Tuesday, September 23, 2014

Resepi Bun Kosong Lembut Gebu

Assalamualaikum..lama x update sini.

Semalam mood meroti..sebenarnya mood meroti membuak-buak sejak kebelakangan ni..ni hobi yang tertangguh sebenarnya..haha abaikan..

atas request kawan-kawan & untuk simpanan sendiri,ummi tempek resepi kat sini hokey! Sharing is caring!

Ni resepi kedua yang ummi try..alhamdulillah, memang gebu dan lembut. hehe tak perasan sendiri, kawan yang rasa bagitau..hee.. Cuma hasil semalam atas roti tu agak dah perang sangat dah (rasa bukan perang lagi, nak coklat dah kot..hehe)..nak elak jadi camtu kena tutup dengan aluminium foil masa tengah bakar bila dah nampak agak keperangan.

Ok, takyah bebel. Tengok hasil dulu..satgi tengok resepi ye.

Ni dah masuk bekas bawak bekal mai ofis pagi ni..cicah ayaq teh!

Nah ambik resepi ni..p la buat..jangan malasss ya! hihihi


Resepi Bun Lembut dan Gebu.

Bahan-bahan:
250g Tepung Roti / high protein
50g margerin
50g gula kastor
1 sudu teh yis 
1/2 sudu teh Bread Improver
2 sudu Susu tepung (tak letak sbb x beli..hehe)
1/2 sudu teh garam
Sebiji telur
105 ml air suam

Cara-cara;
1) Campurkan air & gula, kemudian masukkan yis. Biarkan seketika sehingga yis naik/berbuih.
2) Satukan semua bahan lain dalam bekas lain.
3) Bila yis dah naik, tuang dalam bahan yang disatukan tadi. 
4) Boleh start uli semua bahan tadi. Uli sehingga tak lekat di tangan (lekat sikit2 takpa). Agak2 boleh tarik macam tepung roti canai..uli la sampai lenguh..hehe..saya uli dalam 15-20minit camtu.
5) Dah siap uli, tutup adunan untuk setengah jam. Biar sampai naik 2x ganda.
6) Selepas tu, bentukkan adunan bulat-bulat kecil @ suka hati, ikut jenis roti yang nak dibuat. Letak siap2 dalam dulang yang dah disapu mentega. Tutup lagi selama sejam.


7) Sebelum bakar, boleh sapu telur kuning yang dicampur susu & madu (optional).


Bakar adunan yang dah kembang selama 20minit dgn suhu 180 darjah celcius.
8) Keluarkan dari oven dan sapu mentega di atasnya. Siap!


Hihi..agak gelap di situ..hehe..ok la kan baru 2nd trial buat. Tapi seriusly cakap memang resepi ni menjadi. Kalau ada sifu-sifu yang rasa mungkin ada kekurangan tu, mungkin teknik saya yang tak berapa betul. Mohon komen..:)

Tips yang dikumpulkan hasil pkcik Google & pengalaman 2x buat ni:
- pastikan sukatan, uli dan time perap tu adalah betul.
- kalau adunan masih terlalu melekat di tangan tambah tepung sedikit demi sedikit
- telur kuning yang nak disapu atas roti sebelum bakar tu mesti tak tercampur telur putih langsung.
- bakar dalam oven guna api atas bawah. Suhu & masa boleh adjust ikut oven sendiri.

Lagi tips kat sini dan sini 


(Resepi diolah dari sini. Tak sure ni pemilik asal resepi @ tak..apapun, tq atas resepi yang sangat menjadi ni! Moga murah rezeki beliau.)


Nak bagitau, roti yang saya buat ni memang kosong..rasa pun kurang manis dan tak berlemak sebab tak letak susu tepung. Patutnya boleh gantikan susu + sedikit air.