Monday, April 4, 2011

Tragedi petang Khamis

Ngantuk betul petang ni..bukannya pa, pagi tadi pekena pulut inti ngan ketupat. Hurmm..so, impaknya time2 la ni la kan. Sebelum ni jarang aku nak rasa ngantuk camni kat ofis ni..mungkin ter'over dose' kan..hehe..k, aku nak cerita tragedi ari Khamis ritu..hu3..

Sayu gak bila mengenangkan tragedi tu..syukur Tuhan masih sayangkan kami.
Khamis, dalam pukul 5 lebih camtu..aku, anakku serta sepupu aku, Haniey bertolak balik ke kampung. Kami hanya bertiga, memandangkan hubby aku kerja.
Ketika baru bertolak, sampainya di depan Carnivall Cinta Sayang (mesti ampa tau kan kat mana),  kami dapati orang ramai sangat ditambah pula dengan rombongan budak2 sekolah. Terdetik di hati kami,  'sure da xcident ni'..hampir je dengan tempat tu..confirm!! xcident!! Subhanallah..ada sorang gadis terbaring kat tengah jalan dan sebuah kereta honda putih di situ..beberapa meter dihadapan ada sebuah skuter 'Ego S'..kelihatan ambulans sedang menuju ke tempat kejadian..Memang mencemaskan ketika tu, walaupun kami hanya tengok dari jauh..hati memang x tenteram, tambah2 lagi sepupuku yang tengah drive tu..Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita kemungkinan2 kejadian tu ja..

Di pertengahan jalan, di jalan Bukit Selambau berhadapan dengan kilang kayu..'TUP! krakkkkkkkk................"
Astaghfirullah al Azim....Subahanallah!!! tetiba rasa macam dirundung badai..cermin kereta kancil k.cik (Haniey) retak seribu!! Retak menanti berderai ja!!

Kami berselisih dengan sebuah lori yg penuh dengan muatan pasir @ batu x pasti..yang pastinya batu dari lori tu yang membuatkan cermin kereta retak!!

Kat sinilah batu tu hinggap..
kerana batu yang sekecil itu, habis seluruh cermin..hu3

Beginilah cermin yang retak menanti derai..
Pandangan dari dalam

Syukur Tuhan masih sayangkan kami..
seandainya cermin itu berderai serta merta..apakah nasib kami???
Astaghfirullahalazim..mintak dijauhkan perkara itu..Amin!
Dalam keadaan yang masih lagi terkejut, aku memang x dapat nak cakap dengan sesapa..memang terkejut sangat.  Dah la tadi,  tengok xcident..ni tiba2 menimpa diri sendiri..mujurlah tiada yang cedera.. Alhamdulillah! So, suruh k.cik contact abg Chot (sepupu aku kat sg.petani) datang kat kami. X tau apa yang perlu dibuat..bila keadaan dah tenang sikit..barula call mak kat kampung. Mak gtau ayah akan datang.
Sementara menunggu sepupu (abg Chot) dari SP
dan ayah mai dari kampung..Afwan la yg jadi
peneman di kala hati gundah.


Akhirnya, bang chot sampai.. lega rasanya.  Dah la awan kian gelap..hampir pukul 8, ayah pula sampai dengan adik dan abg ngah. Sebagai penyelesaiannya,  ayah ketuk semua cermin dan buang  segala serpihan.  Selesai semuanya,  ayah pandu balik kereta dengan x bercermin..memandangkan begitu, ayah la bercermin mata hitam untuk elak sekiranya ada lagi serpihan kaca.. Lawak pun ada kalau orang tengok time tu..malam2 berkaca mata hitam lak..heheh..

Pukul 9 kami sampai kat kampung..alhamdulillah.  Perjalanan yg sepatutnya hanya sejam menjadi sampai 3 jam lebih...hu3..apa2 pun sukur padaMu Maha Esa!

(**Haniey..soe gambar chek x dak)




my sign

Monday, March 28, 2011

Sepetang di Tanjung Dawai

Hari minggu yang lepas, family ku dari kampung mai ziarah aku n anak kat sini. Saja ja tukar-tukar angin, dah selalu aku ja yang balik kampung. Sekali-sekala, nak jugak family aku mai berjalan kat sini. Semua mai kecuali ayah sebab xmau tinggalkan rumah dan adik aku yang no 4 jugak xmai sebab kat asrama.

Pagi jumaat tu, mak aku tanya "Along, kat mana nak beli ikan bilis dan belacan kat sini?"..mmm..aku jawab xtaula melainkan Tanjung  Dawai..so,atas persetujuan semua..dalam pukul 3 camtu kami bertolak ke sana.

Hampir pukul 4 lebih, kami sampai di Tanjung Dawai..mula2 sampai di sana, ternampak dah pantai dengan laut terbentang..terujanya tengok..maklumla dah lama x ke pantai..hehehe. Tapi, berbalik ke tujuan asal nak beli ikan bilis dan belacan ye..so, tempat pertama adalah Kompleks membeli belah..

