Tuesday, December 14, 2010

Sorry to hubby....

Oleh kerana kecuaian aku,  habis 20 ekor ikan peliharaan hubby aku mati!! Ikan lampam dan  ikan sebarau (hubby aku bela ikan sungai je semuanya.) Hal ni berlaku pagi kemarin..huhuhu..aku bangun je nak mandi pagi tu, tengok2 semua ikan dah tertonggeng....alamak!! aku lupa la nak on balik plug 'motor' akuarium malam tu selepas masak air..huh..tinggal beberapa ekor je lagi ikan yang masih bernafas..sorry ye hubby!! I'm careless yesterday!!

Ikan2 yg selamat masuk dalam baldi utk dibuang.
huhuhu...penat aku bagi makan tiap2 ari, last2 aku yg cuai!


Monday, December 13, 2010

Kejadian Itu Menginsafkanku!!

Sebenarnya aku nak kongsikan dengan kalian semua cerita ni...tu yang pagi2 lagi, x sempat sarapan g ni aku nak buat n3. 
Khamis lepas selepas balik kerja, lebih kurang pukul 6.30 petang..aku dapat panggilan daripada adik Yang (adik aku no 3). Dalam keadaan teresak-esak, dia gtau aku abg ngah, Ct dan  Adam telah mengalami kemalangan!!! Tersentak aku di kala tu, rasa di awang-awangan....Subhanallah!! Ya Allah! Dugaan apakah ini?? Kereta mereka merempuh bekho yang tiba2 keluar dari rumah..kejadian ni berlaku di Naka. Tak dapat ku bayangkan keadaan ketika itu..aku di sini pun x keruan!! Meronta-ronta aku keseorangan di rumah, dan pada itu hanya ku sedar, tiada apa yang dapat ku lakukan melainkan hanya berdoa!! Memohon pada Yang Satu!! Itulah kita!! Tika musibah menimpa baru mencari Yang Kuasa...sebelum ni, mungkin asyik lalai dan melambat2kan suruhannya!! "Ya Allah ampunkan hambaMu ini..ku insan lemah yang sering lalai pada suruhanMu, namun Kau tlglah adik2 dan anak sedaraku..moga tiada apa yg kritikal berlaku terhadap mereka..Amin!!".
Dalam pukul 8 malam camtu, aku hubungi keluargaku di kampung, Alhamdulillah..adikku, isteri dan anaknya telah selamat sampai pulang ke rumah.  Alhamdulillah, hanya anak sedaraku sahaja yang berjahit ke dahi..adik iparku, Ct cuma luka sikit je kat atas mulut. Adik lelakiku x cedera pun, memandangkan bekho tu merempuh bahagian sebelah penumpang je.

Keadaan kepala anak sedaraku yg berjahit..sempat lagi senyum si adam ni.
Biasala..budak2 bukannya tau dia cedera.

Ari jumaat tu, aku pulang ke kampung bersama family sepupu aku memandangkan hubby aku kerja. Dapat jugak balik tengok anak sedara aku tu..Alhamdulillah..Syukur sangat pada Yang Esa kerana masih beri kesihatan yang baik kepada mereka serta beri kesempatan kepada aku untuk menemui mereka. Syukur Tuhan kerana telah memberi peluang kedua kepada kami semua!! 

Kereta adikku yg mengalami kemalangan.
Gambar sebelah kiri -  kereta sebelum kejadian
Sebelah kanan - akibat kemalangan

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah 1432...



Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua...harap aku tidak terlambat untuk ucapkannya. Bukannya aku terlupa, tapi x berkesempatan untuk buat n3 kat sini..
Ada kisah yang aku nak kongsikan.. sebenarnya aku hampir terlupa untuk membaca doa awal dan akhir tahun sebelum kita menyambut awal tahun Islam ni.  Sebelum balik keja ari isnin lepas, aku da print out doa tu, ntah macammana dalam kesibukan melayan anak, aku hampir terlupa..mujurlah ari tu TV3 ada menyiarkan bacaan doa tu.  Alhamdulillah..aku sempat juga membacanya!
Kalau tidak, pasti aku rasa satu penyesalan yang amat sangat kerana aku perlu tunggu setahun lagi untuk membacanya! Itupun jika aku masih diberi kesempatan di dunia fana ini..
Sempena tahun baru ni, hijrahku untuk memperbaiki diriku..x kiralah samada dari segi fizikal atau rohani..Ku mohon doa kalian untuk mengiringi keazamanku ini supaya mencapai matlamatnya...Amin!! 
Kau Yang Maha Besar!!!

Sunday, December 5, 2010

Aku hari ni......

Orang lain tengah sibuk-sibuk ada issue dari user, aku plak sempat g nak hupdate nih..hehehe..soe ye kengkawan, den 'blur' sikit bab2 ni..saja je nak buat n3 diri sendiri setelah bergelar Ummi Afwan yg dah berumur setahun lebih ni..hehe..thanks ye Mizul tlg snapkan gambar ni!! Dia sebenarnya nak snap gewang Chek Wan tu..aku pun interframe gak..besala, aku kn!!!
aii..diriku yang membesar bagai juara!! yahoo!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Kekanda Adinda - monoloQue & atilia

Dah berapa ari ye xdak n3 baru?? Rasa cam lama ja..bukan pe, aku tgh mem'bz'kan diri utk develop sistem baru kat ofis ni ha..maklumla x pernah guna PHP kan, so kena la godek2 lama2 sikit..tapi nasib baik x kena wat seluruh sistem tu!..kalau x, konfirm makan berbulan nih nak siapkannya..thanks K.shima coz banyak bagi tunjuk ajar..:-).

Dalam pada tu, bila dah pening2 cari coding n script..relak2 la jap kan..dan pastinya layan lagi lagu ni. Dah banyak kali dengar pun, rasa x bosan! My massage ringtone pun lagu ni tau..hehehe..Tambah2 tengok klip ni..suke sangat tengok Atillia..sempoi! Jom Layan...

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku!!

Hari ni, Afwan dah setahun dah. Sekejap ja masa berlalu...sakit bersalinkan Afwan pun masih terbayang g rasanya.  Seronok ja melihat Afwan membesar..
Ummi doakan yang terbaik untuk anak ummi, semoga menjadi insan yang berguna dewasa kelak. InsyaAllah, ummi berjanji akan mendidik Afwan sesempurna mungkin. Walaupun baba sentiasa tiada disamping kita,  Afwan perlu faham ye sayang..kita terpaksa sentiasa berjauhan dengan baba kerana dia mencari nafkah untuk kita. Untuk anak kesayangan..Muhammad Danish Afwan! Selamat Hari Lahir..mmuah! muah!

Cupcakes utk Afwan!! Tunggu baba cuti, baru celebrate ye..
belated pun ok kn!!

Monday, November 15, 2010

PUING CINTA


Dengar ja lagu ni kat TV3 ritu, terus aku terpaut..lupa lak aku nk post kat sini..so,rini kongsi liriknya ya..
Best2!! Layan n hayati ya…

Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..

Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..

Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..

Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..

Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..

Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan

Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa

Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..

Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..

Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

Sunday, November 14, 2010

Dah sihat..jalan2 la plak


Khamis lepas, aku n hubby bawak afwan g pasaraya..saja jalan2, beli baju & kasut raya utk Afwan. Sejak boleh berjalan nih, asyik nak berjalan je dia..xmo orang dukung sangat dah..aii..jenuh jugakla nak kepung. Nasib baik da sepupu aku, kami panggil k.cik ja (anak pklong aku)..dia la suka melayan n mengikut Afwan ke mana pun.

Ni sebelum nak kuar, kat depan umah..seronok sungguh Afwan! 

Dah sampai The Store kat CS tu, nak memilih baju si Afwan ni..dia pun sibuk je nak memilih, abih di tariknya baju & seluar  yg sampai dek tangan..seronok ja dia time menerai kasut n topi tu..

Alang-alang dah jalan2 tu kan..aku pun amik kesempatan nak beli kasut ler..hehe..so,baba dia n k.cik la kena ngasuh..ummi pilih kasut, si Afwan pun cam besala, sibuk je..tengokla tu..sampai terduduk kat situ..akibat terlalu ke sana ke mari, kenala baba betulkan balik seluarnya yang dah serabut tu..hehehe..


