak masalah kan? Apapun jangan berlebihan..ye dak? 


Ok..balik nanti buat sejug, letak dalam peti. Hmm nyaman..ehehe..

Thursday, July 10, 2014

Cebisan doa buat Gaza





Hanya doa yang mampu dikirimkan buat mereka..

namun, ketahuilah bahawa doa itu sumber kekuatan umat Islam.


Ayuh kawanku..

berdoalah untuk mereka walau secebis..

nescaya Allah Maha Mengetahui.




Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..kita bertemu Ramadhan lagi. Dah hari ketiga hari ni. Sama-samalah kita berlumba-lumba mendapat keberkatan bulan mulia ni. InsyaAllah.

Mesti ibu-ibu paling sibuk kan..tambah2 pulak jika ada anak yang berpuasa. Hmm macam2 request kot..hehe..

Ummi pula tahun ni nak cuba kurangkan ke PARAM, better masak sendiri..tapi sekali sekala pekena ayam panggang tak salah kan..nak panggang sendiri memang tak sempat hari kerja ni..hihihi..anak2 belum start puasa. Cuma Afwan dah tau pasal puasa ni, tengok upin ipin kan..pastu dekat sekolah cikgu dah explain sikit2 pasal puasa. Takpa, baru 5 tahun..yang penting kena belajar solat dulu ye nak. 

Salam Ramadhan semua!

Tuesday, June 17, 2014

Selamat hari ummi & babah

Semalam Afwan balik sekolah bagi 1 lagi kad..kad hari bapa katanya. Cikgu cakap bagi kat babah..ok, satgi babah balik baru bagi ye nak.

Bulan lepas dah bagi kat ummi, ok lupa nak update sini.

Seronok pulak rasanya bila anak dah besar, dah p tadika, bawak balik kad untuk hargai kita..sangat terharu anak dah besar!

Alhamdulillah..moga jadi anak yang baik ye sayang ummi & babah.