Tuesday, September 23, 2014

Resepi Bun Kosong Lembut Gebu

Assalamualaikum..lama x update sini.

Semalam mood meroti..sebenarnya mood meroti membuak-buak sejak kebelakangan ni..ni hobi yang tertangguh sebenarnya..haha abaikan..

atas request kawan-kawan & untuk simpanan sendiri,ummi tempek resepi kat sini hokey! Sharing is caring!

Ni resepi kedua yang ummi try..alhamdulillah, memang gebu dan lembut. hehe tak perasan sendiri, kawan yang rasa bagitau..hee.. Cuma hasil semalam atas roti tu agak dah perang sangat dah (rasa bukan perang lagi, nak coklat dah kot..hehe)..nak elak jadi camtu kena tutup dengan aluminium foil masa tengah bakar bila dah nampak agak keperangan.

Ok, takyah bebel. Tengok hasil dulu..satgi tengok resepi ye.

Ni dah masuk bekas bawak bekal mai ofis pagi ni..cicah ayaq teh!

Nah ambik resepi ni..p la buat..jangan malasss ya! hihihi


Resepi Bun Lembut dan Gebu.

Bahan-bahan:
250g Tepung Roti / high protein
50g margerin
50g gula kastor
1 sudu teh yis 
1/2 sudu teh Bread Improver
2 sudu Susu tepung (tak letak sbb x beli..hehe)
1/2 sudu teh garam
Sebiji telur
105 ml air suam

Cara-cara;
1) Campurkan air & gula, kemudian masukkan yis. Biarkan seketika sehingga yis naik/berbuih.
2) Satukan semua bahan lain dalam bekas lain.
3) Bila yis dah naik, tuang dalam bahan yang disatukan tadi. 
4) Boleh start uli semua bahan tadi. Uli sehingga tak lekat di tangan (lekat sikit2 takpa). Agak2 boleh tarik macam tepung roti canai..uli la sampai lenguh..hehe..saya uli dalam 15-20minit camtu.
5) Dah siap uli, tutup adunan untuk setengah jam. Biar sampai naik 2x ganda.
6) Selepas tu, bentukkan adunan bulat-bulat kecil @ suka hati, ikut jenis roti yang nak dibuat. Letak siap2 dalam dulang yang dah disapu mentega. Tutup lagi selama sejam.


7) Sebelum bakar, boleh sapu telur kuning yang dicampur susu & madu (optional).


Bakar adunan yang dah kembang selama 20minit dgn suhu 180 darjah celcius.
8) Keluarkan dari oven dan sapu mentega di atasnya. Siap!


Hihi..agak gelap di situ..hehe..ok la kan baru 2nd trial buat. Tapi seriusly cakap memang resepi ni menjadi. Kalau ada sifu-sifu yang rasa mungkin ada kekurangan tu, mungkin teknik saya yang tak berapa betul. Mohon komen..:)

Tips yang dikumpulkan hasil pkcik Google & pengalaman 2x buat ni:
- pastikan sukatan, uli dan time perap tu adalah betul.
- kalau adunan masih terlalu melekat di tangan tambah tepung sedikit demi sedikit
- telur kuning yang nak disapu atas roti sebelum bakar tu mesti tak tercampur telur putih langsung.
- bakar dalam oven guna api atas bawah. Suhu & masa boleh adjust ikut oven sendiri.

Lagi tips kat sini dan sini 


(Resepi diolah dari sini. Tak sure ni pemilik asal resepi @ tak..apapun, tq atas resepi yang sangat menjadi ni! Moga murah rezeki beliau.)


Nak bagitau, roti yang saya buat ni memang kosong..rasa pun kurang manis dan tak berlemak sebab tak letak susu tepung. Patutnya boleh gantikan susu + sedikit air.




Wednesday, August 27, 2014

Kakimu adalah aurat..wahai wanita


Alhamdulillah..ummi dah mula pakai stokin ke ofis. Itu pun nak story ka? Maafla bukan nak riak @ apa, tapi manatau dengan sharing ni..ada yang tergerak hati nak buat benda yang sama. Tak salah rasanya berkongsi kebaikan..ye dak? 

Sebenarnya kaki memanglah aurat bagi wanita. Ramai yang dah tau kan..tapi nak melaksanakannya tu memang kadang-kadang agak susah. Ada yang rasa rimas, lambatlah..dan macam2 alasan lagi. 

Ummi mengaku belum totally berstokin..tapi permulaannya ummi pakai ke tempat kerja. Ummi terfikir, memandangkan hari-hari ummi banyak dihabiskan di tempat kerja yang dikelilingi oleh lelaki-lelaki suami orang ni, sangatlah elok kiranya ummi menutup aurat dengan sempurna..insyaAllah. Di luar, mungkin tak sesempurna begini..tapi, insyaAllah..kalian doakan ummi terus istiqamah & punyai kekuatan itu.

Ummi nak dedicated kan rasa terima kasih buat kawan-kawan & bos kat ofis, k.shima, puan su & puan nurul..diorang antara yang selalu ummi perhatikan cara pemakaian espc puan su..sedikit sebanyak membuatkan hati terdetik nak follow cara depa. Ni dikuatkan lagi bila tengok sahabat-sahabat lama kat fb yang mula menutup aurat sesempurna mungkin..dan satu lagi,millions thank to Epy (wife Jart -tech ofis ummi), yang selalu share tentang hal aurat & pemakaian sempurna ni kat fb..cantik pemakaian dia secantik orangnya. 

