Tuesday, March 8, 2011

ISAC tu apa ye?

Pernah dengar ke ISAC? Apa ye? Sebenarnya sebelum ni aku pun x pernah dengar kat JAS..masuk ja kesihatan ni, baru tau. Tapi untuk apa sebenarnya kursus ni pun masih kabur..tapi setiap pegawai yang bertugas di bawah JKN (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah) perlu amik exam ni sekali dan lulus. Meh chek terangkan sikit ye mende pa tu..



ISAC adalah singkatan daripada CT Skills Assessment and Certification, di mana ianya merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel sektor awam untuk bekerja  dalam persekitaran Kerajaan Elektronik. Alat ini direka khas untuk menentukan keperluan persekitaran Malaysia, khususnya sektor awam.

Objektif ISAC adalah untuk menilai pengetahuan asas ICT dan kemahiran asas ICT dalam kontek komunikasi dan produktiviti.

Kurikulum ISAC ini mengandungi dua bahagian. 

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :
  • Koridor Raya Multimedia
  • Kerajaan Elektronik
  • Pengetahuan asas komputer dan  perkembangan ICT
  • Desktop Productivity
  • Internet dan email
Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam :
  • Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
  • Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
  • Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.
 Sumber: www.intanbk.intan.my

Sebelum menghadiri exam ni, biasanya para peserta akan diminta menghadiri taklimat dahulu.  Sebenarnya soalannya agak senang la. Cuma ianya adalah simulasi..so,kalau ada yang dah amik exam dan x lulus tu rasanya bukan sebab salah je, tapi mungkin sebab terlebih jawab pun boleh jadi. 
Contohnya jika soalan bahagian 2 memerlukan kita menjawab satu soalan je, so, satu je la. Jika tidak...

Ok,tu la sedikit sebanyak info tentang ISAC ni..kalau nak tau lebih lanjut..silalah layari laman web INTAN ye.

  

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.