Thursday, May 5, 2011

Facebook..oh..facebook...

Rasanya cam kosong ja tanpa mu!!! hahahaha..tahap gila ka aku ni ye?? xlah..cuma aku rasa lost contact je ngan kawan2..klu x, boleh la jugak ari2 tau status kawan2, walaupun x communicate kan. hu3..lagi sedih x dapat nak ikut perkembangan baru untuk CD (Cloth Diapers)..hehehe..benda ni baru jadi petang semalam ja sebenarnya..tapi rasa cam lama dah tau..tolong la kawan2..
v
v
v
v
v
v

my sign

Monday, May 2, 2011

Cita-citaku seorang Pensyarah

Sebelum nak story bab tajuk ni..aku nak jugak wish 'Hepi Labor Day' buat semua, x terlambat lagi kan..sebab banyak yang  masih ber'holiday' lagi kan rini..hepi2 ye korang. Selama tiga hari cuti, aku dok berkampung kat kampung je..x kemana-mana..k,jom cerita.

Dolu2..cita2ku dari bangku sekolah g, nak jadi seorang Pensyarah.  tapi sekarang bergelar seorang PPTM. Layakkah aku jadi Pensyarah? mm..tak sesuai kot. Sebab aku bukanlah seorang yang pandai nak explain kan sesuatu benda tu..dan kerana itulah takdir aku di sini sekarang. Tuhan Maha Mengetahui dan telah memberi kan aku pekerjaan yang sesuai sekarang. Dan,  Dia jugaklah bagi peluang untuk aku rasa camana jadi seorang pendidik.. :-).

Gaya seorang trainer..:-p
sesuai x?? tengah ajar buat graph & carta pai guna powerpoint ni.

Minggu lepas, 26hb April,  aku ditugaskan untuk menjadi trainer bagi Kursus Word & Powerpoint. Kursus ni diadakan khusus untuk warga2 hospital ni, dari gred 17 - 32. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar sampai ke akhir kursus.  Pada mulanya, aku memang agak gementar jugakla untuk mulakan kelas..walaupun student aku hanya 15 orang..dan di antaranya aku kenal. Mujurlah aku x perlu bagi penerangan banyak2 sebab kursus ni lebih kepada praktikal..Sebenarnya sebelum ni, aku selalu jugak ditugaskan untuk mengajar doktor-doktor baru yang melapor diri kat sini, tapi just train tentang sistem yang digunapakai kat hospital ni yang hanya mengambil masa lebih kurang 3jam camtu la. Kursus ini pula diadakan sehari.


Di antara student2 aku yang bagi komitmen yang baik
sepanjang kursus tersebut..

Satu kursus dah selesai..tunggu bulan November ni plak ye. InsyaAllah aku cuba improvekan penyampaian aku..hehehe..so, pada semua yang sertai kursus lepas, semoga saya telah membantu kalian ye!!

credits to Azuan (student practical dr POLIMAS yang sudi snap gambar2 ni)...:-)





my sign

Tuesday, April 12, 2011

Persembahan Zizan feat Dina - Selamat Tinggal

Akhirnya..jumpa gak show ni..
Credits to Haniey Hani!!
Jom layan lagi..
my sign

Monday, April 11, 2011

Zizan Feat. Dina - Selamat Tinggal (Full HD)

Terbaekk dari Zizan n Dina nih! aku tahu lagu ni selepas tengok AF 9..
Persembahan terbaik malam tu yang dinanti2kan..harap peserta2..mm..no komenla..hangpa semua pun tau kan show tu..hurmm!!
Memang bestla Zizan!! feat Dina lak kan..jom layan..
(aku dok cari klip video show kat AF tu..tapi xdak pun..mungkin sebab copyright kot)




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah Memang,
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat,
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat,
Apa yang ku harapkan,
Kasih sayang yang suci murni,
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi,
Dulu hari-hari ku berwarna warni,
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori,
Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini,
Hidupku hanya bermakna jika kau disini,
Mana janji, mana erti,
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi,
Musnah segala apa yang ku impikan,
Tetapi ku tetap tabah,
Kerana tuhan yang menentukan,
Kau tetap pergi apakan daya,
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya,
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal,
Namun ku harus melepaskanmu baby,
Selamat tinggal...

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini ..oooo

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan telah lama aku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu disisi
Hanya kau seorang pernah ku kasihi
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa, semua ini
Kenapa, semua ini

Mengapa, semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa, semua ini

(kenapa semua jadi begini, kenapa)

Jangan pergi,jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan aku menderita)
Bila wajahmu 
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal


my sign