Showing posts with label Corat-coret kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Corat-coret kehidupan. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

Minum Air Gula Ketika Hamil

Cerita semalam ni..nak tempek jugak kat sini sebagai kenangan dan panduan masa depan..ahahah

1st time ever! 😅
Macam pelik kan bunyinya sebab nak masuk anak keempat baru kena minum. Ye syarat sekarang kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, kandungan 25minggu ke atas kena minum juga sekali untuk check samada ibu bebas diabetis @ tak. Nak tak nak memang kena minum hokay. 

Puas google tips & tanya kawan2. Tq semua yang sudi share tips. ❤️❤️ Antara tips dari kawan-kawan, sama dengan yang saya jumpa kat blog ni. Boleh baca detail kat sini ye - https://www.google.com.my/amp/s/my.theasianparent.com/minum-air-gula/amp

Sebelum nak minum air gula, kita kena berpuasa start pukul 10 malam hari sebelum hari checkup tu. Pukul 8 pagi pergi ambil darah dan minum air gula. Tunggu selepas 2 jam, ambik darah semula. 





Alhamdulillah, semalam dipermudahkan. Dapat minum habis 1 mug tu dengan 2kali teguk. 😅
Next appointment baru tau result..harap semuanya okay.



Wednesday, January 13, 2016

Ketika Mata Terpejam


Innalillah hiwainna ilaihirojiun.
Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fu'anha.

Maksudnya: "Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadaNya. Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memberikan keselamatan dan memaafkan kesalahannya.".

Pagi tadi ketika baru melangkah masuk ke pejabat, kami mendapat perkhabaran hiba iaitu seorang staff vendor kami telah kembali ke Rahmatullah. Ya Allah, apakah ini benar? Baru semalam rasanya saya mengusik dia ketika mahu keluar sarapan pagi. Masih terngiang lagi usikan saya pada dia.

Allahyarhamah merupakan seorang ibu muda dua anak. Anak-anaknya masih kecil, seorang berusia 2 tahun dan seorang lagi baru 4 bulan..masih menyusu. Allah! Tatkala mendapat berita ini tadi, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya  adalah anak-anaknya. Ya Allah, bagaimanakah penerimaan anak-anak ini? Sayu hati seorang ibu mengenangkan perkara ini. Sebak sangat rasa dada ini.

Pergi menziarahi arwah tadi, dan melihat sebujur tubuh terbaring kaku seolah sedang tidur. Mengenangkan bagaimana arwah adalah seorang yang lembut bicaranya, selalu dilihat ke surau untuk solat sunat Dhuha dan solatnya di awal waktu. Pemakaiannya memang melambangkan muslimah sejati. Ya Allah, sesungguhnya Kau lebih sayangkan mereka.

Tidak dapat bayangkan sekiranya ini terjadi kepada diri saya sendiri. Mati itu pasti. Cuma bila, bagaimana, dan di mana..itu yang kita tak tahu. Hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan jalan kita kembali.

Andai ditentukan aku juga pergi dulu, ku titipkan coretan ini buat semua...

Suamiku,
Aku amat menyayangimu,
Aku mahu kita bersama sampai Syurga
Ku mohon,
luruskan jalanmu,
bawalah aku dan anak-anak ke jalan yang benar,
pimpinlah kami ke Taman Firdausi.
Indahnya andai kita bersama di sana nanti.

Buat suamiku tercinta,
Andai daku telah pejam mata..
Dan, takkan dapat melihatmu dan anak-anak lagi..
Ku doakan kita berjumpa di Syurga.

Suamiku,
Andai aku tiada lagi,
Aku amanahkan anak-anak ini kepadamu..
Kau bimbinglah mereka ke jalan yang benar,
Pegang erat tangan anak-anak kita agar tiada seorang pun yang tercicir,
agar tiada seorang pun kau abaikan.

Anak-anakku,
Ummi sayang kalian,
ummi mahu terbaik untuk kamu..
andai ummi selalu marah, maafkan ummi,
andai ummi selalu tak terkawal emosi,
maafkan ummi,
semoga waktu kita bersama masih ada.
Andai terhenti waktunya,
kalian pilihlah jalan yang diredhai,
Jika sesat, carilah tangan yang mampu bawa kalian ke pangkal jalan.

Mak ayah,
andai along pergi dulu..
Halalkan segalanya yang telah kalian berikan kepada anakandamu ini.
Daku tak mampu membahagiakan kalian di dunia ini,
namun, along harap dapat membahagiakan mak ayah di Syurga kelak.
Semoga kita bersama di sana nanti.

Buat keluarga, rakan-rakan, sahabat yang mengenali daku,
terima kasih kerana menjadi teman suka duka,
Maafkan segala kekhilafan selama perkenalan kita,
Doakan kita jumpa di Syurga nanti.


Wallaua'lam.






my sign

Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..kita bertemu Ramadhan lagi. Dah hari ketiga hari ni. Sama-samalah kita berlumba-lumba mendapat keberkatan bulan mulia ni. InsyaAllah.

Mesti ibu-ibu paling sibuk kan..tambah2 pulak jika ada anak yang berpuasa. Hmm macam2 request kot..hehe..

Ummi pula tahun ni nak cuba kurangkan ke PARAM, better masak sendiri..tapi sekali sekala pekena ayam panggang tak salah kan..nak panggang sendiri memang tak sempat hari kerja ni..hihihi..anak2 belum start puasa. Cuma Afwan dah tau pasal puasa ni, tengok upin ipin kan..pastu dekat sekolah cikgu dah explain sikit2 pasal puasa. Takpa, baru 5 tahun..yang penting kena belajar solat dulu ye nak. 

Salam Ramadhan semua!

Monday, November 11, 2013

Kembali Lagi...

Assalam. I'm back!!

Lamanya tak jengah sini..ahkak bz ok..haha..bz la sangat.
Maklumla dah anak dua ni, kerja pun tak menang tangan..macam2 kerja akak buat dik, dari jual kain sampai jual Shaklee dah la ni..ha tu la busy sangat okeh. hahaha..

Ok, sapa2 nak beli kain pasang @ baju kurung moden yg siap pakai, sila la contact akak ye. Takdak gambar-gambar2 lagi, sebab banyak jual offline ja.

Ya..1 lagi akak buat online..Shaklee! Wah, sejak bila pula ni? Nak story sikit..sejak akak ambil Set Pantang Shaklee..ha sejak tu la, akak dah jatuh cinta dengan Shaklee ni. Akak biasa la kalau dah jatuh cinta tu, mesti nak share dengan kawan2 yang lain.  Sambil makan sendiri, sambil jual..nak tengok, sila like fb page Sihat Bermakna Cantik & blog Sha Beauty & Health akak k.

Tu pasal keja2 ye..
Tarra...this is my lil princess, dah nak boleh duduk dah pun! hehe..

Nur Dinie Ariana..heroin susah senyum ni..hihi


my sign

Saturday, April 20, 2013

Adik utk Afwan

Dah 13hari dlm pantang...hah? Pantang?? Mesti da yg trkejut kn..lama xdan nk update blog ni, tup2 dh meletup..hehehe..ni baby ngah tdo, ummi amik peluang jenguk sini la. Bnyk nk update ni sbnrnya, tp online pakai hp ja ni, so terhad sikitla..

Nak tau x dapat baby pa? Ala kt fb, instagram dah update..konfirm semua dh tau kn. Alhamdulillah, dapat adik pompuan utk Afwan..xleh la nak wat geng ultraman dia!! Hehe..

Nak letak pic x blhla plak..guna hp ni nk kena install apps lain plak, line slow.. Nt la ummi godek2 lain.



my sign

Wednesday, September 5, 2012

Syukur..dah 7 minggu (Trimester Pertama)


Alhamdulillah..setelah berbulan aku x menjengah ke sini, ada berita gumbira yang nak aku share.  Syukur setelah hampir 6 bulan menunggu, akhirnya pada 3 Sept lalu aku disahkan berbadan dua..terujanya x terkata!! Alhamdulillah! Syukur atas kurniaanMu Tuhanku..insyaAllah jika rezeki ini milik kami, tahun depan Afwan jadi abang long la..yea!yea! hihihi..

Cakap pasal kehamilan kali ini, memang berbeza masa aku kandungkan si Afwan..
kalau dulu..
- selalu sangat loya2
- xleh bau org masak (kalau org masak, mesti aku dalam bilik)
- apa yang dimakan mesti keluar balik
- mesti muntah naik keta
- badan lembik sangat (kalau orang angkat buang pun xleh watpa masa tu)
- makan nasik hanya berlaukkan sayur..
bak kata org putih..'morning sickness'..gejala ni sampai kandunganku hampir 5 bulan..

kali ni sampai ke hari ni (usia kandunganku lebih kurang 7minggu)..
- selera makan masih ok, cuma kena pilih2 sebab kalau silap ambil makanan mesti meloya
- naik keta baru muntah sekali, tapi mesti pening2..
- badan rasa lemah, espc lepas balik keja..(sory to say, hubbyla kena wat semuanya.."Sorry abang")
- susah tidur..
- & yg paling hubby kena banyak sabar, mood aku yang berubah2, mudah sangat terasa! hihihi..sory,x sengaja k..

