Wednesday, January 18, 2017

Jodoh Itu Milik Kita

"Aku suka kat hang".
Bermula sebuah episod jodoh.

Siapa sangka..
Kita yang dulunya jarang nak bertegur sapa,
Tak nampak pun awak dalam ramai-ramai kawan kita..
kelibat awak macam tak wujud pun walaupun di depan mata. 
Saya budak 'hot' sekolah rendah, awak siapa..(haha macam perasan) Siapa sangka...itu yang ditulis.

Maaflah, gambar awak memang tak ada dalam koleksi kawan sekolah rendah saya. Kalau ada pun, mungkin nampak sipi-sipi saja..😂😂

Berangan takmau kahwin dengan orang dekat-dekat, "apa hal budak kampung sendiri..😬😅 (oopss sory!)  Alih-alih jodohku dengan budak rumah seberang jalan.. ☺️☺️

Time belajar konon berkawan dengan adik pensyarah..acah-acah best dapat dating naik CRV tu..tapi cuti sem ja senyap memasing.  Lepas tu berkawan pula dengan abang senior..hmm setakat abang angkat sajalah. Admire lama pun rupanya satu tempat belajar, tapi masa & keadaan dah berubah..tak boleh berputik balik rasa yang hilang..chewah!  Dia kata semua itu bukan jodoh kita, maka bukanlah. Titik. 

Biarpun awak layan OAG dan SO7,
saya XPDC..jodoh tetap jodoh. Tolak macammana pun tetap kuat. Angin lalu pun tak tergoyang..amboi! 😁😁 

Suka akhirnya menjadi sayang dan rindu..Ahaks! Alhamdulillah, ke jinjang pelamin kita..walaupun pada mulanya saya tak tahu pun awak ikhlas ke tidak dengan perkataan 'suka' tu. Sampai bila jodoh ini? Allah Maha Mengetahui..😌😌

Tarikh ini, di detik ini, lapan tahun lalu..awak ambil saya sebagai tanggungjawab dari ayah saya.
Oh, terima kasih ayah atas restu..
terima kasih mak atas doa berpanjangan. Ingat lagi janji awak dengan mak ayah saya? ✌🏻️😊
Siapa sangka? Allah saja yang tahu. 

Semoga awak dapat menjadi imam saya hingga ke syurga. Tutup cerita lama, buka lembaran baru dengan sentiasa letak Allah Maha Esa di depan. Itu yang saya minta dengan jodoh ini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ajal maut jodoh semua Dia tentukan. Siapa kita untuk menidakkannya. Jika hari ini, jodoh kamu bukan seperti yang diharap, bukan para alim dambaan bidadari syurga, bukan juga hartawan mahupun budayawan..terima dia seadanya. Jika dia jatuh, hulur tangan..bangun dan jalan bersama. 

Yang belum bertemu jodoh, inshaAllah jika bukan di sini..dia sedang nanti kamu di syurga abadi. ✌🏻️😊

Maaf ya tertaip pulak kisah kasih ni panjang-panjang. ☺️☺️☺️

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.