Showing posts with label Anakku Sayang. Show all posts
Showing posts with label Anakku Sayang. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Kebaikan air teh bunga kekwa..feveret Afwan


Agak-agak tengok gambar ni perasan tak apa ni? Hehe..ha ni la air teh bunga kekwa. Nampak pekat kan? Ok, ni boleh dikira 'kordial' la..homemade tau ni. Ummi beli dengan bos kat ofis..bukan beliau buat, tapi dia tolong promosikan perusahaan babysitter dia. Bagus kan..tengok macam ni pun dah boleh jadi perniagaan. Kita mesti tak terfikirkan..huhu

Sebenarnya ummi beli sebalang terus ni..buat anakanda ummi, Afwan..sebabnya dia ni suka sangat minum teh, tambah2 lagi dalam kotak tu. Boleh dikatakan setiap hari minta air kotak teh bunga ni..tapi ummi selalu bagi macam-macam alasan la nak p kedai tu, bukan pa..xmau la dia selalu minum air kotak, tau2 la kandungan gula minuman kotak/tin ni kan..walaupun tulis less sugar, xtaula sugar asal tu banyak mana.

Terima kasih buat bos ummi, Puan Nurul yang dah perkenalkan kordial ni..jadi boleh bancuh & kawal 'kemanisan' tu sendiri..

Tadi bila dah dapat air teh bunga ni, ummi terfikir apa kebaikan minum air ni kan..baik tak kalau selalu minum espc anak-anak. Jadi, ni hasil menggoogle tadi..

Kebaikan air teh bunga kekwa secara ringkasnya;
> bertindak menghapuskan bakteria
> kuatkan saluran kapilari (salur darah halus)
> mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik & anti demam
> mampu menyejukkan badan & sesuai diminum bagi yang kena demam panans, panas badan & sakit tekak

Banyak lagi manfaatnya tu..ni ja sempat take note kat sini. Cumanya belum pasti boleh tak anak-anak minum hari-hari.. Sebab Afwan tu suka sangat..Ariana pun nampaknya dah suka apa yang abg dia suka..tu la..tapi secara logiknya dari kebaikan tadi, ummi rasa x dak masalah kan? Apapun jangan berlebihan..ye dak? 


Ok..balik nanti buat sejug, letak dalam peti. Hmm nyaman..ehehe..

Tuesday, June 17, 2014

Selamat hari ummi & babah

Semalam Afwan balik sekolah bagi 1 lagi kad..kad hari bapa katanya. Cikgu cakap bagi kat babah..ok, satgi babah balik baru bagi ye nak.

Bulan lepas dah bagi kat ummi, ok lupa nak update sini.

Seronok pulak rasanya bila anak dah besar, dah p tadika, bawak balik kad untuk hargai kita..sangat terharu anak dah besar!

Alhamdulillah..moga jadi anak yang baik ye sayang ummi & babah.

Monday, November 11, 2013

Kembali Lagi...

Assalam. I'm back!!

Lamanya tak jengah sini..ahkak bz ok..haha..bz la sangat.
Maklumla dah anak dua ni, kerja pun tak menang tangan..macam2 kerja akak buat dik, dari jual kain sampai jual Shaklee dah la ni..ha tu la busy sangat okeh. hahaha..

Ok, sapa2 nak beli kain pasang @ baju kurung moden yg siap pakai, sila la contact akak ye. Takdak gambar-gambar2 lagi, sebab banyak jual offline ja.

Ya..1 lagi akak buat online..Shaklee! Wah, sejak bila pula ni? Nak story sikit..sejak akak ambil Set Pantang Shaklee..ha sejak tu la, akak dah jatuh cinta dengan Shaklee ni. Akak biasa la kalau dah jatuh cinta tu, mesti nak share dengan kawan2 yang lain.  Sambil makan sendiri, sambil jual..nak tengok, sila like fb page Sihat Bermakna Cantik & blog Sha Beauty & Health akak k.

Tu pasal keja2 ye..
Tarra...this is my lil princess, dah nak boleh duduk dah pun! hehe..

