Selamat Menyambut Awal Muharram buat semua...harap aku tidak terlambat untuk ucapkannya. Bukannya aku terlupa, tapi x berkesempatan untuk buat n3 kat sini..
Ada kisah yang aku nak kongsikan.. sebenarnya aku hampir terlupa untuk membaca doa awal dan akhir tahun sebelum kita menyambut awal tahun Islam ni. Sebelum balik keja ari isnin lepas, aku da print out doa tu, ntah macammana dalam kesibukan melayan anak, aku hampir terlupa..mujurlah ari tu TV3 ada menyiarkan bacaan doa tu. Alhamdulillah..aku sempat juga membacanya!
Kalau tidak, pasti aku rasa satu penyesalan yang amat sangat kerana aku perlu tunggu setahun lagi untuk membacanya! Itupun jika aku masih diberi kesempatan di dunia fana ini..
Sempena tahun baru ni, hijrahku untuk memperbaiki diriku..x kiralah samada dari segi fizikal atau rohani..Ku mohon doa kalian untuk mengiringi keazamanku ini supaya mencapai matlamatnya...Amin!!
Kau Yang Maha Besar!!!