Showing posts with label Review Produk. Show all posts
Showing posts with label Review Produk. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

Still slim & sihat dengan Shaklee

Slim? Ye ka? Nampak macam dah berisi sikit dari lepas pantang..ya betul, memang badan ummi naik sikit dari masa pantang..ye la time pantang memang betul2 pantang, makan dijaga rapi, ikut time..sekarang xdaknya ikut time, makan ja apa yang rasa teringin nak makan..

Tapi..alhamdulillah, dengan mengamalkan Shaklee bermula dari pantang sampai ke hari ni..berat badan saya cuma naik 1-2kg sahaja berbanding anak pertama dulu. Apa yang saya amalkan? Ok, time berpantang dulu saya tak ambil apa2 produk untuk kurus, cuma ambil full set berpantang (vitalea, zinc, vit c, bcom) & ESP. Selepas Ariana dah berumur 6 bulan, saya start ambil lecithin..umum dah tau, lecithin berfungsi untuk pecahkan lemak/toksin dalam badan. Selepas abih sebotol lecithin, saya tukar ambil Omegaguard..kenapa saya tukar? Ok, kesan Omegaguard berbanding Lecithin ni seperti kelajuan bmw dan kancil. Tetapi, harus ingat kesan sesuatu produk memang berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang memang cepat kesannya walaupun ambil lecithin. Tapi bagi ummi, bila dah cuba Omegaguard..terus jatuh cinta. Saya ambil 1biji 2x sehari selepas makan. Selain dari untuk mengawal berat badan dengan memecahkan lemak/toksin, Omegaguard juga mengandungi DHA baik untuk otak. Apatah lagi ibu menyusu macam ummi, sangat bagus amal kerana ianya boleh membantu perkembangan otak anak. Sejak ambil Omegaguard juga rasanya sistem imun badan ummi lebih tahan dari dulu, susah sikit nak dijangkiti. 



Ok, tu cerita Omegaguard. Lagi satu yang ummi jarang miss adalah Ostematrix. Betulla ramai sid selalu sebut, bukan sekadar kalsium. Sebab apa? Ok, bagi ummi..ostematrix ni bukan sahaja dapat hilangkan sakit2 sendi & sakit pinggang yang pernah ummi lalui sejak dari mengandunga anak pertama dulu, tapi ia best untuk pelawasan ok. Macam ummi, memang x ambil alfafa & herbalax sebagai agen detox..ostematrix pun dah sangat berkesan untuk ummi. Memang ummi suggest produk ni, tambah-tambah lagi time pantang..boleh elak sembelit. Ummi time pantang tu belum sid & xtau kebaikan ostematrix ni, jadi memang x ambil..makanya terpaksa la lalui saat-saat perit kena sembelit, macam-macam petua la dok amal.


Ok, tu la sedikit review/testimoni seikhlas hati dari ummi mengenai 2 produk sheklee ni. Alhamdulillah ianya serasi dengan ummi..anda bagaimana? X salah mencuba kan. 

#shakleeeffectoog bersama blog  www.anakkuwiraku.com


Monday, June 9, 2014

Penyusuan & puasa

Alhamdulillah...syukur sangat hari ni! Dapat 5oz lebih! Rasanya dalam sebulan ni ummi tak dapat banyak tu..ni dah kira banyak untuk ummi comey macam chek ni..hihihi..pam macam biasa, cuma sehari dua ni kalau agak sibuk sikit, memang ummi tak pam ontime. Apapun bersyukur sangat hari ni dapat banyak tu walaupun tengah ganti puasa!


Makan apa sahur tadi? Ok, ummi makan nasik goreng kampung yang babah buat..hehe..minum setengah gelas ESP dan beberapa mug air kosong. 

Ok, cakap pasal ESP Shaklee,memang elok diambil time sahur sebab ianya buatkan kita lebih bertenaga & rasa kenyang lebih lama. Kalau nak kata tak lapar tu, tak mungkin kot sebab puasa mesti rasa jugak kan. Tapi kalau sampai halfday tu memang tak rasa apa lagi la..fresh ja rasa. 



Tengok..sapa kata puasa boleh kurangkan susu? Alhamdulillah..moga ianya berterusan. Sebenarnya apapun terletak ke atas diri kita kan..jika kita fikir "aku boleh", mesti boleh! Jika kita asyik cakap "ah, letihla..tengokla lepas ni stop la kot pam susu..", hmm makanya memang dah hilang semangat tu, nak buat macammana lagi kan..kita sendiri yang create rasa tu, so takkan orang lain boleh tolong delete perasaan tu..huhu.