Ni plak semalam, bawa Afwan ke Tesco lepas p PC Fair kat Village Mall..saja ja boring-boring kat umah. Time ni hubby dah p keja, so aku bawa Afwan jalan2 dengan k.cik je la.




Wednesday, November 10, 2010

Afwan got flu, cough and fever again!! Oouh......

Semalam aku EL, coz my son not well again! Sejak sabtu lalu, afwan dapat selsema dan batuk.  Aku & hubby dah g amik ubat kat klinik biasa kt taman ria jaya..alhamdulillah, hampir ok. Tapi tiba2 malam isnin n selasa lepas, dia diserang demam waktu tengah malam plak. Badan afwan akan panas time nak pagi, selalunya dalam pukul 2pagi ke atas..bila dah jadi camtu, memang risau sangat2..macam2 berlegar dalam kepala ni..dengan keadaan dia yg asyik mengerang je..aduh! memang x tido le aku n hubby. Cara afwan bernafas pun seakan-akan sangkut2..huhuhu..
So, semalam aku bawa afwan ke Child Specialist Centre kat Amanjaya..Doc cakap dah ada bunyi nak penat sebab kahak terkumpul, so itu salah satu penyebab badan dia panas sangat. So, dia sarankan masukkan ubat secara sedut melalui hidung dan mulut.  Ubat tu perlu dimasukkan selama 15 minit. Time treatment tu, Afwan menangis sampai x ingat2..aku rasa satu tempat tu dengar suara dia je..tapi kami terpaksa 'memaksa' dia juga. Baba meriba afwan dan pegang tangan serta kepala utk elak dia bergerak..tu pun abih ditangkisnya..demam2 pun kuat lagi tenaga tu. Mesti Afwan fikir sampai hati ummi ngan baba buat dia camtu..hehehe.."Sabar ye B, B nak cepat sembuhkan..."..tu le dialog yg kuar dari mulutku time Afwan melalak. Doc cakap xpa biar dia nangis, sebab boleh cepatkan kemasukan ubat tu. Tengok Afwan hampir terkulai keletihan, treatment dihentikan walaupun tinggal sedikit lagi belum dihabiskan. Dah selesai semua, naik ja keta nak balik umah..terus Afwan tertido. Cian anakku..
Dan, hari ni Afwan dah semakin ok..dah x demam lagi. Cuma batuk2 ja g..n selsema pun dah kurang. Tapi mungkin panas dalam, suara dah serak2..cian Afwan.



Thursday, November 4, 2010

Duniaku Terbuka Kembali!!


Rasa cam dunia ni bersinar kembali!!! Hahahaha..semuanya tersenyum panjang ja..sebabnya? Internet dah ok! Dah 2 ari tau rasa cam kosong ja tau..blur..n very2 the!!! Akhirnya aku dapat update semula!!

Tuesday, November 2, 2010

From SG with Love

Semalam hubby aku start cuti..maybe kali ni lama kit kot. :-) Suka nih!!:-p
Trip dia yg lepas, selalu masuk Singapore..so, kali ni sempat lak dia belikan ole-ole utk aku n afwan serta da jugak n adik2 kat kg..biasa-biasa je, tp syokla dari luar negara katakan..hahaha..cam jauh je.
Yg lawaknya nengok telatah afwan 'menerai' kasut baru yg baba dia belikan..boleh plak dipakainya, sebelum ni asyik nak buang je klu dipakaikan kasut.

Tengok tali kasut pun x sempat nak ikat, sebab asyik nak berjalan je..
(putih pink lak kasutnya, cm pompuan ke?? xla kn..ala hentam sajalah ye afwan)
Sejak boleh berjalan ni, nak duduk seminit pun susah si afwan nih..nak pakai baju pun susah..tengokla gambar x berbaju kat atas tuh.

Monday, November 1, 2010

KegilAanKu...

Semakin hari semakin x keruan kegilaanku!! rasa cam bernanah di hati nengok semuanya..huhu...Aku akan cuba utk memenuhi segala yg ku inginkan!! Sebenarnya segala kegilaan tu dah lama bersarang di hati, n hampir2 nak terkubur dek kesibukan dan ketidakstabilan diri..tapi kali ini insyaAllah akan ku usahakannya!! Tambah2 pula bnyk blog yg wujud seperti cendawan tumbuh lepas ujan (maklumla sekarang ni musim ujan lak kan)..seperti membakar-bakar naluri ini! Caiyok2 utk diriku sendiri...Nak jugak..nak jugak!! Apa ye kegilaanku??? Nak tahu ke..x mau share lagi sampaila aku dapat hasilkannya!! Hua..hua..hua..

