Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Resepi Noxxa. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Puding Sagu Sos Kastard Versi Noxxa

Assalamualaikum w.b.t. Dah lunch? Alhamdulillah..

Semalam saya buat puding sagu ni pulak..rasa nak try buat sebab anak tengok hari sabtu tu Ariana sedap sangat makan walaupun tengah demam. Makngah dia yang belikan hari tu..tapi, yang dimakan tu Puding Sagu gula melaka. 

Oleh sebab kat rumah ada tepung kastard, saya decided nak buat sos kastard lah. Ni kejadiannya..hehe


Ok tak macam ni otai-otai? Hehe..saya budak baru belajar masak.

Sagunya dikukus menggunakan Periuk Noxxa. Bahan & Caranya:

1 cawan sagu 
2 cawan air
1 3/4 camca gula (kalau tak suka manis, 1 camca pun dah cukup bagi saya)
Sedikit pewarna merah 

Caranya: 
Masukkan semua bahan dlm inner pot noxxa & tekan steam 2 minit
Dah cukup time,buka & kacau.
Masuk lagi 1 cwn air & steam lagi 2 minit.
Biarkan dlm pot dulu 10min bagi kembang sepenuhnya. Ini hasilnya:



Tapi, memandangkan sagu saya tu masih ada yang belum kembang, saya masukkan air 1 cawan lagi & steam 2 minit lagi..ha baru kembang elok..hehe

Sos kastard
3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
4 cwn air
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam

Caranya:
Campur semua bahan & gaulkan sehingga larut. Saya masak atas dapur gas ja sos ni.


Dah sejuk sagu tadi, tuangkan sos ke atasnya..dah boleh makan. Nak lagi best, sejukkan dalam peti ais. 


Sebenarnya sos kastard ni agak banyak berbanding sagu tadi. Kawan-kawan bolehla adjust resepi sos tu ya kalau nak sikit. @pun lebihan sos tu simpan dalam peti sejuk juga..nanti kita tengok resepi apa pula yang boleh dibuat guna sos tu..hihihi



Ok..dah masuk bekas semuanya. Alhamdulillah bagi saya, resepi ni agak mudah. Rasa sagunya manis dan sesuailah dengan sos yang lemak-lemak gitu.

Kalau rajin, boleh buat raya haji nanti! :)