Nur Dinie Ariana..heroin susah senyum ni..hihi


my sign

Tuesday, October 11, 2011

Cirit Birit lagi..

hu3...rasa nak nangis je malam td..sejam sekali anakku bangun dan kejutkan aku gtau dia cirit.."ummi..yak..yak.."tu ler kata Afwan. (phm2 je la ye).
Sebenarnya dah masuk seminggu dah ni Afwan kena cirit-birit. Ni kali kedua dia kena cirit-birit yg berlarutan camni..kesian la..kenapa ye terjadinya cirit-birit ni??? Macam2 petua dan ubat dah aku buat,still x ok..bila dibaginya ubat yg doktor klinik swasta bagi tu, lagi kuat ciritnya tu..lagi banyak! nak kena ke GH ke? kalau x ok gk, terpaksa la aku datang sini utk ke Kecemasan malam nanti.

Menurut apa yg aku baca dari Infosihat, Cirit-birit @  Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.(ya mmg betul tu)   Dan terdapat 2 peringkat:
• Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
• Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

So,kalau keadaan Afwan ni..still di peringkat pertama la..tapi dah seminggu beb! Aku risaula..nk wat camna ye????

my sign

Tuesday, June 14, 2011

Kit...Tai

hahaha..nak tergelak pun ada bila teringatkan perkataan tu..kit..tai..hehe...ni la perkataan baru yg muncul dr mulut anakku..si Afwan ni.Perkataan2 ni kuar dari mulut dia disebabkan Afwan diserang cirit-birit yg membuatkan celah pahanya melecet..bila nak letak ubat, terkeluarla ayat...
"Mi..kit..kit..", (maksudnya, "Ummi, sakit..sakit") sambil tangan dok tunjuk ke tempat yg melecet tu. tapi skrg dah hilang melecet tu..mula timbul rasa gatal2 plak..
 "Mi..tai..tai.."..(dalam kat betulnya, "Ummi, gatal..gatal"). Alhamdulillah..orang Kedah kata dah nak 'berbutir' dah cakapnya tu.

yang merungsingkan kepala otak aku ni adalah sebab apa Afwan boleh dapat cirit-birit dalam tempoh masa yg lama sgt ni..dah hampir seminggu lebih ni. Jumpa pakar pun dah, jumpa doktor kt spital ni pun dah. Pakar bagi garam, ubat usus, angin  dan krim kalis air utk ilangkan lecet. Doktor cni pun suruh continue je garam tu,..mm..petua tradisional pun aku try..adala nampak kurang, tapi still cirit..Seingat aku, anak aku ni susah nak makan, dan dia x akan makan apa2 pun kdg2 tu kecuali susu. Adakah disebabkan susu??? Memang pakar ada suruh tukar susu kepada susu yang tanpa laktosa, tapi sama ja..aku cuba la bagi dalam dua hari, tapi dia dah xmau sebab x sedap kot..tambahan pula x baik pun cirit tu. Aku continue susu lama balik la. Kemarin dah x cirit, tapi semalam 3x plak dia poo..mm...kenapa ni??? Tapi, alhamdulillah,Afwan still aktif dan x nampak apa2 masalah kecuali dok poo tu ja..Ada x kawan2 pernah jadi camni..any suggestion????



my sign

Thursday, May 26, 2011

Cian anak ummi...

Alkisahnya si Afwan ni..semalam x dapat nak berjalan setelah kena cucuk kemarin.  Petang tu elok ja main2 kat luar rumah. Semalam dia tidur kejap, bangun ja terus sakit sebelah kaki yang dicucuk tu. Bila aku tengok dan pegang, memang agak bengkak sikitla tempat cucuk tu. Pegang sikit kakinya tu pun dah nangis..suruh dia bangun jalan, boleh selangkah dua ja, pastu nangis lagi.  Memang sakit betul la tu..cucuk2 yang sebelum ni xdak pula dia jadi camni.  Sebenarnya nurse pun dah pesan, kalau paha tu bengkak dan keras, diaorang suruh p klinik balik.  Da juga budak2 lain yang mengalami simptom macam ni..pagi tadi aku tengok dah boleh dipakaikan seluar, so ok sikitla kaki tu..itu yang aku x bawa dia ke klinik.  Hope balik satgi semakin okla kaki Afwan.

Dah terlantar anakku ni,tengok tu...
sebenarnya dia marah bila aku nakamik gambar ni..