Tuesday, October 26, 2010

aFWAN..first time at playground

Sebelum g kursus btn, Isnin lepas..hubby nak g jumpa kawan dia kat Taman Jubli..so,aku n afwan pun ikut sekali.  2 la first time kitorang bawa dia ke sana..maklumla sebelum ni x berkesempatan..ye la, bila aku cuti, hubby keja..aku keja, hubby lak cuti...

Afwan seronok sangat dapat main buai n gelongsor tu..

Bukan Afwan je yg naik buai, ummi n baba pun kempunan gak  naik..
hihihi...


"Bestnya ummi..nanti da masa kita mai g ye baba!" ~afwan

Sunday, October 10, 2010

Pegang Botol

Afwan dah pandai pegang botol sejak 2 minggu ni..ringan sikit le keja ummi..sebelum ni susah betul dia nak pegang. Alhamdulillah dah 10 bulan lebih ni, dah x mau orang pegang2 botol dia..tapi tengokla cara dia pegang..

Ni kalau dialihkan tangan dia, maunya marah ni...
Dah letih main la ni, tengok abih diterbalikkan bakul mainan dia...




Monday, October 4, 2010

My first time baked cake


Dah lama memendam rasa, baru semalam tercapai hasrat di hati..
Ni le rupa kek pertama yg aku hasilkan...huhuhu..cm x lawa je kan..nasib baik rasanya sedap..hehe...sebenarnye aku cuba yg instant lu (mesti ada yg gelakkan aku nih..huhu) maklumla nak tau cara2 membuatnya dulu kan..nt baru leh try wat sendiri kan..

Tunggu the next cake from me ye...(ntah bila lak nih..heheh)

Monday, September 27, 2010

Jamuan Aidilfitri

Dah berlalu hari kemenangan kita..tapi masih dalam bulannya lagi kn..
so, banyakla jamuan2 raya. Kat spital ni pun semalam diadakan jamuan utk semua staff.  Pelbagai pilihan makanan yg ada..tahun ni jabatan aku wat mee kari yang dikongsi bersama 2 jabatan lain. So, tahun ni turn jabatan yang 1 lagi tu yang jaga stall.
So, blehla kami njoy makan2. Kami 1 ofis ni kn mmg sepakat, so dengan idea kreatif yg ada..kami siap bawa troli g ke tempat jamuan. n pas2 masing2 ambil bahagian utk ambil menu n letak kt troli 2..so, mmg penuhla..maklumla 8 orang punya citarasa..
Tercapai jugak hajat aku nk makan lemang n ketuapt lagi..(wlwpun x brp urmmh cm mak aku buat)..
Sebenarnya terlupa nk bawa kamera nk upload kemeriahan jamuan semalam...so,x dapat la nk present kt sini...huhu..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran


Ramadhan bakal meninggalkan kita..
pasti ianya dirindui....
Salam Lebaran yg kan mengunjung tiba..
Berbahagialah kita di hari mulia nanti,
tapi jgn dilupa pada yg kurang bernasib baik..
Maaf Zahir & Batin
dr kami sekeluarga..Shida, Duan dan Afwan.

Sunday, September 5, 2010

Demam....

Aku start keja balik rini stlh cuti 2 ari mnggu lepas, aku dilanda demam yg teruk sangat...maklumla dah lama sangat x demam. Dah dema tu, memang x lalu makan, sampai ke hari ni masih kurang nafsu makan aku......asyik tido je..kesian plak bila terkenangkan anak aku yg terpekasa main2 sorang..kerana dia aku terpaksa gagahkan diri utk lebih kuat,masakkan bubur utk dia...ikutkan hati memang terdampar aku di tilam tu je...huhuhuhu........

