Tuesday, December 14, 2010

Sorry to hubby....

Oleh kerana kecuaian aku,  habis 20 ekor ikan peliharaan hubby aku mati!! Ikan lampam dan  ikan sebarau (hubby aku bela ikan sungai je semuanya.) Hal ni berlaku pagi kemarin..huhuhu..aku bangun je nak mandi pagi tu, tengok2 semua ikan dah tertonggeng....alamak!! aku lupa la nak on balik plug 'motor' akuarium malam tu selepas masak air..huh..tinggal beberapa ekor je lagi ikan yang masih bernafas..sorry ye hubby!! I'm careless yesterday!!

Ikan2 yg selamat masuk dalam baldi utk dibuang.
huhuhu...penat aku bagi makan tiap2 ari, last2 aku yg cuai!


Monday, December 13, 2010

Kejadian Itu Menginsafkanku!!

Sebenarnya aku nak kongsikan dengan kalian semua cerita ni...tu yang pagi2 lagi, x sempat sarapan g ni aku nak buat n3. 
Khamis lepas selepas balik kerja, lebih kurang pukul 6.30 petang..aku dapat panggilan daripada adik Yang (adik aku no 3). Dalam keadaan teresak-esak, dia gtau aku abg ngah, Ct dan  Adam telah mengalami kemalangan!!! Tersentak aku di kala tu, rasa di awang-awangan....Subhanallah!! Ya Allah! Dugaan apakah ini?? Kereta mereka merempuh bekho yang tiba2 keluar dari rumah..kejadian ni berlaku di Naka. Tak dapat ku bayangkan keadaan ketika itu..aku di sini pun x keruan!! Meronta-ronta aku keseorangan di rumah, dan pada itu hanya ku sedar, tiada apa yang dapat ku lakukan melainkan hanya berdoa!! Memohon pada Yang Satu!! Itulah kita!! Tika musibah menimpa baru mencari Yang Kuasa...sebelum ni, mungkin asyik lalai dan melambat2kan suruhannya!! "Ya Allah ampunkan hambaMu ini..ku insan lemah yang sering lalai pada suruhanMu, namun Kau tlglah adik2 dan anak sedaraku..moga tiada apa yg kritikal berlaku terhadap mereka..Amin!!".
Dalam pukul 8 malam camtu, aku hubungi keluargaku di kampung, Alhamdulillah..adikku, isteri dan anaknya telah selamat sampai pulang ke rumah.  Alhamdulillah, hanya anak sedaraku sahaja yang berjahit ke dahi..adik iparku, Ct cuma luka sikit je kat atas mulut. Adik lelakiku x cedera pun, memandangkan bekho tu merempuh bahagian sebelah penumpang je.

Keadaan kepala anak sedaraku yg berjahit..sempat lagi senyum si adam ni.
Biasala..budak2 bukannya tau dia cedera.

Ari jumaat tu, aku pulang ke kampung bersama family sepupu aku memandangkan hubby aku kerja. Dapat jugak balik tengok anak sedara aku tu..Alhamdulillah..Syukur sangat pada Yang Esa kerana masih beri kesihatan yang baik kepada mereka serta beri kesempatan kepada aku untuk menemui mereka. Syukur Tuhan kerana telah memberi peluang kedua kepada kami semua!! 

Kereta adikku yg mengalami kemalangan.
Gambar sebelah kiri -  kereta sebelum kejadian
Sebelah kanan - akibat kemalangan

Thursday, December 9, 2010

Salam Maal Hijrah 1432...



Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua...harap aku tidak terlambat untuk ucapkannya. Bukannya aku terlupa, tapi x berkesempatan untuk buat n3 kat sini..
Ada kisah yang aku nak kongsikan.. sebenarnya aku hampir terlupa untuk membaca doa awal dan akhir tahun sebelum kita menyambut awal tahun Islam ni.  Sebelum balik keja ari isnin lepas, aku da print out doa tu, ntah macammana dalam kesibukan melayan anak, aku hampir terlupa..mujurlah ari tu TV3 ada menyiarkan bacaan doa tu.  Alhamdulillah..aku sempat juga membacanya!
Kalau tidak, pasti aku rasa satu penyesalan yang amat sangat kerana aku perlu tunggu setahun lagi untuk membacanya! Itupun jika aku masih diberi kesempatan di dunia fana ini..
Sempena tahun baru ni, hijrahku untuk memperbaiki diriku..x kiralah samada dari segi fizikal atau rohani..Ku mohon doa kalian untuk mengiringi keazamanku ini supaya mencapai matlamatnya...Amin!! 
Kau Yang Maha Besar!!!

Sunday, December 5, 2010

Aku hari ni......

Orang lain tengah sibuk-sibuk ada issue dari user, aku plak sempat g nak hupdate nih..hehehe..soe ye kengkawan, den 'blur' sikit bab2 ni..saja je nak buat n3 diri sendiri setelah bergelar Ummi Afwan yg dah berumur setahun lebih ni..hehe..thanks ye Mizul tlg snapkan gambar ni!! Dia sebenarnya nak snap gewang Chek Wan tu..aku pun interframe gak..besala, aku kn!!!
aii..diriku yang membesar bagai juara!! yahoo!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Kekanda Adinda - monoloQue & atilia

Dah berapa ari ye xdak n3 baru?? Rasa cam lama ja..bukan pe, aku tgh mem'bz'kan diri utk develop sistem baru kat ofis ni ha..maklumla x pernah guna PHP kan, so kena la godek2 lama2 sikit..tapi nasib baik x kena wat seluruh sistem tu!..kalau x, konfirm makan berbulan nih nak siapkannya..thanks K.shima coz banyak bagi tunjuk ajar..:-).

Dalam pada tu, bila dah pening2 cari coding n script..relak2 la jap kan..dan pastinya layan lagi lagu ni. Dah banyak kali dengar pun, rasa x bosan! My massage ringtone pun lagu ni tau..hehehe..Tambah2 tengok klip ni..suke sangat tengok Atillia..sempoi! Jom Layan...