Apapun, doakan ummi berjaya menyusukan Ariana terus..paling hebat 2 tahun ok. InsyaAllah..go2 caiyok Riesha Ded! Hehe..


Sunday, June 8, 2014

Bicara sebelum lunch!

my sign

Nampak tak sign kat atas ni..
dah kena tukar dah..
sekarang bukan ummi for Afwan ja, tapi dah tambah Ariana..
ok, nanti senang ye.

dalam mood jelous sebenarnya ni..
dok tengok orang2 hebat post kat fb & IG pasal National Conference Shaklee.
national tu habaq hang!
ko hado?

Ummi bila lagi?

Depa boleh, aku mesti boleh!
kena naik setangga dulu..
tu yang penting kan! 
kalau tak cuba melangkah, dok tahap tu ja la..
InsyaAllah..apapun ku mesti usaha.
kena cari jalan yang betul..baik!

ok..takmau bebel panjang..

jom lunch dulu!

-Ummi AA

(boleh gitu? hehehe...)

Tuesday, June 3, 2014

Jun sudah..review Kaylena Beaute

Sat ja masa berlalu kan..
Ok, mood nak update mai dah..tu pun ternampak kawan post status cerita kawin kawan sama-sama belajar kat Politeknik dulu kat blog dia..

Nak story apa? Hahaha..
Ok, review pasal Kaylena Beaute..
Dah dekat 3 bulan ummi pakai skin care ni..yang jelas & nyata, takdak sebijik jerawat pun yang tumbuh ok! Seriusly cakap ok..then kulit muka rasa makin cerah. Kadang-kadang tak rajin kan, just pakai bedak (ummi pakai bedak Avon ja tau), nak p kedai ka..dah rasa ok sekarang.. Cumanya mata panda masih lagi jelas di situ, mungkin kena tambah produk Kaylena yang lain khas untuk mata kan? Apa ye namanya..ada kalau tak silap, nanti kita tanya pakcik google noh.

Nak tengok sebelum dan selepas? Hmm alamak, ummi jarang selfie..haha konon..klu ada pon buat simpan sendiri ja..tapi betul apa yang bgtau kat sini memang dari apa yang dirasakan..

Ok..ummi dah tak jadi dropshipper untuk product ni, bukan apa..stokis cakap dia stop sementara atas sebab tertentu..takpa boleh ja cari sapa2 yang jual ok..kat IG tu cuba #kaylena_beaute pasti ada dealer/stokis terdekat kalian..;)



Monday, February 24, 2014

Kaylena Beaute by Leuniey Natasha

Eh..apa pulak ni? Ok, ummi sekarang buat macam-macam bisnes tau..dari jual kain sampai ke supplement..

Supplement? Ya..Ummi SID shaklee sekarang, since berpantang cuba set pantang shaklee sampai terus jadi distributor. Jadi, sapa2 nak COD area Sg.Petani / Sik / Kuala Nerang @ berdekatan bolehla contact ummi ye.

Ok, dah nanti kita citer lain bab Shaklee..boleh follow blog shaklee ummi ye http://www.dsha.vitaminku2u.com. Belom sepenuhnya update tu.

Berbalik pada story asal..
Kaylena Beaute adalah skin care produk founder by Leuniey Natasha..err sapa tu? Hmm..mungkin tak perasan kan? Ala wife Apek, goal keeper kita tu! Cantik kan dia?? Sekarang dah bertudung, lagi cantik & sweet sangat!

Produk ni asalnya nama Kayla Beaute..Leuniey start pakai masa dia hamil, difahamkan dulu dia pakai produk lain, tp memandangkan tengah hamil..dia tukar ke natural produk ni untuk elak produk yg ada bahan kimia. Semua pon xmau kan produk bahaya camtu??


Set ni ada 5 item. Cleanser, moisturiser, toner, daycream & nightcream.

Harga? 
RM183 SM
RM186 SS

Sesuai untuk semua jenis kulit. 
Ni antara testimoni pengguna yg telah mencubanya..

Teruja tak?? Ha..meh cuba.
Kalau nak cuba,boleh contact saya ye..komen sini. Nanti saya reply ye.

Ok..ni testimoni founder sendiri.

Cantik kn??
K..daa. Nanti ummi bg testimoni sendiri plak ye.