Alhamdulliah...hubby aku dapat pulang ari khamis tu, n kami balik kampung pagi jumaat..Dapatla buka selera aku sikit pekena air tangan mak waktu berbuka...seronok sangat wlwpun x dapat kumpul semua adik beradik kerana diorang da komitmen masing-masing ari tu....lega rasa demamku,walwpun hidung ni masih berair......

Demam Rindu agaknya aku ni ye! hehe..rindu pada hubby, n rindu pada keluargaku dikampung...........terubat sudah demam ku!!!!!!!!!!!

Sunday, August 29, 2010

Baju Raya..oh Baju Raya..

Bila la aku dapat shopping raya ni..huhu..tinggal lagi 2 mnggu nak raya..lum wat persiapan g nie..
arap2la hubby dapat cuti 31hb ni..boleh la g shopping..beli baju raya aku, anak n hubby..dahle aku ni susah nak cari saiz, risaule takut nt da yang berkenan xdak saiz lak, yg x berkenan lak berlambak..isyh2..risau2!

Tuesday, August 24, 2010

Berbuka bersama Family

Ari Khamis lepas, aku dapat berbuka bersama mak, ayah, hubby, tok n adik2 aku kt umah aku kt sini..mmg hepi sgt. Maklumla aku x dapat balik ke kg, so diorang yg dtg..so,excitednya aku nk masak..mcm2 hubby aku beli utk dimasak. Antara lauk2 hasil tangan aku adalah kangkung goreng udang..hihihi..2 je pun. asalnya aku n hubby nak masak siakap stim, kitorang memag x reti, so nak redah je la buatnya..tp nasib baik mak aku samapi awal..so,dia le masakkan. klu x ntahle pa jadinya ikan 2..hehehe
Ni le masakan mak aku..siakap stim..sedap woo...


 Ni hasil tgn aku..Kangkung Goreng Udang


 Ni le juadah ari 2..

Monday, August 16, 2010

Idam nak cantik jadi gila

47 produk mengandungi bahan beracun telah disenarahitamkan oleh KKM..so,berhati2lah kita ttg produk2 yg berlambak kt pasaran sekarang...



Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

  • Kintop

  • Body Beaus

  • BMI-9 Xylimming Capsule

  • Senna Plus Capsule

    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

  • Lami

    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

  • Obexlim

  • Slimax Coffee

  • Beaute Fit Body Contour

  • Body Trimz

    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:

  • 357 Nasal Spray

    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

  • Makjun Taufiq Dua Istimewa

  • Majun Dua Istimewa

  • Ginseng Jin Fui Wan

  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga

  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)

  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule

  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill

  • Makjun Syafiq 3 Istimewa

  • Reepo

    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid: 

  • Air Ikan Haruan

    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

  • Eriesya Spa Beauty Cream

  • Atika Beauty Renewal Cream

  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

  • Ratna Sari Whitening Night Cream

  • Tia Amelia Krim Jeragat

  • Chantique Whitening Night Cream

  • RZAC White Pearl Cream

  • Nuriz Day and Night Cream

  • Elite Rias Er Cream

  • R&Z Whitening Night Cream

  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream

  • Pigmentation Recovery Complex

  • Zara Rejuvenation Cream

  • Natasya Krim Herba Gold

  • De Putih Night Cream

    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan

  • Qian Tong Dan

  • Raja Ubat Resdung

  • Coral Plus UA 350MG 




  • SUMBER: Berita Harian, Selasa, 16 Ogos 2010

    Sunday, August 15, 2010

    Salam Ramadhan Al-Mubarak




    "Permulaan Ramadhan adalah RAHMAT, 
    Pertengahan adalah PENGAMPUNAN,
    manakala akhir ramdhan merupakan PELEPASAN SEKSA NERAKA....."


