Wednesday, May 25, 2011

P KKIA

KKIA? tau x apa tu? heheh..saja ja nak gtau kot2 da yg xtau..Klinik Kesihatan Ibu dan Anak la..Aku baru balik p checkup Afwan ni (saja p petang2 x ramai orang sangat)..si Afwan kena cucuk last rini. Dah setahun setengah dah anak aku..cepat tul masa berlalu..Afwan ni memang susahla kalau bab jumpa misi ni, xmau nak duduk atas kerusi pun..Dia asyik jalan2 ja kat dalam klinik tu..okla sebab x takut sangat dengan orang kan. tapi bab nak timbang pun susah..dia ingat nak buat apa la. mm..susah tul! nak plak kena cucuk tadi kan..mau selagu dai nangis tadi. Sebab tu la aku tunggu hubby balik untuk bawa cucuk, klu x mmg x kuat la aku nak pegang.  Ni arap2 la x demam..

my sign

Wednesday, May 11, 2011

Rega gula naik lagi beb!!

mm...semua naik, x dak yang turun!!! Harga emas naik, minyak ron97 pun naik..ni gula plak! Maka bebanan hidup pun semakin naiklah!! mm..kalau gaji boleh naik tiba2 camtu kan best..hwa2..hwa2..beranganla ang!!!  nasib baik kat rumah aku stok gula yang beli berbulan2 dulu, masih banyak.  Maklumlah jarang2 guna kan..tapi kesian plak kat adik ipar aku yang mengusahakan kedai makan kat kampung..gula plak naik, so mesti modal bertambah agi..gpun kat kampung kan, xkan nak naikkan rega makanan lagi kan..hu3..sabar je la!!


Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini 


2011/05/10

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). 

“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun. 

“Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam. 

INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:
  • Indonesia RM3.80 sekilogram 

  • Singapura RM3.61 sekilogram 

  • Thailand RM2.31 sekilogram 

  • Filipina RM4.50 sekilogram 



  •                Petikan Berita Harian - 10/05/2011

    my sign

    Sunday, May 8, 2011

    Selamat Hari Ibu

    "Selamat Hari Ibu buat mak..semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, terus tabah melalui kehidupan ini disamping ayah tercinta, dan kami sayang mak..mmmuah!!!!" 
    - Ikhlas dari along, bgduan dan anak Afwan.

    Love u mom!!!

    Telah ku kirimkan ucapan buat mak ku kat kampung, Puan Maznah Binti Wahab..tanda penghargaan buat dirinya yang tak pernah jemu memberikan kasih sayangnya buat kami semua.  Aku bersyukur telah dikurniakan seorang mak yang begitu kuat menghadapi segala rintangan hidup yang fana ini..Mak..kaulah sumber inspirasiku untuk menjadi seorang yang bergelar ibu kini...kaulah ratu hidupku yang tiada gantinya. Tiada kata mahupun ayat sebenarnya mampu ku nyatakan untuk gambarkan betapa hebatnya pekertimu. Kaulah segalanya!! I love u mom!!! Love uuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!


    ** For all mommies,  Selamat Hari Ibu...we all the best!!

    my sign

    Thursday, May 5, 2011

    Facebook..oh..facebook...

    Rasanya cam kosong ja tanpa mu!!! hahahaha..tahap gila ka aku ni ye?? xlah..cuma aku rasa lost contact je ngan kawan2..klu x, boleh la jugak ari2 tau status kawan2, walaupun x communicate kan. hu3..lagi sedih x dapat nak ikut perkembangan baru untuk CD (Cloth Diapers)..hehehe..benda ni baru jadi petang semalam ja sebenarnya..tapi rasa cam lama dah tau..tolong la kawan2..
    v
    v
    v
    v
    v
    v

    my sign