Harap-harap pembawakan kali ni tidaklah seteruk dulu sebab aku dah ada Afwan yang nak dibelai lagi..Amin..

p/s: sekarang pun sakit kepala nyut..nyut..nyut..aduh! kalau dapat lelapkan mata sat ok gak ni..hu3..

my sign

Monday, January 2, 2012

Dah tahun baru......

Tup2..dah masuk ari ke2 tahun 2012 kn..cepat btul rasanya masa berlalu..
lama sangat rasanya x menjengah ke sini..nak kata sibuk, xler sangat..
xdak mood kot untuk menulis..lgpun xdak story best sangat yang nak dishare..
but, .i'll back later dengan citer baekk punya!! stay tune............!!

Apa pun..harapan tahun baru ni semoga semuanya berjalan lancar seiring dengan keredhaan Allah.
Tempuhi masa akan datang dengan pengalaman masa lalu.
yeah!!! Go2 fighthing..hahaha..
(gila korea melanda ni!! kekeke..)


my sign

Tuesday, October 4, 2011

Sembang Pagi

Assalamualaikum semua..camna mood pepagi ni? ok ke? kat sini hujanla,lebat tuh..klu ikutkan hati mau je tarik selimut tadi..hehe..x boleh! x boleh! aku keja la..dlm mood2 ujan pun, aku terdatang awai ke tempat keja. sebelum ni akulah antara yang terakhir sampai..:-p..tp bukan sengaja nak lambat tau, i kan ada komitmen!
Ngah drive dalam suasana hujan yang boleh dikategorikan lebat jugak tadi, aku teringatkan orang2 kampung yang menoreh getah..kesian kan bila cuaca macam ni..duduk kat beranda rumah sambil minum kopi, merenung je hujan yang turun..mesti dok hitung bila la hujan ni nak berenti kan? hu3..


sumber pic: pak cik google
my sign

Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...


Selamat Hari Lahir buat suamiku tercinta...
Semoga kedewasaan ini memberimu lebih kematangan 
dan semoga dikau beroleh 'nur' hidup untuk menerangi 
aku..isterimu, dan dia..anakmu..

Always love & missing u!!!!!

p/s utk hubby: nak hadiah x? cuti ujung minggu ni ye..:-p

my sign

Tuesday, September 6, 2011

RWS-Universal Studios Singapore

RWS-Universal Studios Singapore
Aku dah sertai peraduan ni. Jomler ramai2 join..untung2 dapat p Universal Studio beb!! nk p sendiri pakai xler kot..:-)

________________________________________________________

hahahaha!! wa kena beb!! Tarikh tutupnya semalam la..tu la sibuk beraya sampai x on9..kan dh terlepas! hu3..
xdak rezeki den..kekeke

my sign

Sunday, August 28, 2011

DAM DAM DUM! BUM! BUM! BUNYI MERCUN!

Sana sini dah bunyi mercun dah ni!! terasa kan kemeriahan syawal tu..:-) 
Persiapan 'hangpa' camna? Me..bab2 baju raya dah complete dah. chewah!! 
Tapi bab kuih2 ni, kononnya nak wat sendiri, tp baru dpt 4 jenis..tu pun nasib baik ada adik aku yg tolong...lagipun, adik ipar aku dah wat banyak kt kg tu ha..xler risau sgt..hihi..klu harap aku..hu3..mana nak melayan si Afwan lagi kan! nak tak nak, malam ni @ esok kena gak aku buat kuih kegemaran ayah aku..Biskut Kurma Gulung..janji kena tepati kan..hehe..papun, nah kad raya utk hangpa semua!! Yang balik kampung tu, selamat ye!!! Aku pun akan balik esok!! sama2lah kita selamat sampai ke destinasi..wah, dah terbayang ketupat lemang ni..

