Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

Still slim & sihat dengan Shaklee

Slim? Ye ka? Nampak macam dah berisi sikit dari lepas pantang..ya betul, memang badan ummi naik sikit dari masa pantang..ye la time pantang memang betul2 pantang, makan dijaga rapi, ikut time..sekarang xdaknya ikut time, makan ja apa yang rasa teringin nak makan..

Tapi..alhamdulillah, dengan mengamalkan Shaklee bermula dari pantang sampai ke hari ni..berat badan saya cuma naik 1-2kg sahaja berbanding anak pertama dulu. Apa yang saya amalkan? Ok, time berpantang dulu saya tak ambil apa2 produk untuk kurus, cuma ambil full set berpantang (vitalea, zinc, vit c, bcom) & ESP. Selepas Ariana dah berumur 6 bulan, saya start ambil lecithin..umum dah tau, lecithin berfungsi untuk pecahkan lemak/toksin dalam badan. Selepas abih sebotol lecithin, saya tukar ambil Omegaguard..kenapa saya tukar? Ok, kesan Omegaguard berbanding Lecithin ni seperti kelajuan bmw dan kancil. Tetapi, harus ingat kesan sesuatu produk memang berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang memang cepat kesannya walaupun ambil lecithin. Tapi bagi ummi, bila dah cuba Omegaguard..terus jatuh cinta. Saya ambil 1biji 2x sehari selepas makan. Selain dari untuk mengawal berat badan dengan memecahkan lemak/toksin, Omegaguard juga mengandungi DHA baik untuk otak. Apatah lagi ibu menyusu macam ummi, sangat bagus amal kerana ianya boleh membantu perkembangan otak anak. Sejak ambil Omegaguard juga rasanya sistem imun badan ummi lebih tahan dari dulu, susah sikit nak dijangkiti. 



Ok, tu cerita Omegaguard. Lagi satu yang ummi jarang miss adalah Ostematrix. Betulla ramai sid selalu sebut, bukan sekadar kalsium. Sebab apa? Ok, bagi ummi..ostematrix ni bukan sahaja dapat hilangkan sakit2 sendi & sakit pinggang yang pernah ummi lalui sejak dari mengandunga anak pertama dulu, tapi ia best untuk pelawasan ok. Macam ummi, memang x ambil alfafa & herbalax sebagai agen detox..ostematrix pun dah sangat berkesan untuk ummi. Memang ummi suggest produk ni, tambah-tambah lagi time pantang..boleh elak sembelit. Ummi time pantang tu belum sid & xtau kebaikan ostematrix ni, jadi memang x ambil..makanya terpaksa la lalui saat-saat perit kena sembelit, macam-macam petua la dok amal.


Ok, tu la sedikit review/testimoni seikhlas hati dari ummi mengenai 2 produk sheklee ni. Alhamdulillah ianya serasi dengan ummi..anda bagaimana? X salah mencuba kan. 

#shakleeeffectoog bersama blog  www.anakkuwiraku.com


Monday, June 9, 2014

Penyusuan & puasa

Alhamdulillah...syukur sangat hari ni! Dapat 5oz lebih! Rasanya dalam sebulan ni ummi tak dapat banyak tu..ni dah kira banyak untuk ummi comey macam chek ni..hihihi..pam macam biasa, cuma sehari dua ni kalau agak sibuk sikit, memang ummi tak pam ontime. Apapun bersyukur sangat hari ni dapat banyak tu walaupun tengah ganti puasa!


Makan apa sahur tadi? Ok, ummi makan nasik goreng kampung yang babah buat..hehe..minum setengah gelas ESP dan beberapa mug air kosong. 

Ok, cakap pasal ESP Shaklee,memang elok diambil time sahur sebab ianya buatkan kita lebih bertenaga & rasa kenyang lebih lama. Kalau nak kata tak lapar tu, tak mungkin kot sebab puasa mesti rasa jugak kan. Tapi kalau sampai halfday tu memang tak rasa apa lagi la..fresh ja rasa. 



Tengok..sapa kata puasa boleh kurangkan susu? Alhamdulillah..moga ianya berterusan. Sebenarnya apapun terletak ke atas diri kita kan..jika kita fikir "aku boleh", mesti boleh! Jika kita asyik cakap "ah, letihla..tengokla lepas ni stop la kot pam susu..", hmm makanya memang dah hilang semangat tu, nak buat macammana lagi kan..kita sendiri yang create rasa tu, so takkan orang lain boleh tolong delete perasaan tu..huhu.

Apapun, doakan ummi berjaya menyusukan Ariana terus..paling hebat 2 tahun ok. InsyaAllah..go2 caiyok Riesha Ded! Hehe..


Sunday, June 8, 2014

Bicara sebelum lunch!

my sign

Nampak tak sign kat atas ni..
dah kena tukar dah..
sekarang bukan ummi for Afwan ja, tapi dah tambah Ariana..
ok, nanti senang ye.

dalam mood jelous sebenarnya ni..
dok tengok orang2 hebat post kat fb & IG pasal National Conference Shaklee.
national tu habaq hang!
ko hado?

Ummi bila lagi?

Depa boleh, aku mesti boleh!
kena naik setangga dulu..
tu yang penting kan! 
kalau tak cuba melangkah, dok tahap tu ja la..
InsyaAllah..apapun ku mesti usaha.
kena cari jalan yang betul..baik!

ok..takmau bebel panjang..

jom lunch dulu!

-Ummi AA

(boleh gitu? hehehe...)