Buat nama-nama yang disebut kat sini, i admired korang..moga saya jadi seperti kalian. :)

Doakan moga istiqamah..go2 fighting!


Sunday, August 24, 2014

Still slim & sihat dengan Shaklee

Slim? Ye ka? Nampak macam dah berisi sikit dari lepas pantang..ya betul, memang badan ummi naik sikit dari masa pantang..ye la time pantang memang betul2 pantang, makan dijaga rapi, ikut time..sekarang xdaknya ikut time, makan ja apa yang rasa teringin nak makan..

Tapi..alhamdulillah, dengan mengamalkan Shaklee bermula dari pantang sampai ke hari ni..berat badan saya cuma naik 1-2kg sahaja berbanding anak pertama dulu. Apa yang saya amalkan? Ok, time berpantang dulu saya tak ambil apa2 produk untuk kurus, cuma ambil full set berpantang (vitalea, zinc, vit c, bcom) & ESP. Selepas Ariana dah berumur 6 bulan, saya start ambil lecithin..umum dah tau, lecithin berfungsi untuk pecahkan lemak/toksin dalam badan. Selepas abih sebotol lecithin, saya tukar ambil Omegaguard..kenapa saya tukar? Ok, kesan Omegaguard berbanding Lecithin ni seperti kelajuan bmw dan kancil. Tetapi, harus ingat kesan sesuatu produk memang berbeza bagi setiap individu. Sesetengah orang memang cepat kesannya walaupun ambil lecithin. Tapi bagi ummi, bila dah cuba Omegaguard..terus jatuh cinta. Saya ambil 1biji 2x sehari selepas makan. Selain dari untuk mengawal berat badan dengan memecahkan lemak/toksin, Omegaguard juga mengandungi DHA baik untuk otak. Apatah lagi ibu menyusu macam ummi, sangat bagus amal kerana ianya boleh membantu perkembangan otak anak. Sejak ambil Omegaguard juga rasanya sistem imun badan ummi lebih tahan dari dulu, susah sikit nak dijangkiti. 



Ok, tu cerita Omegaguard. Lagi satu yang ummi jarang miss adalah Ostematrix. Betulla ramai sid selalu sebut, bukan sekadar kalsium. Sebab apa? Ok, bagi ummi..ostematrix ni bukan sahaja dapat hilangkan sakit2 sendi & sakit pinggang yang pernah ummi lalui sejak dari mengandunga anak pertama dulu, tapi ia best untuk pelawasan ok. Macam ummi, memang x ambil alfafa & herbalax sebagai agen detox..ostematrix pun dah sangat berkesan untuk ummi. Memang ummi suggest produk ni, tambah-tambah lagi time pantang..boleh elak sembelit. Ummi time pantang tu belum sid & xtau kebaikan ostematrix ni, jadi memang x ambil..makanya terpaksa la lalui saat-saat perit kena sembelit, macam-macam petua la dok amal.


Ok, tu la sedikit review/testimoni seikhlas hati dari ummi mengenai 2 produk sheklee ni. Alhamdulillah ianya serasi dengan ummi..anda bagaimana? X salah mencuba kan. 

#shakleeeffectoog bersama blog  www.anakkuwiraku.com


Tuesday, August 12, 2014

Kebaikan air teh bunga kekwa..feveret Afwan


Agak-agak tengok gambar ni perasan tak apa ni? Hehe..ha ni la air teh bunga kekwa. Nampak pekat kan? Ok, ni boleh dikira 'kordial' la..homemade tau ni. Ummi beli dengan bos kat ofis..bukan beliau buat, tapi dia tolong promosikan perusahaan babysitter dia. Bagus kan..tengok macam ni pun dah boleh jadi perniagaan. Kita mesti tak terfikirkan..huhu

Sebenarnya ummi beli sebalang terus ni..buat anakanda ummi, Afwan..sebabnya dia ni suka sangat minum teh, tambah2 lagi dalam kotak tu. Boleh dikatakan setiap hari minta air kotak teh bunga ni..tapi ummi selalu bagi macam-macam alasan la nak p kedai tu, bukan pa..xmau la dia selalu minum air kotak, tau2 la kandungan gula minuman kotak/tin ni kan..walaupun tulis less sugar, xtaula sugar asal tu banyak mana.

Terima kasih buat bos ummi, Puan Nurul yang dah perkenalkan kordial ni..jadi boleh bancuh & kawal 'kemanisan' tu sendiri..

Tadi bila dah dapat air teh bunga ni, ummi terfikir apa kebaikan minum air ni kan..baik tak kalau selalu minum espc anak-anak. Jadi, ni hasil menggoogle tadi..

Kebaikan air teh bunga kekwa secara ringkasnya;
> bertindak menghapuskan bakteria
> kuatkan saluran kapilari (salur darah halus)
> mengandungi bahan anti keradangan, antibiotik & anti demam
> mampu menyejukkan badan & sesuai diminum bagi yang kena demam panans, panas badan & sakit tekak

Banyak lagi manfaatnya tu..ni ja sempat take note kat sini. Cumanya belum pasti boleh tak anak-anak minum hari-hari.. Sebab Afwan tu suka sangat..Ariana pun nampaknya dah suka apa yang abg dia suka..tu la..tapi secara logiknya dari kebaikan tadi, ummi rasa x dak masalah kan? Apapun jangan berlebihan..ye dak? 


Ok..balik nanti buat sejug, letak dalam peti. Hmm nyaman..ehehe..