Thursday, June 17, 2010

Nasihat Anak Dlm Tidur



Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ni petua org2 tua.......
1. Setiap malam, apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama 
penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka.  Percakapan tu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Cubalah petua itu dan insyaAllah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

2 comments:

  1. emm, akak pernah cuba..memang menjadi..memang selalu amalkan la..

    ReplyDelete
  2. ye ker..shida baru dpt petua nie..nk kena start amalkan nie..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.