Best gak ceramah tu..dah lama rasanye aku x sertai majlis2 ilmu camtu..nak kate bz, xla sangat..tapi x berkesempatan..huhu..Walaupun majlis tu berlangsung hanya lebih kurang sejam lebih je..tapi aku rasa sedikit sebanyak ia dapat memberi info dan paling penting terbit kesedaran dalam diriku ni tentang nak mendidik anak.
Tajuk ceramah tu "Bagaimana Kehidupan Rasulullah SAW dalam berkeluarga dan berkerjaya".
Kata Ustaz apa yang kita buat dan tunjukkan akan mempengaruhi sikap anak-anak. Jika baik, maka baiklah yang diaorang buat..klu sebaliknye..pk2 la sendiri. Faktor untuk cemerlang adalah material, manusia dan matlamat. Tetapi, yang paling penting menurut Rasulullah adalah manusia..dan, untuk cemerlang juga perlu ilmu, kemahiran, maklumat dan sikap. Dari situ, pengendalian sikap amatlah penting untuk menentukan kebahagiaan keluarga dan kecemerlangan kerjaya kita. Ustaz ada tunjukkan video2 yang memang memberi kesan kepada sesapa yang tengok (yg da hati la..hehe). Sedutan dari filem P.Ramlee-Anakku Sazali pn ada..
Menurut ustaz, Rasulullah SAW bersabda "Sebaik-baik kamu, kamu adalah yang terbaik untuk keluargamu dan aku adalah yang terbaik untuk keluargaku."
Setelah dengar ceramah tu, baru aku terfikir dan sedar..walaupun anak aku tu baru 3 bln lebih..tapi dia dah pandai tengok. So, moralnye..aku n hubby kena lebih pandai mengendalikan sikap di depan si 'chubby' aku tu lepas ni. Apa yang penting adalah pengendalian sikap!!
Di akhir ceramah tu, kami semua beramai-ramai berselawat ke atas nabi junjungan..SAW.
Syahdu dan sendu rasanya...
Moga ada lagi majlis seperti tu lepas ni.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda.