Monday, March 14, 2011

Tamat sudah episod ISAC..

Belum sebenarnya..hanya tamat episod kursus je. Examnya belum p lagi. 28hb ni baru aku amik exam ISAC ni. Hope lulus la. Penat tau, p kursus sampai 3 hari. Campur semalamnya taklimat lagi setengah hari aku p. Taklimat untuk exam ni diaadakan kat Bilik Mesyuarat Utama, JKN Kedah.
Bukan nak mengeluh, tapi saja ja nak meluahkan kepenatan..hehehe..tapi aku jugak yang untungnya sebab dapat ilmu kan..x gitu? Ni first time tau JKN anjurkan Kursus ISAC sampai 3 hari..aku antara yang pertama terpilih la..cheewah!!
Oleh kerana asyik nampak muka aku ja, Cik Ummi (PTM) kat JKN tu dah berkali-kali sebut dan nak suruh aku buat kursus ISAC lak..
"Ha, lepas ni Shahida bolehla buat kursus ISAC lak ye", katanya.
"Oh, tidak cik Ummi! Belum cukup ilmu di dada..& yang penting bagi saya lulus exam lu ye"..kekeke.


sign

Tuesday, March 8, 2011

ISAC tu apa ye?

Pernah dengar ke ISAC? Apa ye? Sebenarnya sebelum ni aku pun x pernah dengar kat JAS..masuk ja kesihatan ni, baru tau. Tapi untuk apa sebenarnya kursus ni pun masih kabur..tapi setiap pegawai yang bertugas di bawah JKN (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah) perlu amik exam ni sekali dan lulus. Meh chek terangkan sikit ye mende pa tu..



ISAC adalah singkatan daripada CT Skills Assessment and Certification, di mana ianya merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel sektor awam untuk bekerja  dalam persekitaran Kerajaan Elektronik. Alat ini direka khas untuk menentukan keperluan persekitaran Malaysia, khususnya sektor awam.

Objektif ISAC adalah untuk menilai pengetahuan asas ICT dan kemahiran asas ICT dalam kontek komunikasi dan produktiviti.

Kurikulum ISAC ini mengandungi dua bahagian. 

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :
  • Koridor Raya Multimedia
  • Kerajaan Elektronik
  • Pengetahuan asas komputer dan  perkembangan ICT
  • Desktop Productivity
  • Internet dan email
Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam :
  • Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
  • Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
  • Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.
 Sumber: www.intanbk.intan.my

Sebelum menghadiri exam ni, biasanya para peserta akan diminta menghadiri taklimat dahulu.  Sebenarnya soalannya agak senang la. Cuma ianya adalah simulasi..so,kalau ada yang dah amik exam dan x lulus tu rasanya bukan sebab salah je, tapi mungkin sebab terlebih jawab pun boleh jadi. 
Contohnya jika soalan bahagian 2 memerlukan kita menjawab satu soalan je, so, satu je la. Jika tidak...

Ok,tu la sedikit sebanyak info tentang ISAC ni..kalau nak tau lebih lanjut..silalah layari laman web INTAN ye.

  

Hari Kedua Kursus ISAC

"Mari kita lihat siapa yang berjaya menjadi penghantar email pertama untuk tugasan H1N1 ni..ha,NOOR SHAHIDA,Tahniah!" -penceramah kursus.
hehehe..'terkembang' seketika aku di kala itu..kekeke..ala benda senang camtu blhle aku wat..tangok lak lepas ni..
 Mmm..tengah rehat ni. Makan plak..lauk pe lak ni. Kalau kursus camtu la..memang confirm 3 kali makan. Makin rendang x berbuuah la aku..hahahaha…
Tapi, 1 je yang aku x puas ati, air mineral pun x disediakan..gula-gula apatah lagi (jangan mimpi beb sekarang). Kemarin,memang kebulur air kosong jugakle aku satu hari..so,ari ni bawak sendiri la, Nasib baik toilet ok..hehehe..tu lagi satu tempat yang aku akan kaji kalau ke mana-mana..hehehe..k,la..nak p makan duluuuuuuuuu!!!!

Sunday, March 6, 2011

Bulan 3 dah..

Sedar x sedar, dah masuk bulan 3/2011 dah. Cepat betul masa berlalu..dan hamper sebulan lebih aku x buat n3 kat sini..tetiba je aku rasa perlu untuk meng’hupdate’kan blog ni lepas terbaca blog Puan Nurul (my boss) www.kuizikel.com  jangan mara ye puan, shida letak link kat sini..hehe. (Pn.suzana yang gtau kat kami semua tau)..lepas tengok blog puan, terasa semangat nk update blog aku nih..teruja sangat! Tu la, orang nak berblog, aku pun nak..hu3..tapi walaupun x menarik cam orang lain buat, aku rasa perlula..ritu teringat cam nak delete je blog ni, tapi sesekali rasa cam perlu plak. So, itu yg terabai je blog ni..hehehe..insyaAllah, lepas ni kalau ada story bagus punya aku post kat sini ek..
Esok aku x dak kat ofis..kena p kursus 3 hari plak. Seminggu lepas dah p 4 ari, so, cukupla kursus aku tahun ni! Yaahoooooooo!!! X yah fakir la lepas ni..hehehe..
K,see you soon!!