    .....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua, bulan penuh keberkatan.
    Jangan ponteng posa ye...;-)

    Sunday, August 8, 2010

    Testimonial Bonus By AOWA

    Ari khamis lepas, aku g tesco sbb nk pos barang..lps 2 jln2 la jap dlm tesco, kuar je 2..da sales girl AOWA panggil aku utk tgk barang2 diorang..mmgla berkenan sgt aku dgn induction cooker & microwave tu..tp mahal beb! x dpt den nk belinya lagi.......sempena raya ni,pihak AOWA ada wat testimonial bonus...so,aku pun dgn x konfidennya cabut je la sampul2 yg ada, gpun diorg cakap selalu bley dpt rm50 @ 'Thank You' je.....n mmg memeranjatkan aku bila buka je sampul tu tengok2 aku dapat sponsor induction cooker n 2 lagi brg yg harganya bila dicampurkan dalam RM4 ribu lebihla.........wah betapa gembiranya ati ni!!! tp biasala klu nak dapat hadiah sponsor tu kenala beli barang diorang dulu..well,adat org niaga! xpa,utk beli brg dia blh byr sikit2,bila dah byr stgh harga brg yg nak dibeli tu, aku akan dapatla brg2 yg disponsor 2..namapun 'testimonial bonus' kn.....cm kengkwn ofis aku ckp, jgn percaya...tp aku 50:50 la..aku cuma order n bayar RM100 je..klu didapati tipu pn, aku x rugi sgt, n aku blh wat report..nt klu betul2 aku dpt..aku gtau ek!

    Ni 1 g bonus..dapat platinum VIP card

    Tapi, nk tau jugak..apa pndpt korang ye???

    Wednesday, July 28, 2010

    Induksi: hari ke berapa ntah

    baru ja selesai Malam Bakat. Setiap kumpulan diberi tajuk yang berlainan...so,kumpulan aku kumpulan Prestige dapat tugasan 'Teater Muzikal'...so,kami lakonkan kisah "Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu"..memandangkan group aku ni 9 orang perempuan & ada sorang je lelaki, ituler yang sesuai dibawakan.  Sebenarnya group aku ni cuma sempat berlatih betul2 petang tadi ja..tapi, alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun x sempurna..nak tau aku pegang watak apa??? jeng...jeng....hehe..cmla suspend sangat kan...actually, aku diberi watak utama pada waktu kecil (maklumla aku kecik kn, sentiasa kena berlakon watak budak je)...tapi di saat akhir terpaksa buat pertukaran sebab aku kena jaga teknikal..maklumla aku sorang je orang IT dalam group..terbangga sekejap..hihihi...teater muzikal, so banyak le lagu2 yang perlu dimainkan sesuai dengan jalan cerita..aku ler tukang 'cut' lagu ni..so,tadi aku jadi penata suara la..lebih kurang camtula..
    x sempat nak upload gambar ni..nt2 la aku share ye..da ngantukla..esok ada study group lak......

    Thursday, July 22, 2010

    Kursus Induksi: Episod hari ke-3

    Hari ketiga n malam kedua aku kat sini..baru sempat nak story..rasa tenang sikit hari ni walaupun aku belum berucap pada slot 'Pengucapan Awam'..ittulah slot yg paling digerunkan oleh org macam aku ni..sbb x pandai berceloteh..sebenarnya dah dua slot (4 jam 1/2), belum habis semua peserta yg sampaikan ucapan. Yg bestnya semua orang sportingla..walaupun gugup kat depan,tapi diorang semua berani voluntare utk kuar berucap..aku jugak yg x berani..huhu..

    k,la..ngantukla..nak tido lu ye.....esok2 samb story ek..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................




    Friday, July 16, 2010

    neXt weEk kENA G inDUKSi

    huhuhu..sedihnya nak kena tinggalkan baby..2 minggu lak tu! lamanya..apesal la lama sgt kursus induksi ni ye..ikutkan ati nak tangguhkan je dulu sampai baby besar..tapi nanti susahla plak..dahle pernah tangguhkan dah dulu. Takut nanti susah plak diaorang nak panggil balik kan..mm..terpaksala berkorban sikit..
    arap2 baby xler meragam dok ngan mak tok dia kat kg nanti..mesti afwan akan rindukan ummie kan...huhuhu...
    aduh ni pun dah nak start sedih dh ni!!!

    Tuesday, July 13, 2010

    Didik Anak Mengikut Usia

    Dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.

    Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.

    Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. 





    Dalam pada itu, terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu. 
    Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang). 
    Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. 
    ‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.

    -petikan ucapan Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk "Anakku, Kalian Segalanya" di Bangunan LPPKN.

    So, kita jenis yg mana??? Renung2kan dan selamat beramal……










    Monday, July 12, 2010

    Ramalan Paul Benar Belaka!!!



