Showing posts with label Catatan. Show all posts
Showing posts with label Catatan. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Ketika Mata Terpejam


Innalillah hiwainna ilaihirojiun.
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha.

Maksudnya: "Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadaNya. Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan dan memaafkan kesalahannya.".

Pagi tadi ketika baru melangkah masuk ke pejabat, kami mendapat perkhabaran hiba iaitu seorang staff vendor kami telah kembali ke Rahmatullah. Ya Allah, apakah ini benar? Baru semalam rasanya saya mengusik dia ketika mahu keluar sarapan pagi. Masih terngiang lagi usikan saya pada dia.

Allahyarhamah merupakan seorang ibu muda dua anak. Anak-anaknya masih kecil, seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi baru 4 bulan..masih menyusu. Allah! Tatkala mendapat berita ini tadi, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya  adalah anak-anaknya. Ya Allah, bagaimanakah penerimaan anak-anak ini? Sayu hati seorang ibu mengenangkan perkara ini. Sebak sangat rasa dada ini.

Pergi menziarahi arwah tadi, dan melihat sebujur tubuh terbaring kaku seolah sedang tidur. Mengenangkan bagaimana arwah adalah seorang yang lembut bicaranya, selalu dilihat ke surau untuk solat sunat Dhuha dan solatnya di awal waktu. Pemakaiannya memang melambangkan muslimah sejati. Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih sayangkan mereka.

Tidak dapat bayangkan sekiranya ini terjadi kepada diri saya sendiri. Mati itu pasti. Cuma bila, bagaimana, dan di mana..itu yang kita tak tahu. Hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan jalan kita kembali.

Andai ditentukan aku juga pergi dulu, ku titipkan coretan ini buat semua...

Suamiku,
Aku amat menyayangimu,
Aku mahu kita bersama sampai Syurga
Ku mohon,
luruskan jalanmu,
bawalah aku dan anak-anak ke jalan yang benar,
pimpinlah kami ke Taman Firdausi.
Indahnya andai kita bersama di sana nanti.

Buat suamiku tercinta,
Andai daku telah pejam mata..
Dan, takkan dapat melihatmu dan anak-anak lagi..
Ku doakan kita berjumpa di Syurga.

Suamiku,
Andai aku tiada lagi,
Aku amanahkan anak-anak ini kepadamu..
Kau bimbinglah mereka ke jalan yang benar,
Pegang erat tangan anak-anak kita agar tiada seorang pun yang tercicir,
agar tiada seorang pun kau abaikan.

Anak-anakku,
Ummi sayang kalian,
ummi mahu terbaik untuk kamu..
andai ummi selalu marah, maafkan ummi,
andai ummi selalu tak terkawal emosi,
maafkan ummi,
semoga waktu kita bersama masih ada.
Andai terhenti waktunya,
kalian pilihlah jalan yang diredhai,
Jika sesat, carilah tangan yang mampu bawa kalian ke pangkal jalan.

Mak ayah,
andai along pergi dulu..
Halalkan segalanya yang telah kalian berikan kepada anakandamu ini.
Daku tak mampu membahagiakan kalian di dunia ini,
namun, along harap dapat membahagiakan mak ayah di Syurga kelak.
Semoga kita bersama di sana nanti.

Buat keluarga, rakan-rakan, sahabat yang mengenali daku,
terima kasih kerana menjadi teman suka duka,
Maafkan segala kekhilafan selama perkenalan kita,
Doakan kita jumpa di Syurga nanti.


Wallaua'lam.






my sign

Sunday, August 16, 2015

Kagum!

Ahad hari ni..kami bekerja. Sedang saya dan kawan-kawan sepejabat berkira-kira baki cuti tahunan masing-masing untuk permohonan kemaskini oleh Pentadbir Cuti,saya 'scroll' facebook..nampak post facebook dengan link "Jual Masa Dengan Gaji, Berbaloikah?"..ya, dari seorang yang saya admire kini!

Saya nampak dari mana beliau bermula..sebab tu sangat kagum dengan keputusan yang beliau buat hari ini. Baca tulisan beliau, anda tahu kenapa saya kagum..





Wednesday, August 27, 2014

Kakimu adalah aurat..wahai wanita


Alhamdulillah..ummi dah mula pakai stokin ke ofis. Itu pun nak story ka? Maafla bukan nak riak @ apa, tapi manatau dengan sharing ni..ada yang tergerak hati nak buat benda yang sama. Tak salah rasanya berkongsi kebaikan..ye dak? 