Dalam dok sakit2 ni..sempat aku pakaikan cd baru ni
dr Nik Medaistore..aku mmg suka sgt cd sunnybaby
coz innernya dari microsuede..ia buatkan kulit baby rasa kering ja.
xyah cd mahai2 pn. (sempat lg ni..:-p)

Boleh tergelak besar dia bila baba usik..tu pun ketawa dalam nangis tu..
dia main2 plak dgn stringe tu plak, bila nak bg mkn ubat cukup susah.

k,la..nak balik dah ni. Nak tengok camna la condition Afwan ni..cian anak ummi.





my sign

Wednesday, May 25, 2011

P KKIA

KKIA? tau x apa tu? heheh..saja ja nak gtau kot2 da yg xtau..Klinik Kesihatan Ibu dan Anak la..Aku baru balik p checkup Afwan ni (saja p petang2 x ramai orang sangat)..si Afwan kena cucuk last rini. Dah setahun setengah dah anak aku..cepat tul masa berlalu..Afwan ni memang susahla kalau bab jumpa misi ni, xmau nak duduk atas kerusi pun..Dia asyik jalan2 ja kat dalam klinik tu..okla sebab x takut sangat dengan orang kan. tapi bab nak timbang pun susah..dia ingat nak buat apa la. mm..susah tul! nak plak kena cucuk tadi kan..mau selagu dai nangis tadi. Sebab tu la aku tunggu hubby balik untuk bawa cucuk, klu x mmg x kuat la aku nak pegang.  Ni arap2 la x demam..

my sign

Thursday, March 24, 2011

Dah setahun 4 bulan

Semalam, 23 Mac 2011, genaplah usia anakku 1 tahun 4 bulan..sat ja masa berlalu..tup2 anak dah besar. Alhamduillah..semuanya berjalan lancar! ceewah..bunyi cam pelik je kan..ntahla aku pun xtau nak gambarkan camana perasaan melalui semua ini..pengalaman yang x mungkin boleh dijual beli! Yeah!! Semua ibu bapa pasti tau kan apa yang nak aku katakan..
Melihat keletah anak yang kian membesar, memang langsung x membebankan..malah lebih menyeronokkan..tengoklah keletah anakku ni..di usia sebegini, dia mulai faham apa yang disuruh dan diajar.

Tengoklah ni..dia akan buat apa yang kita buat.
Selesai ja aku solat maghrib, dia pun sibuk mintak kopiah
untuk solat jugak. Tunggeng terbalik la lepas tu..

Lepas sembahyang..nak baca Muqaddam la plak.
(tengok gambar sebelah kanan tu, abih gambar yang aku
tampal kat almari tu dikoyaknya..Afwan..afwan.

Jom layan plak gambar terbaru si Afwan ni dengan potongan rambut baru..
ni keletahnya bila kat kedai makan,  sementara nak tunggu makanan sampai, macam2 ragam dibuatnya.

Amacam auntie n uncle semua..encem dak Afwan??
(kontrol macho ni..hehe)

Yeeha!!



my sign

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku!!

Hari ni, Afwan dah setahun dah. Sekejap ja masa berlalu...sakit bersalinkan Afwan pun masih terbayang g rasanya.  Seronok ja melihat Afwan membesar..
Ummi doakan yang terbaik untuk anak ummi, semoga menjadi insan yang berguna dewasa kelak. InsyaAllah, ummi berjanji akan mendidik Afwan sesempurna mungkin. Walaupun baba sentiasa tiada disamping kita,  Afwan perlu faham ye sayang..kita terpaksa sentiasa berjauhan dengan baba kerana dia mencari nafkah untuk kita. Untuk anak kesayangan..Muhammad Danish Afwan! Selamat Hari Lahir..mmuah! muah!

Cupcakes utk Afwan!! Tunggu baba cuti, baru celebrate ye..
belated pun ok kn!!

Sunday, November 14, 2010

Dah sihat..jalan2 la plak


Khamis lepas, aku n hubby bawak afwan g pasaraya..saja jalan2, beli baju & kasut raya utk Afwan. Sejak boleh berjalan nih, asyik nak berjalan je dia..xmo orang dukung sangat dah..aii..jenuh jugakla nak kepung. Nasib baik da sepupu aku, kami panggil k.cik ja (anak pklong aku)..dia la suka melayan n mengikut Afwan ke mana pun.

Ni sebelum nak kuar, kat depan umah..seronok sungguh Afwan! 

Dah sampai The Store kat CS tu, nak memilih baju si Afwan ni..dia pun sibuk je nak memilih, abih di tariknya baju & seluar  yg sampai dek tangan..seronok ja dia time menerai kasut n topi tu..

Alang-alang dah jalan2 tu kan..aku pun amik kesempatan nak beli kasut ler..hehe..so,baba dia n k.cik la kena ngasuh..ummi pilih kasut, si Afwan pun cam besala, sibuk je..tengokla tu..sampai terduduk kat situ..akibat terlalu ke sana ke mari, kenala baba betulkan balik seluarnya yang dah serabut tu..hehehe..


Ni plak semalam, bawa Afwan ke Tesco lepas p PC Fair kat Village Mall..saja ja boring-boring kat umah. Time ni hubby dah p keja, so aku bawa Afwan jalan2 dengan k.cik je la.




Wednesday, November 10, 2010

Afwan got flu, cough and fever again!! Oouh......

Semalam aku EL, coz my son not well again! Sejak sabtu lalu, afwan dapat selsema dan batuk.  Aku & hubby dah g amik ubat kat klinik biasa kt taman ria jaya..alhamdulillah, hampir ok. Tapi tiba2 malam isnin n selasa lepas, dia diserang demam waktu tengah malam plak. Badan afwan akan panas time nak pagi, selalunya dalam pukul 2pagi ke atas..bila dah jadi camtu, memang risau sangat2..macam2 berlegar dalam kepala ni..dengan keadaan dia yg asyik mengerang je..aduh! memang x tido le aku n hubby. Cara afwan bernafas pun seakan-akan sangkut2..huhuhu..
So, semalam aku bawa afwan ke Child Specialist Centre kat Amanjaya..Doc cakap dah ada bunyi nak penat sebab kahak terkumpul, so itu salah satu penyebab badan dia panas sangat. So, dia sarankan masukkan ubat secara sedut melalui hidung dan mulut.  Ubat tu perlu dimasukkan selama 15 minit. Time treatment tu, Afwan menangis sampai x ingat2..aku rasa satu tempat tu dengar suara dia je..tapi kami terpaksa 'memaksa' dia juga. Baba meriba afwan dan pegang tangan serta kepala utk elak dia bergerak..tu pun abih ditangkisnya..demam2 pun kuat lagi tenaga tu. Mesti Afwan fikir sampai hati ummi ngan baba buat dia camtu..hehehe.."Sabar ye B, B nak cepat sembuhkan..."..tu le dialog yg kuar dari mulutku time Afwan melalak. Doc cakap xpa biar dia nangis, sebab boleh cepatkan kemasukan ubat tu. Tengok Afwan hampir terkulai keletihan, treatment dihentikan walaupun tinggal sedikit lagi belum dihabiskan. Dah selesai semua, naik ja keta nak balik umah..terus Afwan tertido. Cian anakku..
Dan, hari ni Afwan dah semakin ok..dah x demam lagi. Cuma batuk2 ja g..n selsema pun dah kurang. Tapi mungkin panas dalam, suara dah serak2..cian Afwan.



Tuesday, November 2, 2010

From SG with Love

Semalam hubby aku start cuti..maybe kali ni lama kit kot. :-) Suka nih!!:-p
Trip dia yg lepas, selalu masuk Singapore..so, kali ni sempat lak dia belikan ole-ole utk aku n afwan serta da jugak n adik2 kat kg..biasa-biasa je, tp syokla dari luar negara katakan..hahaha..cam jauh je.
Yg lawaknya nengok telatah afwan 'menerai' kasut baru yg baba dia belikan..boleh plak dipakainya, sebelum ni asyik nak buang je klu dipakaikan kasut.

Tengok tali kasut pun x sempat nak ikat, sebab asyik nak berjalan je..
(putih pink lak kasutnya, cm pompuan ke?? xla kn..ala hentam sajalah ye afwan)
Sejak boleh berjalan ni, nak duduk seminit pun susah si afwan nih..nak pakai baju pun susah..tengokla gambar x berbaju kat atas tuh.

Tuesday, October 26, 2010

aFWAN..first time at playground

Sebelum g kursus btn, Isnin lepas..hubby nak g jumpa kawan dia kat Taman Jubli..so,aku n afwan pun ikut sekali.  2 la first time kitorang bawa dia ke sana..maklumla sebelum ni x berkesempatan..ye la, bila aku cuti, hubby keja..aku keja, hubby lak cuti...

