Wednesday, May 11, 2011

Rega gula naik lagi beb!!

mm...semua naik, x dak yang turun!!! Harga emas naik, minyak ron97 pun naik..ni gula plak! Maka bebanan hidup pun semakin naiklah!! mm..kalau gaji boleh naik tiba2 camtu kan best..hwa2..hwa2..beranganla ang!!!  nasib baik kat rumah aku stok gula yang beli berbulan2 dulu, masih banyak.  Maklumlah jarang2 guna kan..tapi kesian plak kat adik ipar aku yang mengusahakan kedai makan kat kampung..gula plak naik, so mesti modal bertambah agi..gpun kat kampung kan, xkan nak naikkan rega makanan lagi kan..hu3..sabar je la!!


Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini 


2011/05/10

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). 

“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun. 

“Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam. 

INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:
  • Indonesia RM3.80 sekilogram 

  • Singapura RM3.61 sekilogram 

  • Thailand RM2.31 sekilogram 

  • Filipina RM4.50 sekilogram 



  •                Petikan Berita Harian - 10/05/2011

    my sign

    No comments:

    Post a Comment

    Terima kasih atas komen anda.