Wednesday, November 10, 2010

Afwan got flu, cough and fever again!! Oouh......

Semalam aku EL, coz my son not well again! Sejak sabtu lalu, afwan dapat selsema dan batuk.  Aku & hubby dah g amik ubat kat klinik biasa kt taman ria jaya..alhamdulillah, hampir ok. Tapi tiba2 malam isnin n selasa lepas, dia diserang demam waktu tengah malam plak. Badan afwan akan panas time nak pagi, selalunya dalam pukul 2pagi ke atas..bila dah jadi camtu, memang risau sangat2..macam2 berlegar dalam kepala ni..dengan keadaan dia yg asyik mengerang je..aduh! memang x tido le aku n hubby. Cara afwan bernafas pun seakan-akan sangkut2..huhuhu..
So, semalam aku bawa afwan ke Child Specialist Centre kat Amanjaya..Doc cakap dah ada bunyi nak penat sebab kahak terkumpul, so itu salah satu penyebab badan dia panas sangat. So, dia sarankan masukkan ubat secara sedut melalui hidung dan mulut.  Ubat tu perlu dimasukkan selama 15 minit. Time treatment tu, Afwan menangis sampai x ingat2..aku rasa satu tempat tu dengar suara dia je..tapi kami terpaksa 'memaksa' dia juga. Baba meriba afwan dan pegang tangan serta kepala utk elak dia bergerak..tu pun abih ditangkisnya..demam2 pun kuat lagi tenaga tu. Mesti Afwan fikir sampai hati ummi ngan baba buat dia camtu..hehehe.."Sabar ye B, B nak cepat sembuhkan..."..tu le dialog yg kuar dari mulutku time Afwan melalak. Doc cakap xpa biar dia nangis, sebab boleh cepatkan kemasukan ubat tu. Tengok Afwan hampir terkulai keletihan, treatment dihentikan walaupun tinggal sedikit lagi belum dihabiskan. Dah selesai semua, naik ja keta nak balik umah..terus Afwan tertido. Cian anakku..
Dan, hari ni Afwan dah semakin ok..dah x demam lagi. Cuma batuk2 ja g..n selsema pun dah kurang. Tapi mungkin panas dalam, suara dah serak2..cian Afwan.



2 comments:

  1. waa cian nya afwan .
    sobs sobs .
    nak membesar lagi eh org ckap .
    huhu

    ReplyDelete
  2. ye la una..makin besar, tapi makin kecik bdnnya..xmo makan, nk buas je cm una..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.