Showing posts with label Jana Pendapatan. Show all posts
Showing posts with label Jana Pendapatan. Show all posts

Sunday, September 16, 2018

Mobile Facial SPA Sungai Petani

Dari zaman muda remaja lagi minat Spa ni sebenarnya..tapi taktau nak mula macammana. 

Macam kerja hakiki la ni, dulu memang minat komputer sangat sejak2 kenal komputer form 3. 😅Mintak sambung belajar pilih course Perniagaan utk pilihan pertama, tapi dapat pilihan kedua course IT. 
Alhamdulillah, sebab minat asal tu dapat belajar betul-betul dan dapat kerja sekarang.

Moga minat dalam bisnes dan Spa ni pun dah di laluan yang betul dengan asbab bermula dengan MK. InshaaAllah, kita rancang dan usaha..selebihnya Dia yang tentukan. Doakan ye. 😉




Siapa yang berada di sekitar Sungai Petani, Kedah mahu belajar tentang penjagaan muka @ mahu buat facial, boleh komen bawah ni @ add facebook saya untuk kita deal hokay. 

Sunday, January 31, 2016

Setel Hutang Kereta dalam Masa 4 Tahun?

Assalamualaikum w.b.t

Dalam pada saya berkira-kira tentang hutang kereta. Tiba-tiba Allah hadirkan seseorang dalam group whatsapp Jutawan Emas untuk menanyakan hal berkaitan ini.

Berikut tips yang saya dapat dan tak mahu ianya terpadam, saya catatkan di sini..


~TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS~

Ini adalah teknik yang saya dapat dari rakan emas yang lain,
teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “wang kertas” tak boleh buat.

Katakan anda ada tunai lebih kurang RM3500 dan mempunyai sebuah kereta baru yang perlu bayar installment RM400 sebulan selama 9 tahun.

Langkah 1

Anda beli barang kemas (emas) yang nilainya RM 3350
Pajakan di AR Rahnu dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.Hasil pajakan = 70% X RM3350 = RM2512

Langkah 2

Gunakan RM2512 tadi , untuk bayar installment kereta selama 6 bulan secara “lumpsum".
Kemudian daripada gaji anda yang sepatutnya digunakan untuk membayar instalment kereta,
ubah kepada untuk membayar pajakan Ar rahnu tadi.Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda,
dan selepas 6 bulan, anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda

KESIMPULAN

1. Setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar.
2. Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta sahaja. Bayaran tetap sama.
3. Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun. Anda akan dapat kereta dan juga emas.
4. Katakan dengan RM3500 anda dapat membeli 23g emas 916 (RM150/g). Bayangkan kenaikan emas 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 23g anda akan bernilai RM9660.

Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta sahaja, baik dapat kereta dan juga emas.

* Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas .


-Jomla buat kira-kira kita sendiri hari ni..
#1gram1bulan1keluarga


Misi 1 gm to 1 kg..InsyaAllah

Baca artikel asal untuk tajuk di sini.


Nota 1: Mohon halalkan ilmu ini sekiranya tuan/puan empunya tips terjumpa di rumah usang saya ni..Hanya Allah mampu membalasnya.

Nota 2: Mahu menyimpan dan menjual emas, cari saya untuk kita sembang pasal emas.





my sign