    Tsamina mina eh eh
    Waka Waka eh eh
    Tsamina mina zangalewa
    Anawa aa
    This time for Africa” - nyanyi sikit..:-)     



    Spain win!! 1-0 ke atas belanda..so,benar le ramalan si sotong tu ye..biasala org kata firasat haiwan ni kadang2 betul kn..maybe juga secara kebetulan kan..apa pun, spain dah menang.
    Aku ni sebenarnye x pernah tengok pun world cup tahun ni..maklumla husband xde kat umah kan,so malas le nak tengok sorang2..melayan baby dan bila dia tido, aku pun tido je la..
    Nk story bab hubby aku ni..time final ni lak time dia cuti kan, so bestla dia dapat tengok. Semalam dia g tengok kat jam besar (tengah bandar SP) ngan member2 dia..kul 5.30 pagi baru balik. Katanya bayarn masuk RM10, dapat makan dan minum sekali..okla kan,?? Mm..gitule kalau org lelaki dengan bola kan.. xmau miss walaupun sebelum ni x berkesempatan nak tengok selalu. 

    Friday, July 9, 2010

    Helpdesk

    Dah hampir 2 minggu, aku & staff IT yg lain kena standby jadi helpdesk..cuti pun kena datang keja..huhu...pengalaman pertama nih! dah ler sumanya kurang familiar dengan sistem spital ni, maklumla sebelum ni keja vendor semua kan...so, bila ada timbul satu2 issue yg pelik2 sikit, masing2 kerjasama la cari solutionnya..team work la katakan..bak kata wonderpets "apa yg penting?......kerjasama"..hehehe..

    Thursday, July 8, 2010

    TV3

    TV3?? why???
    sebenarnya anak aku ni excited sgt iklan tv3..yg lagu nya bunyi lalala..tv3....ntah le sapa yg ajar dia tgk 2..suka sgt..kalau tengah main pun, dengar je iklan tu sure berenti tengok dulu....

    Tuesday, June 22, 2010

    Weekend at Pangkor

    Pada jumaat n sabtu lepas, ofis aku buat family day kat pangkor sempena majlis farewell k.banun (staff it yg dh berkhidmat bbrp thun kt sini) yg akan berpindah ke ILP, Jitra..dia buat pertukaran suka sama suka..
     aku n family pun join..maklumla bkn senang nk g tempat2 cmtu kan..kebetulan pula my hubby dapat cuti..memang best sangat!

    kitorang bertolak dari tol juru lebih kurang kul 8 lebih..n berkumpul utk sarapan n mandikan baby masing2 kt bukit merah..then, kami bertolak ke Teluk Batik utk singgah utk makan tengahari kat situ..sebenarnye plan dah lari, so terpaksa tukar plan..lepas je selesai makan, kitorang terus ke jeti, x sampai setengah jam menunggu, dapat tiket n terus naik feri..

    Dah lama x naik feri, nasib baik x meloya..hehehe..perjalanan ke sana sekejap je, lebih kurang 20minit je..
    Bila sampai di sana, memandangkan semua keletihan kerana cuaca yg panas, kitorang semua dapatkan teksi n terus ke resort..kami stay kat flora beach resot..so far, okla bilik dia..cantik gk..

    Petang tu, kami buat riadah bebas kt tepi pantai..ada yg mandi laut, mancing n main jetski..aku??? hahaha..aku duk je tepi pantai tengok2 diorang sebab baby aku sampai je pantai, terus lena x sedarkan diri...kena bayu laut kot..best je tido.......kempunan aku nak mandi laut..hubby aku dah terjun ke laut dah..sonokla dh lama x ke laut kan..


    Malam tu, kitorang beramai-ramai menjamu selera di restoran yg berdekatan..makan besar! tapi memandangkan afwan x cht, aku n hubby sempat makan sikit je n terpaksa tinggalkan majlis lebih awal..nasib baik la semua memahami..


    Malam tu afwan demam, selsema n batuk..dia x dapat tidur..memang kesian la..xtau la aku nk wat cmna...kalau dekat2, rasanya malam tu gak aku balik rumah....sampai pagi x dapat tidur..rasanya bos aku yg dok bilik sebelah pun x dapat tidur sebab afwan nangis kuat sangat...

