Tuesday, July 13, 2010

Didik Anak Mengikut Usia

Dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.

Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.

Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. 





Dalam pada itu, terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu. 
Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang). 
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. 
‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.

-petikan ucapan Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk "Anakku, Kalian Segalanya" di Bangunan LPPKN.

So, kita jenis yg mana??? Renung2kan dan selamat beramal……










No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.