Salam Syawal buat semua!! 
moga Syawal yang bakal menjelma ini memberi seribu makna 
buat aku dan keluargaku seperti Ramadhan ini!!


p/s: Harap sangat hubby dapat balik di pagi raya ni..x sanggup lagi merasai kesepian itu!!!

my sign

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Norma

Sapa tengok MHI pagi tadi? Tentang kisah Norma yang menyentuh hati..tentang ketabahan Talib. Sebenarnya aku pun x tengok pun sbb aku buka tv9 pg tadi. Tapi bila on9 fb tadi, dalam group MCDP, da sorang akak ni yang post tentang kisah ni.




Kalau kawan2 nak tahu kisah selanjutnya, silalah baca entry di blog kak Moon (mintak share ye kak Moon). Kisah ini boleh kita jadikan iktibar dan marilah hulur tangan sama2 membantu, tambah2 di bulan yang mulia ini.

sumber video: youtubemy sign

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

 " Betapa indah & syoknya bulan Ramadhan!!
Sebab tu Selasa cepat2 cari Rabu suruh bagitau Khamis supaya  mesej
kat Jumaat suruh call Sabtu tolong peringatkan Ahad yang Isnin nie dah start puasa!!

~Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Posa jangan x posa!! :-p


p/s:  Baru 3 hari menjejak kaki ke bulan mulia ni..rasanya belum terlambat untuk aku wish kn..:-)



sumber: ayat kat atas tu dr mesej yg diforwardkan oleh rakan sekerja aku. Gambar plak dari encik goggle.

Thursday, July 7, 2011

Janji..mu

Janji apa? Dari sapa?
Ni lagu permintaan hubby aku..xmo ngomel banyak2..
layan je la.. hayati lagu & liriknya tu sesama ye.




Cubalah kau mengerti 
Perasaan hatiku 
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
 Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Aku akan selalu 
Menjaga dan mencintaimu 
Aku janji padamu
 Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Aku janji padamu Akan mencintaimu
Takkan menduakanmu

p/s: Ku pegang janji2mu spt lirik lagu ni..!!
my sign

Wednesday, June 8, 2011

Cari Ketenangan

Malam Ahad lepas, entah camna mata ni x mengantuk..aku layanla Jangan Tidur Lagi. Rancangan tu dihoskan oleh Cat Farish..n tetamu2nya adalah para ibu tunggal yang muda2 gitu. Diaorang adalah Anne Ngasri, Tasha dan Siti Nordiana..semuanya ada cerita tersendiri. Dan, tiba2 ja rasa tersentuh bila Siti Nordiana mendendangkan lagu Cari Ketenangan dan kalau x silap aku, lagu ni merupakan rakaman terakhir beliau bersama Achik Spin..kalau salah, sorry ye..fuhh!! liriknya menusuk kalbuku!! Ampa (korang) hayatilah lirik lagu ni..hu3...(ternangis sekejap daku)..hanya yang memahami akan merasainya..



Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa
Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
Chorus
Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan

Nak dengar lagu ni?? search la ye..:-p. 






my sign

Sunday, May 29, 2011

The Negotiator


"Now, get me Sabian!"..ha..dah pernah tengok ka filem ni?? Kalau x salah, filem ni tahun 1998 g..time tu aku baru form 1. Ni la first time aku tengok. Filem ni ditayangkan malam tadi kt Astro Prima, pukul 12 tghmlm - 2 pagi. Dah sekian lama aku x layan cerita2 kepolisan camni dan sampai pagi2 lak tu. .sorang2 plak layan tv..sebenarnya hubby aku yang nak tengok sangat, last2 dia plak tertido. So layan je la..

Meh citer cket tentang filem ni..
Filem ni mengisahkan seorang polis yg merupakan seorang negotiator yang terbaik di Chicago East Side, Danny Roman lakonan Samuel L.Jackson. Bagaimanapun, dia diperangkap dan dituduh membunuh rakannya sendiri, iaitu Nate berikutan siasatan mereka mengenai penyelewangan dana. Dalam filem ni, memang terdapat konspirasi dalaman, di mana polis jugakla yang menyeleweng. Dan, yang paling best filem ni, xdak sorang pun penjenayah luar. Semuanya antara dalaman, kita boleh lihat bagaimana Danny Roman menahan 4 orang tebusan untuk membuatkan pihak yang terlibat dalam konspirasi tersebut menonjolkan diri.

Sabian, lakonan Kevin Spacey, merupakan polis dari West Side yang dimahukan oleh Danny kerana dia percaya Sabian mampu membantunya. Dan, ternyata Sabian memang seorang polis yang dipercayai dan membantu Danny.