Ni la kompleks tu..macam2 dijual kat sini
Belacan, udang kering, ikan bilis, bermacam-macam keropok
yang belum digoreng, dan macam2 la..x tersebut la.

Mak2 pakat dok shoping..so, anak2 suruh pak ucu la ngasuh..


Lokasi kedua..jeng..jeng..jeng..yea! ke tepi pantai kita...heheh
Jom layan gambar2 kami..saja nak tunjuk tepi pantai Tanjung Dawai pun cantikla..

Me n my son..
Hubby sentiasa tiada di sisi..hu3..
Nak wat camna kan..

Aku, Afwan n mak aku..
masa ni baru mula turun dr keta, Afwan x mau turun dr dukung
sebab takut..maklumla anak aku ni belum pernah lagi dibawa ke pantai

Bila dah turun, mula2 tu memang 'perak' jugakla
orang Kedah kata..
Telatah Adam n Afwan..
mula2 takut, lama2 x larat nak larang

Seronok dok tengok orang main layang-layang, kami pun nak main gk
Ni adik2 aku tengah pilih layang2 utk dibeli
Akhirnya layang2 berjaya dinaikkan..apala si lelaki2 ini beli layang2 rama2..
maklumla 'rama-rama cantik'..hehe
Tengok afwan ni..bukan main suka lagi dia.
kat gerai makan tepi pantai ni..best kena angin petang cmtu tau..


Pekena char koe teow udang fresh ni..
ABC pun ada..nyum..nyum.. 

Ok..dah main layang2..dah makan..
So, ari pun dah nak senja..so, jom kita balik!
Selamat Tinggal...Moga leh p lagi..hehe.


my sign

Thursday, March 24, 2011

Dah setahun 4 bulan

Semalam, 23 Mac 2011, genaplah usia anakku 1 tahun 4 bulan..sat ja masa berlalu..tup2 anak dah besar. Alhamduillah..semuanya berjalan lancar! ceewah..bunyi cam pelik je kan..ntahla aku pun xtau nak gambarkan camana perasaan melalui semua ini..pengalaman yang x mungkin boleh dijual beli! Yeah!! Semua ibu bapa pasti tau kan apa yang nak aku katakan..
Melihat keletah anak yang kian membesar, memang langsung x membebankan..malah lebih menyeronokkan..tengoklah keletah anakku ni..di usia sebegini, dia mulai faham apa yang disuruh dan diajar.

Tengoklah ni..dia akan buat apa yang kita buat.
Selesai ja aku solat maghrib, dia pun sibuk mintak kopiah
untuk solat jugak. Tunggeng terbalik la lepas tu..

Lepas sembahyang..nak baca Muqaddam la plak.
(tengok gambar sebelah kanan tu, abih gambar yang aku
tampal kat almari tu dikoyaknya..Afwan..afwan.

Jom layan plak gambar terbaru si Afwan ni dengan potongan rambut baru..
ni keletahnya bila kat kedai makan,  sementara nak tunggu makanan sampai, macam2 ragam dibuatnya.

Amacam auntie n uncle semua..encem dak Afwan??
(kontrol macho ni..hehe)

Yeeha!!



my sign

Tuesday, March 22, 2011

Menjejak ke alam baru..

Tanggal 19 Mac lepas, seorang lagi bapa sedara aku telah 'join kapal'  aku & sedara-sedara yang lain. Tamatlah riwayat zaman bujangnya!! FYI, bapa sedara aku yang famous dipanggil pak lang ni umurnya muda dari aku..tp berpangkat bapak sedara dh..hehe..

Selamat Pengantin Baru buat paklang
semoga kalian bahagia ke akhir hayat

Ni mak lang aku..heheh
segak orangnya, lemah lembut dan sopan santun beb!!
bertuah badan si pak lang!! 


Sekitar hari pernikahan yang lepas..berdebar2 paklang..hu3

Heheh..me n my son, Afwan..
hehe..nak selit jugak nih..orang kuat nih!! haha


Ni ha orang kuat yg menjayakan majlis nih..chewah!
Sebelah kiri - adik ipar aku, Ct..dia la jugak bertungkus lumus
menyiapkan hiasan bilik dan meja makan bersama aku.
Sebelah kanan tu - k.imah, sepupu aku yg ngasuh Afwan.

Haniey Hani sempat bergambar dgn pklang nih..diala orang kuat bikin snap gambar nih
( viva hitam ni jugak le yang jadi pengangkutan rasmi si pengantin..hehe)


Secebis puisi buat pengantin..


Dalam kekalutan..
Dua hati telah menjadi satu
Dalam kebimbangan..
Sebuah janji temeterai sudah
Kini..
Tinggalkan segala kekalutan
Buang segala kebimbangan
Kalian..
Layarilah bahtera itu
bersama iman dan taqwa.

Amin!!!





my sign