Sunday, August 16, 2015

Kagum!

Ahad hari ni..kami bekerja. Sedang saya dan kawan-kawan sepejabat berkira-kira baki cuti tahunan masing-masing untuk permohonan kemaskini oleh Pentadbir Cuti,saya 'scroll' facebook..nampak post facebook dengan link "Jual Masa Dengan Gaji, Berbaloikah?"..ya, dari seorang yang saya admire kini!

Saya nampak dari mana beliau bermula..sebab tu sangat kagum dengan keputusan yang beliau buat hari ini. Baca tulisan beliau, anda tahu kenapa saya kagum..





Thursday, August 13, 2015

Nugget Ayam Tempura Homemade

Resepi ni dah buat minggu lepas kalau tak silap, tapi tak sempat tulis sini..

Nah, simple ja resepinya..



Asalnya nak snap gambar step by step..tapi, al-kisahnya tengah buat, bateri fon pula habis..jadi, ni ja yg dapat share.

TQ pada yang share resepi ni..maaf dah lupa kat blog mana..kalau ada yg google & jumpa resepi sama, ha maybe saya ambik dari situ..semoga murah rezeki puan yg share resepi ni ya..

Berbalik pada resepi tadi..alhamdulillah menjadi, cumanya adunan saya agak padat/keras sikit..rasanya terlebih tepung..3sb ja tepung ok, saya ni bila rasa lembik mcm susah bentuk gitu, saya main tambah-tambah ja..itula jangan derhaka resepi ya..hehe

Boleh cuba ye..si kecik saya Ariana tu memang pulun makan, lepas sebiji sebiji dia makan..ummi suka! Hihi..



Friday, July 24, 2015

Resepi Lala simple

Selamat hari raya Aidilfitri! 
Haish dah bersawang dah rumah ni..lama tak balik sini..

Dah raya kelapan hari ni..tak kemana pun, balik kampung pun tak minggu ni sebabnya banyak kain baju nak kena settle kan ni..maklumlah baru balik dari beraya kat kampung hari selasa lepas ja.


Ok..saja ja nak share resepi lala ni..husband suka sangat makan. Tapi selalunya beli siap masak @ husband masak sendiri..hehe..tapi, hari ni kena masak sendiri.

Ummi memang tak pandai masak pun..tapi, bolehla setakat masak makan keluarga. Ni resepinya..simple sangat! Ni pun hasil dok tengok husband masak sebelum ni..

Bahan-bahan:
1/2 kg lala
2 batang Serai
Air
Garam secukup rasa
Secubit gula
Bawang putih 
Bawang merah
Halia
Cabai besar hijau

Cara-caranya:
Tumiskan bwg merah, putih, halia & serai. Masukkan air & lala..agak nak masak dah tu, masukkan garam & gula. Jarang org letak gula kan..tapi, ummi letak gula nak bagi timbul rasa lemak-lemak manis tu.  Nak cantik kejadiannya tu, masukkan sedikit serbuk kunyit dan tabur cabai besar hijau tu. Bila dah rasa sedap tu, ha angkatla! 

Taraa..ni hasilnya! Amacam ok dak? Hihi..





Tuesday, October 14, 2014

Roti Lembut Kosong

Apa hal update pagi-pagi buta ni? Hehe saja ja sementara nak lelapkan mata ni kan..baru siap buat roti pula. 2nd trial resepi yang sama..cuma dinamakan Roti Lembut Kosong sebabnya dah 2 kali buat tak berapa manis pun..hehe



Dah lopong kat situ, kalut nak rasa sampai tak nyempat nak tangkap gambar dulu..hehe..abaikan.

Nampak tak permukaan atas tu lebih better kan..takla jadi dayang senandung macam hari tu. Tipsnya: bakar roti guna api bawah selama 8-10minit, kemudian baru on kan api atas bawah oven tu. Api bawah tu pun tak boleh lama sangat, nanti dah lebih masak pula. Susah juga nak memahami oven ni kan..kalian ada tips ka? Sudi-sudikanlah share kt sini ya..

Sebenarnya tujuan buat roti malam ni atas permintaan tak rasmi ibu mengandung kat ofis ummi a.k.a my 2nd boss..jadi untuk tak menghampakan beliau yang tak sempat di bagi rasa tempoh hari, ummi buatla. Nak buat roti sekejap ja kan, cuma nak tunggu time doh naik tu yang lama..lebih kurang 3 jam juga nak siapkan roti tu. 

Kalaulah ada cik BM..alangkah indahnya..Hahaha..jom mimpi dulu! Assalamualaikum.