Monday, September 19, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang...


Selamat Hari Lahir buat suamiku tercinta...
Semoga kedewasaan ini memberimu lebih kematangan 
dan semoga dikau beroleh 'nur' hidup untuk menerangi 
aku..isterimu, dan dia..anakmu..

Always love & missing u!!!!!

p/s utk hubby: nak hadiah x? cuti ujung minggu ni ye..:-p

my sign

Tuesday, September 6, 2011

RWS-Universal Studios Singapore

RWS-Universal Studios Singapore
Aku dah sertai peraduan ni. Jomler ramai2 join..untung2 dapat p Universal Studio beb!! nk p sendiri pakai xler kot..:-)

________________________________________________________

hahahaha!! wa kena beb!! Tarikh tutupnya semalam la..tu la sibuk beraya sampai x on9..kan dh terlepas! hu3..
xdak rezeki den..kekeke

my sign

Sunday, August 28, 2011

DAM DAM DUM! BUM! BUM! BUNYI MERCUN!

Sana sini dah bunyi mercun dah ni!! terasa kan kemeriahan syawal tu..:-) 
Persiapan 'hangpa' camna? Me..bab2 baju raya dah complete dah. chewah!! 
Tapi bab kuih2 ni, kononnya nak wat sendiri, tp baru dpt 4 jenis..tu pun nasib baik ada adik aku yg tolong...lagipun, adik ipar aku dah wat banyak kt kg tu ha..xler risau sgt..hihi..klu harap aku..hu3..mana nak melayan si Afwan lagi kan! nak tak nak, malam ni @ esok kena gak aku buat kuih kegemaran ayah aku..Biskut Kurma Gulung..janji kena tepati kan..hehe..papun, nah kad raya utk hangpa semua!! Yang balik kampung tu, selamat ye!!! Aku pun akan balik esok!! sama2lah kita selamat sampai ke destinasi..wah, dah terbayang ketupat lemang ni..

Salam Syawal buat semua!! 
moga Syawal yang bakal menjelma ini memberi seribu makna 
buat aku dan keluargaku seperti Ramadhan ini!!


p/s: Harap sangat hubby dapat balik di pagi raya ni..x sanggup lagi merasai kesepian itu!!!

my sign

Tuesday, August 23, 2011

10 Malam Terakhir Ramadhan - Tips

Aku cuba kongsikan apa yang aku terbaca kt sini.
Sama-samalah kita baca dan renung2kan..mampukah aku menghayatinya??
Tanya diri sendiri dulu sebelum menyapa orang lain.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.


my sign