Afwan seronok sangat dapat main buai n gelongsor tu..

Bukan Afwan je yg naik buai, ummi n baba pun kempunan gak  naik..
hihihi...


"Bestnya ummi..nanti da masa kita mai g ye baba!" ~afwan

Sunday, October 10, 2010

Pegang Botol

Afwan dah pandai pegang botol sejak 2 minggu ni..ringan sikit le keja ummi..sebelum ni susah betul dia nak pegang. Alhamdulillah dah 10 bulan lebih ni, dah x mau orang pegang2 botol dia..tapi tengokla cara dia pegang..

Ni kalau dialihkan tangan dia, maunya marah ni...
Dah letih main la ni, tengok abih diterbalikkan bakul mainan dia...




Thursday, July 8, 2010

TV3

TV3?? why???
sebenarnya anak aku ni excited sgt iklan tv3..yg lagu nya bunyi lalala..tv3....ntah le sapa yg ajar dia tgk 2..suka sgt..kalau tengah main pun, dengar je iklan tu sure berenti tengok dulu....

Thursday, May 6, 2010

Kisah Afwan & Laptop

Sekarang ni susah betul aku nak on9 mlm2 kt umah..bukan pe,si afwan ni ha..pantang dah nampak laptop. Kalau pegang dia time nak on9, mmg x duduk diam dia..asyik nak sentuh2 je. Abih ditekannya keyboard tu kalau dekat2..bila dialihkan dia jauh, mula arr bising2. Memang x duk diamla..belum g blh duduk nih!


Dia suka sangat nak tarik2 plastic cover keyboard tu..mula2 tengokla video kartun yg aku mainkan, last2 abih la suma dia tarik.  Aii..kecik2 pun dah pandai ye anak ummie ni!! maklumla masa ngandungkannya dulu, ari2 ngadap benda ni je kan..so,melekat kt anakla..hehehe..

 Afwan2..........................

Friday, April 9, 2010

Lagi ttg CD

Baru je jap tadi akak kt ofis aku dapat Cloth Diapers yang dia order dari oversea..so,dptla aku tengok secara real kn..maklumla x pernah tengok sebelum ni..maybe pernah tengok, tapi x tau ape benda..huhuhu..betapa naifnye aku bab2 ni..

Dari situ, aku rasa patut cuba la..di samping menjimatkan kos, aku rasa baby lebih selesa dengan CD berbanding pampers biasa coz tiap-tiap ari pakai kn..

yang akak tu beli brand Kawaii Baby..hampir dua bulan nunggu sampainya dari oversea..aku pun nak beli, tapi dari local je la..kat sini pun banyak, cuma kena pandai choice je la..diaorang cakap 'Coolababy' yang member aku jual tu pun ok.


"Afwan, nanti ummie belikan ye..kita try pakai CD plak..cian anak ummie ari-ari kena pakai pampers."

Tuesday, April 6, 2010

Cloth Diapers

                           


Aku baru dapat info dari member tentang Cloth Diapers ni.. 
sebelum nie aku x pernah ambil 'port' tentang cloth diapers..
yang dia introduce utk aku jenama 'coolababy',
harganya pun okla..
Rupa-rupanya banyak faedahnya ye..
- guna cam pampers gak
- tapi, boleh 'kitar semula' (guna n basuh)
- boleh thn sampai umo 2 thn..
- yg penting!! dpt jimatkan kos..
xyah beli pampers banyak2 kn..

tapi aku x beli g sebab stok pampers yang hubby aku beli time promosi tu punya la banyak g..
aku akan beralih arah selepas ni..tapi kena tengok penerimaan si'chubby' aku plak camna kn..
kalau dia x selesa x guna jugak kan???

Friday, March 12, 2010

aNAKKU pandai menari...ye ke?

bkn menarila..hehe..Afwan dh pandai main dh..anakku nie dh pandai pegang mainan dia n yg best nengok dia bila main 2..mulut 2 x renti2 mengomel..ntah apa yang dingomelkan dia pn ntahle.











Gambo2 afwan..

Saja nak masukkan gambo2 afwan dari baru beranak sampai le 2 bln..
gmbo sekarang xde dlm nie..