Sebenarnya kaki memanglah aurat bagi wanita. Ramai yang dah tau kan..tapi nak melaksanakannya tu memang kadang-kadang agak susah. Ada yang rasa rimas, lambatlah..dan macam2 alasan lagi. 

Ummi mengaku belum totally berstokin..tapi permulaannya ummi pakai ke tempat kerja. Ummi terfikir, memandangkan hari-hari ummi banyak dihabiskan di tempat kerja yang dikelilingi oleh lelaki-lelaki suami orang ni, sangatlah elok kiranya ummi menutup aurat dengan sempurna..insyaAllah. Di luar, mungkin tak sesempurna begini..tapi, insyaAllah..kalian doakan ummi terus istiqamah & punyai kekuatan itu.

Ummi nak dedicated kan rasa terima kasih buat kawan-kawan & bos kat ofis, k.shima, puan su & puan nurul..diorang antara yang selalu ummi perhatikan cara pemakaian espc puan su..sedikit sebanyak membuatkan hati terdetik nak follow cara depa. Ni dikuatkan lagi bila tengok sahabat-sahabat lama kat fb yang mula menutup aurat sesempurna mungkin..dan satu lagi,millions thank to Epy (wife Jart -tech ofis ummi), yang selalu share tentang hal aurat & pemakaian sempurna ni kat fb..cantik pemakaian dia secantik orangnya. 

Buat nama-nama yang disebut kat sini, i admired korang..moga saya jadi seperti kalian. :)

Doakan moga istiqamah..go2 fighting!


Sunday, June 8, 2014

Bicara sebelum lunch!

my sign

Nampak tak sign kat atas ni..
dah kena tukar dah..
sekarang bukan ummi for Afwan ja, tapi dah tambah Ariana..
ok, nanti senang ye.

dalam mood jelous sebenarnya ni..
dok tengok orang2 hebat post kat fb & IG pasal National Conference Shaklee.
national tu habaq hang!
ko hado?

Ummi bila lagi?

Depa boleh, aku mesti boleh!
kena naik setangga dulu..
tu yang penting kan! 
kalau tak cuba melangkah, dok tahap tu ja la..
InsyaAllah..apapun ku mesti usaha.
kena cari jalan yang betul..baik!

ok..takmau bebel panjang..

jom lunch dulu!

-Ummi AA

(boleh gitu? hehehe...)

Tuesday, September 6, 2011

RWS-Universal Studios Singapore

RWS-Universal Studios Singapore
Aku dah sertai peraduan ni. Jomler ramai2 join..untung2 dapat p Universal Studio beb!! nk p sendiri pakai xler kot..:-)

________________________________________________________

hahahaha!! wa kena beb!! Tarikh tutupnya semalam la..tu la sibuk beraya sampai x on9..kan dh terlepas! hu3..
xdak rezeki den..kekeke

my sign

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa..

Buat ayahanda tersayang.......
"Selamat Hari Bapa..
kaulah insan terhebat yang pernah kami miliki.
Kecekalanmu lalui segala perit hidup membesarkan kami, tiada terbalas oleh oleh kami. 
Hanya mampu menadah tangan memohon kepada Illahi semoga terus memberikan insan yg amat kami sanjungi ini kesihatan yang baik, berbahagia melalui saat2 indah bersama ibu yang tercinta."


Buat Suamiku tercinta..
"Kau jua telah bergelar ayah untuk anak kita..
Semoga dikau menjadi sehebat ayah dalam membesarkan anak...
semoga kau jua secekal ayah mengharungi hidup ini bersamaku.
Terima kasih kerana berusaha menjadi yang terbaik untuk anak kita."



Kalian Terhebat!!


SELAMAT HARI BAPA BUAT BAPA2 SEDUNIA!! 


my sign

Tuesday, January 18, 2011

18.01..From Nami with Love!!!

Hari ni, genapla 2 tahun pernikahan kami. Sekejap je masa berlalu rasanya..tiada yang istimewa selain ungkapan indah dari bibir masing-masing. Itupun dah cukup memadai..memandangkan aku dan hubby ada komitmen masing-masing..tunggula masa sesuai nanti.
Doa kami,  semoga ikatan murni ini berkekalan hingga ke akhirnya..InsyaAllah. 
"Ya Allah, Engkaulah Maha Mengetahui segalanya..
syukur kehadratMu kerana Engkaulah telah menemukan kami,  Engkau jugalah yang memeteraikan janji-janji kami..memberi kami permata hati yang membuatkan hari-hari kami penuh bermakna..maka Kau rahmatilah ikatan ini hingga ke akhirnya. Amin."


