Showing posts with label Bacaan Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Ilmiah. Show all posts

Friday, September 25, 2015

Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

---------------/////----------------
Subhanallah..indahnya bait-bait lagu ni..
Sesuatu yang sangat didambakan setiap para wanita beriman.

InsyaAllah..semoga kita dalam golongan ini. 

Wednesday, September 23, 2015

Berpuasa di Hari Arafah

Bismillah.
Alhamdulillah..kita masih lagi dapat menghirup udara di bumi fana ini. 

Hari ini, 23 September 2015 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1436H. Wukuf di Arafah jatuh pada hari ini. Bersamalah kita berdoa semoga ibadah para jemaah haji dipermudahkan.  Buat kita yang belum berkesempatan ke sana, sangat dianjurkan untuk berpuasa.

"Antara kelebihan berpuasa pada hari itu adalah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, bersandarkan atau berdasarkan hadis yang sahih"

-Pautan Sumber: mysumber.com

Subhanallah..tak mahu kah kita merebut peluang ini? "Ya Allah..ku bermohon semoga ibadah puasa yang kami lakukan hari ini dipermudahkan."

                - sumber google




Thursday, July 10, 2014

Cebisan doa buat Gaza





Hanya doa yang mampu dikirimkan buat mereka..

namun, ketahuilah bahawa doa itu sumber kekuatan umat Islam.


Ayuh kawanku..

berdoalah untuk mereka walau secebis..

nescaya Allah Maha Mengetahui.




Tuesday, August 23, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan - Tips

Aku cuba kongsikan apa yang aku terbaca kt sini.
Sama-samalah kita baca dan renung2kan..mampukah aku menghayatinya??
Tanya diri sendiri dulu sebelum menyapa orang lain.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


my sign