Monday, April 4, 2011

Tragedi petang Khamis

Ngantuk betul petang ni..bukannya pa, pagi tadi pekena pulut inti ngan ketupat. Hurmm..so, impaknya time2 la ni la kan. Sebelum ni jarang aku nak rasa ngantuk camni kat ofis ni..mungkin ter'over dose' kan..hehe..k, aku nak cerita tragedi ari Khamis ritu..hu3..

Sayu gak bila mengenangkan tragedi tu..syukur Tuhan masih sayangkan kami.
Khamis, dalam pukul 5 lebih camtu..aku, anakku serta sepupu aku, Haniey bertolak balik ke kampung. Kami hanya bertiga, memandangkan hubby aku kerja.
Ketika baru bertolak, sampainya di depan Carnivall Cinta Sayang (mesti ampa tau kan kat mana),  kami dapati orang ramai sangat ditambah pula dengan rombongan budak2 sekolah. Terdetik di hati kami,  'sure da xcident ni'..hampir je dengan tempat tu..confirm!! xcident!! Subhanallah..ada sorang gadis terbaring kat tengah jalan dan sebuah kereta honda putih di situ..beberapa meter dihadapan ada sebuah skuter 'Ego S'..kelihatan ambulans sedang menuju ke tempat kejadian..Memang mencemaskan ketika tu, walaupun kami hanya tengok dari jauh..hati memang x tenteram, tambah2 lagi sepupuku yang tengah drive tu..Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita kemungkinan2 kejadian tu ja..

Di pertengahan jalan, di jalan Bukit Selambau berhadapan dengan kilang kayu..'TUP! krakkkkkkkk................"
Astaghfirullah al Azim....Subahanallah!!! tetiba rasa macam dirundung badai..cermin kereta kancil k.cik (Haniey) retak seribu!! Retak menanti berderai ja!!

Kami berselisih dengan sebuah lori yg penuh dengan muatan pasir @ batu x pasti..yang pastinya batu dari lori tu yang membuatkan cermin kereta retak!!

Kat sinilah batu tu hinggap..
kerana batu yang sekecil itu, habis seluruh cermin..hu3

Beginilah cermin yang retak menanti derai..
Pandangan dari dalam

Syukur Tuhan masih sayangkan kami..
seandainya cermin itu berderai serta merta..apakah nasib kami???
Astaghfirullahalazim..mintak dijauhkan perkara itu..Amin!
Dalam keadaan yang masih lagi terkejut, aku memang x dapat nak cakap dengan sesapa..memang terkejut sangat.  Dah la tadi,  tengok xcident..ni tiba2 menimpa diri sendiri..mujurlah tiada yang cedera.. Alhamdulillah! So, suruh k.cik contact abg Chot (sepupu aku kat sg.petani) datang kat kami. X tau apa yang perlu dibuat..bila keadaan dah tenang sikit..barula call mak kat kampung. Mak gtau ayah akan datang.
Sementara menunggu sepupu (abg Chot) dari SP
dan ayah mai dari kampung..Afwan la yg jadi
peneman di kala hati gundah.


Akhirnya, bang chot sampai.. lega rasanya.  Dah la awan kian gelap..hampir pukul 8, ayah pula sampai dengan adik dan abg ngah. Sebagai penyelesaiannya,  ayah ketuk semua cermin dan buang  segala serpihan.  Selesai semuanya,  ayah pandu balik kereta dengan x bercermin..memandangkan begitu, ayah la bercermin mata hitam untuk elak sekiranya ada lagi serpihan kaca.. Lawak pun ada kalau orang tengok time tu..malam2 berkaca mata hitam lak..heheh..

Pukul 9 kami sampai kat kampung..alhamdulillah.  Perjalanan yg sepatutnya hanya sejam menjadi sampai 3 jam lebih...hu3..apa2 pun sukur padaMu Maha Esa!

(**Haniey..soe gambar chek x dak)




my sign

2 comments:

  1. mcm kena kat adik ipaq saya dulu ..
    http://gilamodified.blogspot.com/2010/11/new-rims-broken-glasspoor-guy.html

    ReplyDelete
  2. khairul: saya dah tengok keta adik ipar awak..memang sejibik la cam keta sepupu saya time kena tu..tu la malang x berbau langsung kan..hu3

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.