Wednesday, January 5, 2011

Salam 2011!!

Fisrt n3 utk tahun ni!!! Dah 5ari dah di tahun baru, baru aku nk wat n3. Tu pun selepas Puan aku tanya xdak story baru ka??? Huhuhu..chek cam xdak mood je nak tulis. Bukan pa, asyik dok layan fb MYCDP.. tau ke pe 2? Malaysian Cloth Diapers Parentla...k.maz yang invite aku join kelab tu..so,leka la dok baca komen2 ibu yang aktif bercerita pasai cloth diapers..mmg rancakla!! Happening sangat..dek terkena penangan MYCDP ni jugakla aku dah mula spent money utk tambah koleksi CD utk Afwan..Afwan dah mula pakai balik CD, dulu aku stop jap sebab Afwan dapat CD rash..mungkin salah penggunaan sabun basuh kot.
K,stop lu bab CDing ni ye..nanti aku upload gambar2 Afwan ber'CD' baru yek..
sebenarnya Afwan ditinggalkan kat kampung, dah 4 ari dia kat sana bersama encik hubby aku..sedih tau!! Afwan kena tinggal kat sana coz my cousin yg ngasuh dia x sihat..so,berjauhan la kami. Memang rasa sunyi sangat bila balik keja xdak sesapa kat umah..huhuhu..sabar je la! Xpa,esok aku dah nak balik kampung!! Yeah!!
Kejap ja masa berlalu sekarang ni..pejam celik pejam celik...dah 2011. Apa azam tahun baru?? Ntah..aku sendiri x meletakkan target apa2 utk tahun ni..tapi cuma satu hal perlu diingat!! Banyak perkara yang pernah dilalui, mungkin bakal dilalui lagi..so, apa yang penting..kita mesti belajar dari masa lalu. Kerna masa lalu la yang mematangkan kita...........insyaAllah!!
Ya Allah..syukur kepadaMu kerana masih memberiku waktu utk menghirup udara segarMu, menatap keindahan AlamMu, mendengar kicau burung yang merdu, dan merasai segala nikmat hidup ini. Engkalulah Maha Esa..ku mohon supaya Engkau tambahkanlah sinar iman dalam diriku, suamiku, anak-anakku, sedara-sedaraku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku serta kaum Muslimin dan Muslimat seluruhnya!! Permudahkan jalan-jalan kami menuju keredhaanMu! Amin Ya Rabbal Alamin.....

Tuesday, December 14, 2010

Sorry to hubby....

Oleh kerana kecuaian aku,  habis 20 ekor ikan peliharaan hubby aku mati!! Ikan lampam dan  ikan sebarau (hubby aku bela ikan sungai je semuanya.) Hal ni berlaku pagi kemarin..huhuhu..aku bangun je nak mandi pagi tu, tengok2 semua ikan dah tertonggeng....alamak!! aku lupa la nak on balik plug 'motor' akuarium malam tu selepas masak air..huh..tinggal beberapa ekor je lagi ikan yang masih bernafas..sorry ye hubby!! I'm careless yesterday!!

Ikan2 yg selamat masuk dalam baldi utk dibuang.
huhuhu...penat aku bagi makan tiap2 ari, last2 aku yg cuai!


Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah 1432...



Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua...harap aku tidak terlambat untuk ucapkannya. Bukannya aku terlupa, tapi x berkesempatan untuk buat n3 kat sini..
Ada kisah yang aku nak kongsikan.. sebenarnya aku hampir terlupa untuk membaca doa awal dan akhir tahun sebelum kita menyambut awal tahun Islam ni.  Sebelum balik keja ari isnin lepas, aku da print out doa tu, ntah macammana dalam kesibukan melayan anak, aku hampir terlupa..mujurlah ari tu TV3 ada menyiarkan bacaan doa tu.  Alhamdulillah..aku sempat juga membacanya!
Kalau tidak, pasti aku rasa satu penyesalan yang amat sangat kerana aku perlu tunggu setahun lagi untuk membacanya! Itupun jika aku masih diberi kesempatan di dunia fana ini..
Sempena tahun baru ni, hijrahku untuk memperbaiki diriku..x kiralah samada dari segi fizikal atau rohani..Ku mohon doa kalian untuk mengiringi keazamanku ini supaya mencapai matlamatnya...Amin!! 
Kau Yang Maha Besar!!!

