Tuesday, April 12, 2011

Persembahan Zizan feat Dina - Selamat Tinggal

Akhirnya..jumpa gak show ni..
Credits to Haniey Hani!!
Jom layan lagi..
my sign

Monday, April 11, 2011

Zizan Feat. Dina - Selamat Tinggal (Full HD)

Terbaekk dari Zizan n Dina nih! aku tahu lagu ni selepas tengok AF 9..
Persembahan terbaik malam tu yang dinanti2kan..harap peserta2..mm..no komenla..hangpa semua pun tau kan show tu..hurmm!!
Memang bestla Zizan!! feat Dina lak kan..jom layan..
(aku dok cari klip video show kat AF tu..tapi xdak pun..mungkin sebab copyright kot)




Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah Memang,
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat,
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat,
Apa yang ku harapkan,
Kasih sayang yang suci murni,
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi,
Dulu hari-hari ku berwarna warni,
Kini kian mendung, ia tinggal satu memori,
Jangan, jangan lepaskan genggaman ku ini,
Hidupku hanya bermakna jika kau disini,
Mana janji, mana erti,
Kenapa gembira ku kini menjadi sepi,
Musnah segala apa yang ku impikan,
Tetapi ku tetap tabah,
Kerana tuhan yang menentukan,
Kau tetap pergi apakan daya,
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya,
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal,
Namun ku harus melepaskanmu baby,
Selamat tinggal...

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini ..oooo

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan telah lama aku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu disisi
Hanya kau seorang pernah ku kasihi
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa, semua ini
Kenapa, semua ini

Mengapa, semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa, semua ini

(kenapa semua jadi begini, kenapa)

Jangan pergi,jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan aku menderita)
Bila wajahmu 
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal


my sign

Monday, April 4, 2011

Tragedi petang Khamis

Ngantuk betul petang ni..bukannya pa, pagi tadi pekena pulut inti ngan ketupat. Hurmm..so, impaknya time2 la ni la kan. Sebelum ni jarang aku nak rasa ngantuk camni kat ofis ni..mungkin ter'over dose' kan..hehe..k, aku nak cerita tragedi ari Khamis ritu..hu3..

Sayu gak bila mengenangkan tragedi tu..syukur Tuhan masih sayangkan kami.
Khamis, dalam pukul 5 lebih camtu..aku, anakku serta sepupu aku, Haniey bertolak balik ke kampung. Kami hanya bertiga, memandangkan hubby aku kerja.
Ketika baru bertolak, sampainya di depan Carnivall Cinta Sayang (mesti ampa tau kan kat mana),  kami dapati orang ramai sangat ditambah pula dengan rombongan budak2 sekolah. Terdetik di hati kami,  'sure da xcident ni'..hampir je dengan tempat tu..confirm!! xcident!! Subhanallah..ada sorang gadis terbaring kat tengah jalan dan sebuah kereta honda putih di situ..beberapa meter dihadapan ada sebuah skuter 'Ego S'..kelihatan ambulans sedang menuju ke tempat kejadian..Memang mencemaskan ketika tu, walaupun kami hanya tengok dari jauh..hati memang x tenteram, tambah2 lagi sepupuku yang tengah drive tu..Sepanjang perjalanan, kami asyik bercerita kemungkinan2 kejadian tu ja..

Di pertengahan jalan, di jalan Bukit Selambau berhadapan dengan kilang kayu..'TUP! krakkkkkkkk................"
Astaghfirullah al Azim....Subahanallah!!! tetiba rasa macam dirundung badai..cermin kereta kancil k.cik (Haniey) retak seribu!! Retak menanti berderai ja!!

Kami berselisih dengan sebuah lori yg penuh dengan muatan pasir @ batu x pasti..yang pastinya batu dari lori tu yang membuatkan cermin kereta retak!!

Kat sinilah batu tu hinggap..
kerana batu yang sekecil itu, habis seluruh cermin..hu3

Beginilah cermin yang retak menanti derai..
Pandangan dari dalam

Syukur Tuhan masih sayangkan kami..
seandainya cermin itu berderai serta merta..apakah nasib kami???
Astaghfirullahalazim..mintak dijauhkan perkara itu..Amin!
Dalam keadaan yang masih lagi terkejut, aku memang x dapat nak cakap dengan sesapa..memang terkejut sangat.  Dah la tadi,  tengok xcident..ni tiba2 menimpa diri sendiri..mujurlah tiada yang cedera.. Alhamdulillah! So, suruh k.cik contact abg Chot (sepupu aku kat sg.petani) datang kat kami. X tau apa yang perlu dibuat..bila keadaan dah tenang sikit..barula call mak kat kampung. Mak gtau ayah akan datang.
Sementara menunggu sepupu (abg Chot) dari SP
dan ayah mai dari kampung..Afwan la yg jadi
peneman di kala hati gundah.


Akhirnya, bang chot sampai.. lega rasanya.  Dah la awan kian gelap..hampir pukul 8, ayah pula sampai dengan adik dan abg ngah. Sebagai penyelesaiannya,  ayah ketuk semua cermin dan buang  segala serpihan.  Selesai semuanya,  ayah pandu balik kereta dengan x bercermin..memandangkan begitu, ayah la bercermin mata hitam untuk elak sekiranya ada lagi serpihan kaca.. Lawak pun ada kalau orang tengok time tu..malam2 berkaca mata hitam lak..heheh..

Pukul 9 kami sampai kat kampung..alhamdulillah.  Perjalanan yg sepatutnya hanya sejam menjadi sampai 3 jam lebih...hu3..apa2 pun sukur padaMu Maha Esa!

(**Haniey..soe gambar chek x dak)




my sign

Monday, March 28, 2011

Sepetang di Tanjung Dawai

Hari minggu yang lepas, family ku dari kampung mai ziarah aku n anak kat sini. Saja ja tukar-tukar angin, dah selalu aku ja yang balik kampung. Sekali-sekala, nak jugak family aku mai berjalan kat sini. Semua mai kecuali ayah sebab xmau tinggalkan rumah dan adik aku yang no 4 jugak xmai sebab kat asrama.

Pagi jumaat tu, mak aku tanya "Along, kat mana nak beli ikan bilis dan belacan kat sini?"..mmm..aku jawab xtaula melainkan Tanjung  Dawai..so,atas persetujuan semua..dalam pukul 3 camtu kami bertolak ke sana.

Hampir pukul 4 lebih, kami sampai di Tanjung Dawai..mula2 sampai di sana, ternampak dah pantai dengan laut terbentang..terujanya tengok..maklumla dah lama x ke pantai..hehehe. Tapi, berbalik ke tujuan asal nak beli ikan bilis dan belacan ye..so, tempat pertama adalah Kompleks membeli belah..

Ni la kompleks tu..macam2 dijual kat sini
Belacan, udang kering, ikan bilis, bermacam-macam keropok
yang belum digoreng, dan macam2 la..x tersebut la.

Mak2 pakat dok shoping..so, anak2 suruh pak ucu la ngasuh..


Lokasi kedua..jeng..jeng..jeng..yea! ke tepi pantai kita...heheh
Jom layan gambar2 kami..saja nak tunjuk tepi pantai Tanjung Dawai pun cantikla..

Me n my son..
Hubby sentiasa tiada di sisi..hu3..
Nak wat camna kan..

Aku, Afwan n mak aku..
masa ni baru mula turun dr keta, Afwan x mau turun dr dukung
sebab takut..maklumla anak aku ni belum pernah lagi dibawa ke pantai

Bila dah turun, mula2 tu memang 'perak' jugakla
orang Kedah kata..
Telatah Adam n Afwan..
mula2 takut, lama2 x larat nak larang

Seronok dok tengok orang main layang-layang, kami pun nak main gk
Ni adik2 aku tengah pilih layang2 utk dibeli
Akhirnya layang2 berjaya dinaikkan..apala si lelaki2 ini beli layang2 rama2..
maklumla 'rama-rama cantik'..hehe
Tengok afwan ni..bukan main suka lagi dia.
kat gerai makan tepi pantai ni..best kena angin petang cmtu tau..


Pekena char koe teow udang fresh ni..
ABC pun ada..nyum..nyum.. 

Ok..dah main layang2..dah makan..
So, ari pun dah nak senja..so, jom kita balik!
Selamat Tinggal...Moga leh p lagi..hehe.


my sign