Monday, November 11, 2013

Kembali Lagi...

Assalam. I'm back!!

Lamanya tak jengah sini..ahkak bz ok..haha..bz la sangat.
Maklumla dah anak dua ni, kerja pun tak menang tangan..macam2 kerja akak buat dik, dari jual kain sampai jual Shaklee dah la ni..ha tu la busy sangat okeh. hahaha..

Ok, sapa2 nak beli kain pasang @ baju kurung moden yg siap pakai, sila la contact akak ye. Takdak gambar-gambar2 lagi, sebab banyak jual offline ja.

Ya..1 lagi akak buat online..Shaklee! Wah, sejak bila pula ni? Nak story sikit..sejak akak ambil Set Pantang Shaklee..ha sejak tu la, akak dah jatuh cinta dengan Shaklee ni. Akak biasa la kalau dah jatuh cinta tu, mesti nak share dengan kawan2 yang lain.  Sambil makan sendiri, sambil jual..nak tengok, sila like fb page Sihat Bermakna Cantik & blog Sha Beauty & Health akak k.

Tu pasal keja2 ye..
Tarra...this is my lil princess, dah nak boleh duduk dah pun! hehe..

Nur Dinie Ariana..heroin susah senyum ni..hihi


my sign

Saturday, April 20, 2013

Adik utk Afwan

Dah 13hari dlm pantang...hah? Pantang?? Mesti da yg trkejut kn..lama xdan nk update blog ni, tup2 dh meletup..hehehe..ni baby ngah tdo, ummi amik peluang jenguk sini la. Bnyk nk update ni sbnrnya, tp online pakai hp ja ni, so terhad sikitla..

Nak tau x dapat baby pa? Ala kt fb, instagram dah update..konfirm semua dh tau kn. Alhamdulillah, dapat adik pompuan utk Afwan..xleh la nak wat geng ultraman dia!! Hehe..

Nak letak pic x blhla plak..guna hp ni nk kena install apps lain plak, line slow.. Nt la ummi godek2 lain.



my sign

Tuesday, January 1, 2013

HB low again..& again..ANEMIA!!!

Pagi tadi, aku p monthly checkup kat Klinik Kesihatan..biasalah rutinnya, Alb, Gula, tekanan darah, berat badan & dan part yang paling x best adalah ujian Hb..Hb aku semakin rendah..setiap kali datang cantik je Hb turun..

dari 11.8 > 11.2 > 11.0 > 10.3 > 9.6 gm%..nampak x skala ni? dah tukar kaler merah dah Hb ni dalam buku merah aku..so,terpaksalah jumpa doktor pulak.  Sebenarnya dulu masa pregnant si Afwan pun memang Hb aku sentiasa low, tapi tak sampai ke tahap 9..kali ni lebih teruk rasanya. Xmaula sampai tahap rendah lagi, sbb kalau makin rendah, kena cucuk kt p******g setiap hari selama 10hari, x kuasa mak! 

Masalah aku sekarang, vitamin2 yang dibekalkan oleh klinik tu..aku x dapat nak ambil secara konsisten sebab tekak aku ni x boleh nak telan..dari Obimin dah tukar ke Ferrous Fermurate, itu pun masih x mampu sangat nak menelannya, & Asid Folic langsungla xleh kena tekak ni, maunya muntah kalau salah telan.  Lagila membuatkan aku akan rasa lemah kalau muntah2..

Ni la rupa obimin..besar tu nak telan!
Asid Folic

Hari ni, lepas balik keja nanti..aku kena jugak pergi Farmasi untuk cari Iberet Folic..menurut doktor & pembacaan aku kat internet ni, vitamin ni complete dengan Iron,Vit C,Vit B Complex & Folic Asid..so, x payah aku nak telan vit banyak2 kan.
Perlu consume yg ni plak!!


Disebabkan Hb rendahla..terjadinya ANEMIA! Uishh..apa tu?
Anemia ni kalau korang nak tau, terjadinya sebab rendahnya kandungan hemoglobin (hb) dalam tubuh masa mengandung @ pun boleh juga dikatakan kekurangan sel2 darah merah.  Kalau nak tau lebih lanjut, kat sini ada penerangan tentangnya..

Di antara simptom2 yang aku lalui bila menghadapai anemia ni:
- Mudah letih (ini yg paling kerap terjadi), menyebabkan aku rasa berdebar-debar (jangan harapla aku dapat  pusing2 pasaraya 2 @ 3 jam macam dulu..hu3)
- Muka akan nampak pucat
- Kadang-kadang akan rasa pening macam nak pitam

Memangku sedar bahayanya ni..sebab hampir setiap kali p klinik je, mesti staff nurse akan ulang benda yang sama. Antara bahaya anemia untuk ibu hamil yang diterangkan kepada aku:
- Tumpah darah semasa/selepas bersalin
- keguguran
- kematian ibu / janin
- kelahiran tidak cukup bulan
- kelahiran bayi kurang berat badan

Nauzubillah..Ya Allah, aku mohon Kau periharalah aku dan kandungan ini dari terjadinya perkara-perkara seperti itu.

Jadi, selain vitamin2 tersebut, antara sumber makanan yang baik untuk ibu anemia seperti aku, adalah:
- Organ dalaman
- Kerang/siput/lala
- Tauhu/Daging/Ikan Bilis/
- Vitamin C : Oren/Anggur/Bunga Kobis/Tomato
- Sayuran Hijau: Bayam/Ulam Raja/Peria/ dll

sebenarnya kalau korang nak tau, aku tak makan organ dalaman & segala jenis kerang/siput/lala tu..hu3..tapi  itulah sumber yang terbaik..hu3..lagi satu dugaan untuk aku! nak tak nak, kena paksa diri untuk telan jugak..

dan...yang pasti hubby aku dah pun janji nak bawak makan kerang bakar kat Tanjung Dawai bila dia balik cuti nanti..demi nak bagi aku makan kan! kalau x telan jugak masa tu nanti xtaula..hehehe..

kerang bakar..nampak sedap kan??
hope tekak aku leh terimala nanti..hu3



p/s: semua pic comey2 dalam ni hasil dalam ni adalah hasil en.google..


my sign