Sebenarnya aku nak kongsikan dengan kalian semua cerita ni...tu yang pagi2 lagi, x sempat sarapan g ni aku nak buat n3.
Khamis lepas selepas balik kerja, lebih kurang pukul 6.30 petang..aku dapat panggilan daripada adik Yang (adik aku no 3). Dalam keadaan teresak-esak, dia gtau aku abg ngah, Ct dan Adam telah mengalami kemalangan!!! Tersentak aku di kala tu, rasa di awang-awangan....Subhanallah!! Ya Allah! Dugaan apakah ini?? Kereta mereka merempuh bekho yang tiba2 keluar dari rumah..kejadian ni berlaku di Naka. Tak dapat ku bayangkan keadaan ketika itu..aku di sini pun x keruan!! Meronta-ronta aku keseorangan di rumah, dan pada itu hanya ku sedar, tiada apa yang dapat ku lakukan melainkan hanya berdoa!! Memohon pada Yang Satu!! Itulah kita!! Tika musibah menimpa baru mencari Yang Kuasa...sebelum ni, mungkin asyik lalai dan melambat2kan suruhannya!! "Ya Allah ampunkan hambaMu ini..ku insan lemah yang sering lalai pada suruhanMu, namun Kau tlglah adik2 dan anak sedaraku..moga tiada apa yg kritikal berlaku terhadap mereka..Amin!!".
Dalam pukul 8 malam camtu, aku hubungi keluargaku di kampung, Alhamdulillah..adikku, isteri dan anaknya telah selamat sampai pulang ke rumah. Alhamdulillah, hanya anak sedaraku sahaja yang berjahit ke dahi..adik iparku, Ct cuma luka sikit je kat atas mulut. Adik lelakiku x cedera pun, memandangkan bekho tu merempuh bahagian sebelah penumpang je.
Keadaan kepala anak sedaraku yg berjahit..sempat lagi senyum si adam ni. Biasala..budak2 bukannya tau dia cedera. |
Ari jumaat tu, aku pulang ke kampung bersama family sepupu aku memandangkan hubby aku kerja. Dapat jugak balik tengok anak sedara aku tu..Alhamdulillah..Syukur sangat pada Yang Esa kerana masih beri kesihatan yang baik kepada mereka serta beri kesempatan kepada aku untuk menemui mereka. Syukur Tuhan kerana telah memberi peluang kedua kepada kami semua!!
Kereta adikku yg mengalami kemalangan. Gambar sebelah kiri - kereta sebelum kejadian Sebelah kanan - akibat kemalangan |