Haish dah bersawang dah rumah ni..lama tak balik sini..
Dah raya kelapan hari ni..tak kemana pun, balik kampung pun tak minggu ni sebabnya banyak kain baju nak kena settle kan ni..maklumlah baru balik dari beraya kat kampung hari selasa lepas ja.
Ok..saja ja nak share resepi lala ni..husband suka sangat makan. Tapi selalunya beli siap masak @ husband masak sendiri..hehe..tapi, hari ni kena masak sendiri.
Ummi memang tak pandai masak pun..tapi, bolehla setakat masak makan keluarga. Ni resepinya..simple sangat! Ni pun hasil dok tengok husband masak sebelum ni..
Bahan-bahan:
1/2 kg lala
2 batang Serai
Air
Garam secukup rasa
Secubit gula
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cabai besar hijau
Cara-caranya:
Tumiskan bwg merah, putih, halia & serai. Masukkan air & lala..agak nak masak dah tu, masukkan garam & gula. Jarang org letak gula kan..tapi, ummi letak gula nak bagi timbul rasa lemak-lemak manis tu. Nak cantik kejadiannya tu, masukkan sedikit serbuk kunyit dan tabur cabai besar hijau tu. Bila dah rasa sedap tu, ha angkatla!
Taraa..ni hasilnya! Amacam ok dak? Hihi..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda.