Wednesday, April 14, 2010

Untuk yg pertama kali guna Cloth Diapers cam aku..



1.        Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash (basuh-keringkan, basuh-keringkan, basuh-keringkan (3x)) sebelum pertama kali hendak digunakan.  Gunakan sedikit saja sabun, kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulityang sangat sensitive, atau boleh juga guna sabun mandi.

2.   Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi).  Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper (waktu malam juga digalakkan gunakan 2 insert). apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3.    Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. Jika tiada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). Jika ada najis pula, buang najis ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa najis, seterusnya seperti langkah di atas.

4.   JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5.   Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga. 

6.   Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

(sumber dari seseorang yg memang pakar bab2 cd ni)

----------

Tuesday, April 13, 2010

CD lagi

Last day, aku cakap akak ofis aku beli CD dari oversea kn..sebenarnye, aku pn beli gak..dia ada lebih n offer kt aku ari tu, so, aku pe tunggu lagi kn..memang nunggu masa nak beli je..ape lagi, aku beli dari dia la. Harganya 1 = RM37..okla sebab import kn..huhu



Ni la CD yg aku beli..cute x afwan pakai??? hehe..actually ada dua..1 lagi warna biru. X sempat nak amik gambar..

So, penerimaan afwan??
Aku rasa okla. Tapi dia pakai dalam 1 jam lebih je dh nak kena tukar, sebab dia kuat kencing..rasa basah sikitla berbanding pampers biasa. Afwan pun tidur kejap je sebab x selesa..anyway, pakai ari cuti n siang xpela.. Kalau pakai malam..jenuh aku nak bangun nak tukar plak 1 hal kn..





Friday, April 9, 2010

Lagi ttg CD

Baru je jap tadi akak kt ofis aku dapat Cloth Diapers yang dia order dari oversea..so,dptla aku tengok secara real kn..maklumla x pernah tengok sebelum ni..maybe pernah tengok, tapi x tau ape benda..huhuhu..betapa naifnye aku bab2 ni..

Dari situ, aku rasa patut cuba la..di samping menjimatkan kos, aku rasa baby lebih selesa dengan CD berbanding pampers biasa coz tiap-tiap ari pakai kn..

yang akak tu beli brand Kawaii Baby..hampir dua bulan nunggu sampainya dari oversea..aku pun nak beli, tapi dari local je la..kat sini pun banyak, cuma kena pandai choice je la..diaorang cakap 'Coolababy' yang member aku jual tu pun ok.


"Afwan, nanti ummie belikan ye..kita try pakai CD plak..cian anak ummie ari-ari kena pakai pampers."

Thursday, April 8, 2010

Jangan tipu..


Jangan suka tipu anak kita, kalau tak mahu dia tipu kita..…


http://bit.ly/taman2syurga

So, renung-renungkanlah....



(sumber: Taman2 Syurga)