Sunday, December 5, 2010

Aku hari ni......

Orang lain tengah sibuk-sibuk ada issue dari user, aku plak sempat g nak hupdate nih..hehehe..soe ye kengkawan, den 'blur' sikit bab2 ni..saja je nak buat n3 diri sendiri setelah bergelar Ummi Afwan yg dah berumur setahun lebih ni..hehe..thanks ye Mizul tlg snapkan gambar ni!! Dia sebenarnya nak snap gewang Chek Wan tu..aku pun interframe gak..besala, aku kn!!!
aii..diriku yang membesar bagai juara!! yahoo!!!!

Sunday, November 14, 2010

Dah sihat..jalan2 la plak


Khamis lepas, aku n hubby bawak afwan g pasaraya..saja jalan2, beli baju & kasut raya utk Afwan. Sejak boleh berjalan nih, asyik nak berjalan je dia..xmo orang dukung sangat dah..aii..jenuh jugakla nak kepung. Nasib baik da sepupu aku, kami panggil k.cik ja (anak pklong aku)..dia la suka melayan n mengikut Afwan ke mana pun.

Ni sebelum nak kuar, kat depan umah..seronok sungguh Afwan! 

Dah sampai The Store kat CS tu, nak memilih baju si Afwan ni..dia pun sibuk je nak memilih, abih di tariknya baju & seluar  yg sampai dek tangan..seronok ja dia time menerai kasut n topi tu..

Alang-alang dah jalan2 tu kan..aku pun amik kesempatan nak beli kasut ler..hehe..so,baba dia n k.cik la kena ngasuh..ummi pilih kasut, si Afwan pun cam besala, sibuk je..tengokla tu..sampai terduduk kat situ..akibat terlalu ke sana ke mari, kenala baba betulkan balik seluarnya yang dah serabut tu..hehehe..


Ni plak semalam, bawa Afwan ke Tesco lepas p PC Fair kat Village Mall..saja ja boring-boring kat umah. Time ni hubby dah p keja, so aku bawa Afwan jalan2 dengan k.cik je la.




Monday, November 1, 2010

KegilAanKu...

Semakin hari semakin x keruan kegilaanku!! rasa cam bernanah di hati nengok semuanya..huhu...Aku akan cuba utk memenuhi segala yg ku inginkan!! Sebenarnya segala kegilaan tu dah lama bersarang di hati, n hampir2 nak terkubur dek kesibukan dan ketidakstabilan diri..tapi kali ini insyaAllah akan ku usahakannya!! Tambah2 pula bnyk blog yg wujud seperti cendawan tumbuh lepas ujan (maklumla sekarang ni musim ujan lak kan)..seperti membakar-bakar naluri ini! Caiyok2 utk diriku sendiri...Nak jugak..nak jugak!! Apa ye kegilaanku??? Nak tahu ke..x mau share lagi sampaila aku dapat hasilkannya!! Hua..hua..hua..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Ramadhan bakal meninggalkan kita..
pasti ianya dirindui....
Salam Lebaran yg kan mengunjung tiba..
Berbahagialah kita di hari mulia nanti,
tapi jgn dilupa pada yg kurang bernasib baik..
Maaf Zahir & Batin
dr kami sekeluarga..Shida, Duan dan Afwan.

Sunday, August 29, 2010

Baju Raya..oh Baju Raya..

Bila la aku dapat shopping raya ni..huhu..tinggal lagi 2 mnggu nak raya..lum wat persiapan g nie..
arap2la hubby dapat cuti 31hb ni..boleh la g shopping..beli baju raya aku, anak n hubby..dahle aku ni susah nak cari saiz, risaule takut nt da yang berkenan xdak saiz lak, yg x berkenan lak berlambak..isyh2..risau2!

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka bersama Family

Ari Khamis lepas, aku dapat berbuka bersama mak, ayah, hubby, tok n adik2 aku kt umah aku kt sini..mmg hepi sgt. Maklumla aku x dapat balik ke kg, so diorang yg dtg..so,excitednya aku nk masak..mcm2 hubby aku beli utk dimasak. Antara lauk2 hasil tangan aku adalah kangkung goreng udang..hihihi..2 je pun. asalnya aku n hubby nak masak siakap stim, kitorang memag x reti, so nak redah je la buatnya..tp nasib baik mak aku samapi awal..so,dia le masakkan. klu x ntahle pa jadinya ikan 2..hehehe
Ni le masakan mak aku..siakap stim..sedap woo...


 Ni hasil tgn aku..Kangkung Goreng Udang


 Ni le juadah ari 2..

Sunday, August 8, 2010

Testimonial Bonus By AOWA

Ari khamis lepas, aku g tesco sbb nk pos barang..lps 2 jln2 la jap dlm tesco, kuar je 2..da sales girl AOWA panggil aku utk tgk barang2 diorang..mmgla berkenan sgt aku dgn induction cooker & microwave tu..tp mahal beb! x dpt den nk belinya lagi.......sempena raya ni,pihak AOWA ada wat testimonial bonus...so,aku pun dgn x konfidennya cabut je la sampul2 yg ada, gpun diorg cakap selalu bley dpt rm50 @ 'Thank You' je.....n mmg memeranjatkan aku bila buka je sampul tu tengok2 aku dapat sponsor induction cooker n 2 lagi brg yg harganya bila dicampurkan dalam RM4 ribu lebihla.........wah betapa gembiranya ati ni!!! tp biasala klu nak dapat hadiah sponsor tu kenala beli barang diorang dulu..well,adat org niaga! xpa,utk beli brg dia blh byr sikit2,bila dah byr stgh harga brg yg nak dibeli tu, aku akan dapatla brg2 yg disponsor 2..namapun 'testimonial bonus' kn.....cm kengkwn ofis aku ckp, jgn percaya...tp aku 50:50 la..aku cuma order n bayar RM100 je..klu didapati tipu pn, aku x rugi sgt, n aku blh wat report..nt klu betul2 aku dpt..aku gtau ek!

Ni 1 g bonus..dapat platinum VIP card

Tapi, nk tau jugak..apa pndpt korang ye???

Thursday, July 22, 2010

Kursus Induksi: Episod hari ke-3

Hari ketiga n malam kedua aku kat sini..baru sempat nak story..rasa tenang sikit hari ni walaupun aku belum berucap pada slot 'Pengucapan Awam'..ittulah slot yg paling digerunkan oleh org macam aku ni..sbb x pandai berceloteh..sebenarnya dah dua slot (4 jam 1/2), belum habis semua peserta yg sampaikan ucapan. Yg bestnya semua orang sportingla..walaupun gugup kat depan,tapi diorang semua berani voluntare utk kuar berucap..aku jugak yg x berani..huhu..

k,la..ngantukla..nak tido lu ye.....esok2 samb story ek..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................




Friday, July 16, 2010

neXt weEk kENA G inDUKSi

huhuhu..sedihnya nak kena tinggalkan baby..2 minggu lak tu! lamanya..apesal la lama sgt kursus induksi ni ye..ikutkan ati nak tangguhkan je dulu sampai baby besar..tapi nanti susahla plak..dahle pernah tangguhkan dah dulu. Takut nanti susah plak diaorang nak panggil balik kan..mm..terpaksala berkorban sikit..
arap2 baby xler meragam dok ngan mak tok dia kat kg nanti..mesti afwan akan rindukan ummie kan...huhuhu...
aduh ni pun dah nak start sedih dh ni!!!

Wednesday, May 26, 2010

Subdealer MAB

Setelah aku menggunakan MAB, dan telah terbukti keberkesanannya..aku amik keputusan utk sama2 jadi dealer kat cni..so aku pegang area sg.petani, padang terap n sik. Sebenarnya area lain pn boleh je nak contact..

Memandangkan aku pun mengamalkannya, x salah aku jadi dealer kan..sambil guna jana income sampingan..tul x? so,grab le peluang yang ada. Supplier aku, k.aina memang sorang caring sangat..pandai dia jaga customer n org bwh dia..x macam dealer besar yg aku contact dulu 2..kerek je lebih..nak tanya pun susah..

MAB ni memang dah terbukti berkesan dan telah bertapak lebih kurang 20 tahun dh..cuma x dikomersialkan rasanya..sebab tu banyak yg xtau..

jom kengkawan guna MAB..nak tau lebih lanjut, singgahle ke http://mymajun2u.blogspot.com


klu ada sebarang pertanyaan @ nak order contact aku ye..019-4645429