    Alhamdulillah..pagi esoknya, afwan dah ook sikit..but, still aku n hubby x dapat nak ikut diorang yg lain ke pulau utk snorkling..xpela mungkin lain kali bila afwan dah besar dapat datang lagi..dia pun boleh main laut dah..insyaAllah....



    Sebelum balik, kitorang round2 pulau dulu..g china temple, kota belanda n kilang satay..x banyak sangatla tempat2 yg blh dilawati kt Pangkor..however, still best!

    Thursday, June 17, 2010

    Nasihat Anak Dlm Tidur



    Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

    Ni petua org2 tua.......
    1. Setiap malam, apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

    2. Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.

    3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama 
    penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka.  Percakapan tu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

    4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

    5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

    Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

    My Hubby balik.......

    Yeaheaaaaaaaaaaa!!!!!!!! my hubby dapat cuti..dh da org gantikan dia..best sgt! tambah2 anak aku, galak betui tengok baba dia.....ku sangkakan mau sebulan la x jumpa..nasib baik dah boleh cuti..so, esok insyaAllah dapat g bercuti la! nak tau ktna?? nt lepas balik bercuti aku story ye.....bukan pe,takut x jadi lak kan..xmau la excited sangat..hehe......

    Monday, June 7, 2010

    Suamiku kembali berlayar...........

    huhuhuhu~...............sedihnye ati ni bila diri ditinggalkan lagi..suamiku kembali 'belayar' setelah hampir 6 bulan kami menikmati saat-saat indah bersama.....2 la first time kami berpeluang tinggal lama bersama...lepas ni x dapatla camtu..my hubby dah start keja lama balik..tapi company baru la, dapat bas pun baru...huhuhu.....
    sedih pun xpela kan..nak wat camna, nak cari rezeki utk family kan...2 je keja yg sesuai ngan hubby aku...aku relakannya...............

    cuma anak aku je la..cam tercari2 baba dia je...semalam dia xmau duduk, wat perangai sikit, duduk x bleh, berdiri pun x kena..suap makan pn sampai kuar balik sbb terlalu kenyang..last2 mak aku sms suruh amek kain pelikat baba dia utk selimutkan dia..lepas 2, aku pn amekla bg kat dia..last2 senyap je dia.......seronok plak dia main2 kain 2..rupa2nya anak aku rindukan baba dia.......huhuhu.....aku yg sedih lak................miss my hubby so much!!!!!!!

    Tuesday, June 1, 2010

    MAB SOLD OUT!!

    X sampai 3 ari MAB yg aku terima ni sold out..hebat tul penangan maajun nie! Sememangnya keberkesanannya telah terbukti kerana dah ramai yg mengamalkannya..walaupun aku sendiri boleh dikira masih baru, tapi aku sendiri telah merasai penangannya..

    Aku yakin dengan MAB kerana ada senior yang telah mengamalkan maajun ni sepenuhnya hampir 2 thn dan ianya terbukti berkesan sebagai perancang di samping kesihatan dalaman dan luaran yang baik..tapi yang penting dan perlu ditegaskan adalah cara pengambilan MAB! Disiplin yang betul perlu dipatuhi oleh semua pengamal MAB jika mahu merancang keluarga..tidak heranla jika ada yg mengatakan ubatan ini tidak berapa menjadi, mungkin disebabkan tiada disiplin yang betul @ suka ati je bila nak ambil kan..

    ni pesanan dr my sweet supplier..
    ''utk customer yg baru nk mula2 mkn...rehat 7 hari nnt ...kalau tak period ..n kalau nk bersama dgn husband...disarankan guna protection...hanya utk rehat botol pertama..sbb? sbb mab blum sepenuh nya konker rahim kte...
    so,...............ade senior mkn dah hampir 4 thn....okey jer...dia stop mab..terus peknen..
    conclusion nye---> mkn haruslah disiplin..ikut time...tu ajer..." 



    Kengkawan..jom try MAB! x rugi sebab MAB ni multipurpose..mengandungi herba2 terpilih yg mampu memberi manfaat kepada kesihatan luaran dan dalaman wanita! Siapa lagi yang nak jaga diri kita, selain kita sendiri kan..so, x perlu ragu2 lagi..