Filem ni penuh dengan aksi dan psiko jugakla..kalau nak baca review lebih banyak g, kat sini http://www.filmcritic.com/reviews/1998/the-negotiator/.

Sebenarnya, aku xtau nak cerita la. Tengokla sendiri ye..best! x rugi aku tido lewat semalam. Kalau korang rasa x best, korang punya pasalla!! aku layan.............
my sign

Thursday, May 5, 2011

Facebook..oh..facebook...

Rasanya cam kosong ja tanpa mu!!! hahahaha..tahap gila ka aku ni ye?? xlah..cuma aku rasa lost contact je ngan kawan2..klu x, boleh la jugak ari2 tau status kawan2, walaupun x communicate kan. hu3..lagi sedih x dapat nak ikut perkembangan baru untuk CD (Cloth Diapers)..hehehe..benda ni baru jadi petang semalam ja sebenarnya..tapi rasa cam lama dah tau..tolong la kawan2..
v
v
v
v
v
v

my sign

Monday, May 2, 2011

Cita-citaku seorang Pensyarah

Sebelum nak story bab tajuk ni..aku nak jugak wish 'Hepi Labor Day' buat semua, x terlambat lagi kan..sebab banyak yang  masih ber'holiday' lagi kan rini..hepi2 ye korang. Selama tiga hari cuti, aku dok berkampung kat kampung je..x kemana-mana..k,jom cerita.

Dolu2..cita2ku dari bangku sekolah g, nak jadi seorang Pensyarah.  tapi sekarang bergelar seorang PPTM. Layakkah aku jadi Pensyarah? mm..tak sesuai kot. Sebab aku bukanlah seorang yang pandai nak explain kan sesuatu benda tu..dan kerana itulah takdir aku di sini sekarang. Tuhan Maha Mengetahui dan telah memberi kan aku pekerjaan yang sesuai sekarang. Dan,  Dia jugaklah bagi peluang untuk aku rasa camana jadi seorang pendidik.. :-).

Gaya seorang trainer..:-p
sesuai x?? tengah ajar buat graph & carta pai guna powerpoint ni.

Minggu lepas, 26hb April,  aku ditugaskan untuk menjadi trainer bagi Kursus Word & Powerpoint. Kursus ni diadakan khusus untuk warga2 hospital ni, dari gred 17 - 32. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar sampai ke akhir kursus.  Pada mulanya, aku memang agak gementar jugakla untuk mulakan kelas..walaupun student aku hanya 15 orang..dan di antaranya aku kenal. Mujurlah aku x perlu bagi penerangan banyak2 sebab kursus ni lebih kepada praktikal..Sebenarnya sebelum ni, aku selalu jugak ditugaskan untuk mengajar doktor-doktor baru yang melapor diri kat sini, tapi just train tentang sistem yang digunapakai kat hospital ni yang hanya mengambil masa lebih kurang 3jam camtu la. Kursus ini pula diadakan sehari.


Di antara student2 aku yang bagi komitmen yang baik
sepanjang kursus tersebut..

Satu kursus dah selesai..tunggu bulan November ni plak ye. InsyaAllah aku cuba improvekan penyampaian aku..hehehe..so, pada semua yang sertai kursus lepas, semoga saya telah membantu kalian ye!!

credits to Azuan (student practical dr POLIMAS yang sudi snap gambar2 ni)...:-)





my sign

Monday, April 4, 2011

Tragedi petang Khamis

Ngantuk betul petang ni..bukannya pa, pagi tadi pekena pulut inti ngan ketupat. Hurmm..so, impaknya time2 la ni la kan. Sebelum ni jarang aku nak rasa ngantuk camni kat ofis ni..mungkin ter'over dose' kan..hehe..k, aku nak cerita tragedi ari Khamis ritu..hu3..

Sayu gak bila mengenangkan tragedi tu..syukur Tuhan masih sayangkan kami.
Khamis, dalam pukul 5 lebih camtu..aku, anakku serta sepupu aku, Haniey bertolak balik ke kampung. Kami hanya bertiga, memandangkan hubby aku kerja.
Ketika baru bertolak, sampainya di depan Carnivall Cinta Sayang (mesti ampa tau kan kat mana),  kami dapati orang ramai sangat ditambah pula dengan rombongan budak2 sekolah. Terdetik di hati kami,  'sure da xcident ni'..hampir je dengan tempat tu..confirm!! xcident!! Subhanallah..ada sorang gadis terbaring kat tengah jalan dan sebuah kereta honda putih di situ..beberapa meter dihadapan ada sebuah skuter 'Ego S'..kelihatan ambulans sedang menuju ke tempat kejadian..Memang mencemaskan ketika tu, walaupun kami hanya tengok dari jauh..hati memang x tenteram, tambah2 lagi sepupuku yang tengah drive tu..Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita kemungkinan2 kejadian tu ja..

Di pertengahan jalan, di jalan Bukit Selambau berhadapan dengan kilang kayu..'TUP! krakkkkkkkk................"
Astaghfirullah al Azim....Subahanallah!!! tetiba rasa macam dirundung badai..cermin kereta kancil k.cik (Haniey) retak seribu!! Retak menanti berderai ja!!

Kami berselisih dengan sebuah lori yg penuh dengan muatan pasir @ batu x pasti..yang pastinya batu dari lori tu yang membuatkan cermin kereta retak!!

Kat sinilah batu tu hinggap..
kerana batu yang sekecil itu, habis seluruh cermin..hu3

Beginilah cermin yang retak menanti derai..
Pandangan dari dalam

Syukur Tuhan masih sayangkan kami..
seandainya cermin itu berderai serta merta..apakah nasib kami???
Astaghfirullahalazim..mintak dijauhkan perkara itu..Amin!
Dalam keadaan yang masih lagi terkejut, aku memang x dapat nak cakap dengan sesapa..memang terkejut sangat.  Dah la tadi,  tengok xcident..ni tiba2 menimpa diri sendiri..mujurlah tiada yang cedera.. Alhamdulillah! So, suruh k.cik contact abg Chot (sepupu aku kat sg.petani) datang kat kami. X tau apa yang perlu dibuat..bila keadaan dah tenang sikit..barula call mak kat kampung. Mak gtau ayah akan datang.
Sementara menunggu sepupu (abg Chot) dari SP
dan ayah mai dari kampung..Afwan la yg jadi
peneman di kala hati gundah.


Akhirnya, bang chot sampai.. lega rasanya.  Dah la awan kian gelap..hampir pukul 8, ayah pula sampai dengan adik dan abg ngah. Sebagai penyelesaiannya,  ayah ketuk semua cermin dan buang  segala serpihan.  Selesai semuanya,  ayah pandu balik kereta dengan x bercermin..memandangkan begitu, ayah la bercermin mata hitam untuk elak sekiranya ada lagi serpihan kaca.. Lawak pun ada kalau orang tengok time tu..malam2 berkaca mata hitam lak..heheh..

Pukul 9 kami sampai kat kampung..alhamdulillah.  Perjalanan yg sepatutnya hanya sejam menjadi sampai 3 jam lebih...hu3..apa2 pun sukur padaMu Maha Esa!

(**Haniey..soe gambar chek x dak)




my sign

Tuesday, March 22, 2011

Menjejak ke alam baru..

Tanggal 19 Mac lepas, seorang lagi bapa sedara aku telah 'join kapal'  aku & sedara-sedara yang lain. Tamatlah riwayat zaman bujangnya!! FYI, bapa sedara aku yang famous dipanggil pak lang ni umurnya muda dari aku..tp berpangkat bapak sedara dh..hehe..

Selamat Pengantin Baru buat paklang
semoga kalian bahagia ke akhir hayat

Ni mak lang aku..heheh
segak orangnya, lemah lembut dan sopan santun beb!!
bertuah badan si pak lang!! 


Sekitar hari pernikahan yang lepas..berdebar2 paklang..hu3

Heheh..me n my son, Afwan..
hehe..nak selit jugak nih..orang kuat nih!! haha


Ni ha orang kuat yg menjayakan majlis nih..chewah!
Sebelah kiri - adik ipar aku, Ct..dia la jugak bertungkus lumus
menyiapkan hiasan bilik dan meja makan bersama aku.
Sebelah kanan tu - k.imah, sepupu aku yg ngasuh Afwan.

Haniey Hani sempat bergambar dgn pklang nih..diala orang kuat bikin snap gambar nih
( viva hitam ni jugak le yang jadi pengangkutan rasmi si pengantin..hehe)


Secebis puisi buat pengantin..


Dalam kekalutan..
Dua hati telah menjadi satu
Dalam kebimbangan..
Sebuah janji temeterai sudah
Kini..
Tinggalkan segala kekalutan
Buang segala kebimbangan
Kalian..
Layarilah bahtera itu
bersama iman dan taqwa.

Amin!!!





my sign