Anakku afwan dah pun 5 bulan lebih.. sekarang ni dah pandai nak ajuk2 pe yg kita buat..yang bestnye, baba dia suruh tutup mulut, tapi dia kuarkan lidah lak..haha..kan dah kena ejek hubby aku..
tengokla sampai meleleh air lir tu ha..itu la pasai rambut aku sampai dah nak botak tengah nie..penangan air liur afwan..huhuhu..
Monday, May 3, 2010
5S
WHAT DOES THAT MEAN?
SEIRI : Put Things in order (SISIH)
SEITON : Proper Arrangement (SUSUN)
SEISO : Clean (SAPU)
SEIKETSU : Standarlize (apa ye? lupa la dlm BM)
SHITSUKE : Commitment & Self-dicipline (ni pun lupa la)
Ni benda yang disibuk-sibukkan kat ofis aku minggu lepas..semua orang kena kemas tempat masing2 dan juga bilik yg dah ditugaskan. Aku kena tugas kt bilik fotostat..bab nak mengemas okla..tapi satu bab ni yg banyak org merungut..'tagging'. Aduh! Semua benda kena tag nie..nasib baikla ari jumaat lepas audit kat bilk pengarah n pegawai je..so, kitorang yg bawahan sikit ni xler kelam kabut sangat. Cuma aku tolong2 apa yang patutla..aku tlg naikkan sudut 5S kat Podium 2 dengan bantuan En.Fendi. Maklumla sudut nak kena ada..
So,nanti nak kena tag benda kat tempat akula..ala org suruh buat,kita buat je la ye..xyah banyak songeh! hehe..x susah pun cuma nanti cam back to kindergarten la..semua benda ada nama..hahaha..
ni le sudut 5S kitorang..ENERGY SAVING
warna bagi BTM adalah Silver – Menggambarkan perkembangan teknologi yang mana ianya mampu memberi manfaat kepada penjimatan tenaga.
Labels:
Corat-coret kehidupan
Friday, April 30, 2010
Secebis renungan...
Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.
Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.
Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.
Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !
mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..
renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

(fr members of Tmn2 Syurga)
Labels:
Corat-coret kehidupan
Thursday, April 29, 2010
This Can Happen To Anyone - especially ladies
|
Labels:
Corat-coret kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)