Wednesday, May 26, 2010

kE PUTRAJAYA..

Baru sempat nak update blog..sebenarnye bukan bz pe pun..tapi selalu lupa nk transfer pic ke dalam pc,so x bestle klu nak crita tanpa pic kan..

Jumaat lepas aku ke putrajaya..g settle kan hal kuarters. Aku g ngan hubby n member dia je..baby tinggal kat kampung ngan mak tok dia..x bawa sebab g kejap je, cian dia nanti penat lak kan..

kami bertolak pada kul 6.30 ptg n sampai KL kul 12 lebih..saja ja g lepak2 kat KL jap, maklumla nak balik kuarters pun dah kosong, tambah pula elektrik n air dah potong..jadila bujang kejap..hehe..tapi dalam perjalanan dari kedah ke putrajaya tu, memang asyik teringatkan baby je..memang nangis jugakla aku atas keta..maklumla x pernah tinggal kan..huhuhu..

sampai KL, hubby aku jumpa member2 kampung yang tinggal kat sana..aku buat taik mata je..ngantukla dh kul 2 @ 3 pagi masa tu! 2 la first time aku tido lam keta..rasa cam merempat pn de..hihihi

dalam kul 4 cm2 kitorang bertolak ke putrajaya la..tiba2 masing kelaparan lak, so singgah pekena roti canai jap kat kedai mamak Presint 14 tu..aku yg dah tido ni pun bangun makan lagi dengan muka x basuhnye..hahaha..belasah je!

Lepas tu,kitorang balik tido jap kat kuarters tu..walaupun x berlampu, tp still cerahla juga sebab cahaya langit kan..maklumla umah pun mencakar awan..hihi..yang kesiannya, bab air la..kitorang terpaksa beli air mineral berbotol2 utk kegunaan di masa 'terdesak' kan..mm..terasa betapa susahnya org yg idup tanpa bekalan air paip lak..

appointment dengan org BPH kul 3.30 petang..so,lepas dia datang n dah serah kunci, aku g BPH lak..nk claim deposit kan..settle semua urusan dalam kul 4 lebih jugakla..niat di hati nak singgah ofis lama (JAS), tapi rasa dah terlewatla..soe la pada kengkawan semua,klu ada yg menunggu ke..lain masa klu berkesempatan ke sana..insyaAllah jumpa lagi.

Wednesday, May 19, 2010

From JKN ke HSAH

Ari ni ari kedua aku keja kt sini..so far ok la. Belum dapat keja apa-apa lagi, so xyah la aku menyibukkan diri kn..

 JKN Kedah


Aku lapor diri kt Jabatan Kesihatan Kedah pada 17hb Mei, di sana aku diminta untuk isi borang dan boleh pilih tempat mana yang nak p..so,peluang dah ada kan, aku apply ke sini la. Memang 2 impian bila bertukarkan..tunggu pe g kan..hehe

Pada mulanya, admin kat JKN nak antar aku ke Langkawi sebab kat sana mmg urgent nak PPTM..tp aku cakap terus terang xmau n lebih baik aku balik Putrajaya kalau kena g Langkawi..x sanggup den!

Akhirnya lebih kurang sejam jugak menunggu, aku dapat surat..aku ditempatkan di Hosp.Sultan Abdul Halim (HSAH), Sg.Petani.. Sepatutnya lapor diri kt spital ni ari yg sama,tp aku mintak tangguh sehari sebab nak bawa baby n brg2 sekali la..

 Tempat keja aku sekarang

Jadi aku lapor diri ke sini pada 18hb Mei 2010..aku ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat (ITD)  di Unit Aplikasi juga.

Alhamdulillah..akhirnya semua hasrat dah tercapai..Syukur ke hadrat Illahi..

Tuesday, May 11, 2010

Aku dah dapat tukaq!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah..puji bg Allah krn telah mendengar doa-doa hambamu ini..

Pagi tadi Cik Zuraidah JPA call,srh p amik surat..terkezut jugak,tiba2 ja dapat tukar nih. Diorg cakap sblm ni kena tunggu lagi..so,aku dah pun p amik surat tu tadi dengan hubby..aku dapat tukar ke JKN Kedah..tapi kena lapor diri kt KKM dulu 13hb nie..aduh cepat betulla..cm x ready je!

JKN Kedah maknanya kt Alor Setar la..sblm ni aku ckp nk balik SP je kan..tapi xpela dah rezeki aku kat c2..nanti klu tolak plak terus x dapat tukar cmna kan....

Bercampur baur perasaan aku nih..seronok sebab dapat dekat ngan family, hubby aku dapat keja dia balik n aku sedih gak nak tinggalkan ofis nie, baru je rasanya nak familiar dengan environment kat sini..paling rasa x best sebab aku baru je semangat nak mulakan develop sistem baru kat sini, maklumla aku akan belajar benda baru..tp nk wat cmna kn...rasa x sampai ati plak nak tinggalkan bhg aplikasi ni,mklumla dah sememangnya x cukup org kn..i'm so sorry to everyone....

xpela..arap2 di sana nanti environmentnya pun cam sini gak..org2 yg very nice..xde pressure..tu la diharapkan.
Doakan yang terbaik utk kita kat sana k..

Thursday, May 6, 2010

Status Pertukaran

Actually, aku sedang dalam proses menunggu utk ditukarkan ke Kedah..still masih menunggu la. Aku baru dapat feedback yg ke-2 melalui email dari PIC JPA. Ni feedback dia..

Suka saya memaklumkan bahawa kami telah maklum dan menerima permohonan tersebut. Permohonan puan akan dipertimbang sekiranya ada kekosongan di tempat yang dipohon dan pada masa yang sama telah sampai kepada giliran menunggu bagi permohonan puan. Sekian, terima kasih dan harap maklum.

So, aku akan tunggu je la. Aku still boleh tunggu sebab aku hanya nak tukar ke kawasan Sungai Petani je..xmau ke tempat lain sbb nanti susahla..kalau balik SP,hubby aku memang mudah dapat kerja balik. Aku sanggup tunggu kat sini sampai ada kekosongan kat sana..aku rela x balik lagi kalau kena pindah ke tempat lain walaupun di Kedah.  

Kat sini, environment memang best, geng2 ofis suma very nice..banyak benda yg boleh aku pelajari kat sini, timba pengalaman baru..n macam2 la. Suatu perubahan dalam hidupku..tapi atas sebab2 tertentu,aku kena balik stay kat sana.  

Apapun..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan!