Tuesday, December 22, 2015

Jom Simpan Emas 1 Bulan 1 Gram

Assalamualaikum w.b.t.

Lama tak jenguk sini kan? Nak cerita apa pulak ni? hehe..

Pernah dengar tak Powergold? Ala bisnes emas tu..cuba search tengok apakah itu..
Saya baru sahaja join ahli Powergold. Tekad tahun depan nak cuba kumpul emas 1 gram sebulan. In sha Allah doakan saya mampu buat ye.

Kenapa pilih Powergold?  Sebelum ini, memang saya join group whatsapp geng-geng emas ini, tapi langsung tak ambil pusing. Cuma simpan angan-angan la bila sekali sekala depa post gambar-gambar barang kemas yang berkilauan tu..ada hari apa ntah,mak sedara yang bertanyakan pasal biz emas ini, oleh kerana selalu ja follow group tadi, bolehla bagi penerangan sikit-sikit kat mak sedara ni. Dengan tidak semenanya saya pun join jugala.


Saya suka part ni bila join Powergold..

"TIDAK PERLU MAINTAIN SETIAP BULAN BILA DAH JD AHLI

JANGAN FOKUS KPD TERPAKSA MMBELI EMAS.powergold tiada pembelian bulanan.beli emas mngikut kemampuan anda pd bila2 masa.
JANGAN FOKUS KEPADA TERPAKSA MENJUAL.jk tidak minat mnjual so jngn mnjual.
JANGAN FOKUS KEPADA TERPAKSA MENCARI AHLI.jk tidak minat mncari ahli dan bonus rangkaian,so jangn cari ahli@orang.

Cuma ANDA HANYA PERLU FOKUS DENGAN APA YG ANDA MINAT TERHADAP EMAS DAN TAWARAN POWERGOLD YG MANAKAH MMBANTU MINAT ANDA TRSEBUT.

akhir kata,siapa ada target dan berusaha,dia akan mndapat hasilnya.


  • jika anda target untuk simpan emas brkilo2,anda harus pandai bajet duit.
  • jika anda target untk dkenali sbagai LUBUK EMAS MURAH,usahakanlah apa2 cara untuk menjualnya.
  • jika anda target untuk mmbina bonus rangkaian dngn mengambil kesempatan ke atas KERAMAIAN PEMINAT EMAS,maka tegakkn tiang dan pasang signboard 'POWERGOLD' (promote@iklan).


bulan ini nak rm50,so anda mesti dapatkan rm50 trsebut.dan itulah namanya TARGET." -c&p

nak tau lebih lanjut macammana caranya, bolehla hubungi saya.



my sign

Friday, September 25, 2015

Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

---------------/////----------------
Subhanallah..indahnya bait-bait lagu ni..
Sesuatu yang sangat didambakan setiap para wanita beriman.

InsyaAllah..semoga kita dalam golongan ini. 

Wednesday, September 23, 2015

Berpuasa di Hari Arafah

Bismillah.
Alhamdulillah..kita masih lagi dapat menghirup udara di bumi fana ini. 

Hari ini, 23 September 2015 bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1436H. Wukuf di Arafah jatuh pada hari ini. Bersamalah kita berdoa semoga ibadah para jemaah haji dipermudahkan.  Buat kita yang belum berkesempatan ke sana, sangat dianjurkan untuk berpuasa.

"Antara kelebihan berpuasa pada hari itu adalah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, bersandarkan atau berdasarkan hadis yang sahih"

-Pautan Sumber: mysumber.com

Subhanallah..tak mahu kah kita merebut peluang ini? "Ya Allah..ku bermohon semoga ibadah puasa yang kami lakukan hari ini dipermudahkan."

                - sumber google




Tuesday, September 22, 2015

Puding Sagu Sos Kastard Versi Noxxa

Assalamualaikum w.b.t. Dah lunch? Alhamdulillah..

Semalam saya buat puding sagu ni pulak..rasa nak try buat sebab anak tengok hari sabtu tu Ariana sedap sangat makan walaupun tengah demam. Makngah dia yang belikan hari tu..tapi, yang dimakan tu Puding Sagu gula melaka. 

Oleh sebab kat rumah ada tepung kastard, saya decided nak buat sos kastard lah. Ni kejadiannya..hehe


Ok tak macam ni otai-otai? Hehe..saya budak baru belajar masak.

Sagunya dikukus menggunakan Periuk Noxxa. Bahan & Caranya:

1 cawan sagu 
2 cawan air
1 3/4 camca gula (kalau tak suka manis, 1 camca pun dah cukup bagi saya)
Sedikit pewarna merah 

Caranya: 
Masukkan semua bahan dlm inner pot noxxa & tekan steam 2 minit
Dah cukup time,buka & kacau.
Masuk lagi 1 cwn air & steam lagi 2 minit.
Biarkan dlm pot dulu 10min bagi kembang sepenuhnya. Ini hasilnya:



Tapi, memandangkan sagu saya tu masih ada yang belum kembang, saya masukkan air 1 cawan lagi & steam 2 minit lagi..ha baru kembang elok..hehe

Sos kastard
3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
4 cwn air
Gula secukup rasa
1/2 sudu garam

Caranya:
Campur semua bahan & gaulkan sehingga larut. Saya masak atas dapur gas ja sos ni.


Dah sejuk sagu tadi, tuangkan sos ke atasnya..dah boleh makan. Nak lagi best, sejukkan dalam peti ais. 


Sebenarnya sos kastard ni agak banyak berbanding sagu tadi. Kawan-kawan bolehla adjust resepi sos tu ya kalau nak sikit. @pun lebihan sos tu simpan dalam peti sejuk juga..nanti kita tengok resepi apa pula yang boleh dibuat guna sos tu..hihihi



Ok..dah masuk bekas semuanya. Alhamdulillah bagi saya, resepi ni agak mudah. Rasa sagunya manis dan sesuailah dengan sos yang lemak-lemak gitu.

Kalau rajin, boleh buat raya haji nanti! :)