Tuesday, January 25, 2011

Kempen Mesra...

Ni la first time rasanya staff unit aku terlibat secara langsung dlm menjayakan kempen kat spital ni (selama aku kt sini la)..Salute to Pn. Suzana, K.Shima dan Amizul sebab berjaya menyiapkan tugasan masing2 dengan cemerlang..wah!! gitu lak bunyinya ye..ye la, k.Shima dan  Pn.Su buat multimedia utk slot tanyangan multimedia, Amizul pula buat backdrop..sebenarnya, aku pun ada sumbangan gak, last2 minit aku diminta menyiapkan buku program..at least dapat jugak buat keja ye..:-p.

Majlis ni berlangsung semalam - 24hb Januari, bertampat di auditorium HSAH. Antara program semalam adalah perasmian Kempen Mesra Pelanggan,  Farmasi Pandu Lalu,  Jambatan Mesra,  dan juga penyerahan lencana Kami Sedia Membantu.
Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Dr. Haji Marzukhi  Bin Md. Isa
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

Aku yg berjaya muncul tiba2 di klgn mereka..:-p

Sebenarnya, semalam aku standby kat ofis, memandangakan technical team dan yang lain pun mem'busy'kan diri..tapi aku lari jugak ke auditorium utk turut serta.  Tapi malangnya, sampai je kat sana,  semua dah bersurai..huhuhu. Walaupun camtu, sempat jugak aku bergambar dengan mereka yang tinggal lagi kat situ. Da juga untuk dijadikan kenangan ye..hehehe..



Tuesday, January 18, 2011

18.01..From Nami with Love!!!

Hari ni, genapla 2 tahun pernikahan kami. Sekejap je masa berlalu rasanya..tiada yang istimewa selain ungkapan indah dari bibir masing-masing. Itupun dah cukup memadai..memandangkan aku dan hubby ada komitmen masing-masing..tunggula masa sesuai nanti.
Doa kami,  semoga ikatan murni ini berkekalan hingga ke akhirnya..InsyaAllah. 
"Ya Allah, Engkaulah Maha Mengetahui segalanya..
syukur kehadratMu kerana Engkaulah telah menemukan kami,  Engkau jugalah yang memeteraikan janji-janji kami..memberi kami permata hati yang membuatkan hari-hari kami penuh bermakna..maka Kau rahmatilah ikatan ini hingga ke akhirnya. Amin."


Wednesday, January 5, 2011

Salam 2011!!

Fisrt n3 utk tahun ni!!! Dah 5ari dah di tahun baru, baru aku nk wat n3. Tu pun selepas Puan aku tanya xdak story baru ka??? Huhuhu..chek cam xdak mood je nak tulis. Bukan pa, asyik dok layan fb MYCDP.. tau ke pe 2? Malaysian Cloth Diapers Parentla...k.maz yang invite aku join kelab tu..so,leka la dok baca komen2 ibu yang aktif bercerita pasai cloth diapers..mmg rancakla!! Happening sangat..dek terkena penangan MYCDP ni jugakla aku dah mula spent money utk tambah koleksi CD utk Afwan..Afwan dah mula pakai balik CD, dulu aku stop jap sebab Afwan dapat CD rash..mungkin salah penggunaan sabun basuh kot.
K,stop lu bab CDing ni ye..nanti aku upload gambar2 Afwan ber'CD' baru yek..
sebenarnya Afwan ditinggalkan kat kampung, dah 4 ari dia kat sana bersama encik hubby aku..sedih tau!! Afwan kena tinggal kat sana coz my cousin yg ngasuh dia x sihat..so,berjauhan la kami. Memang rasa sunyi sangat bila balik keja xdak sesapa kat umah..huhuhu..sabar je la! Xpa,esok aku dah nak balik kampung!! Yeah!!
Kejap ja masa berlalu sekarang ni..pejam celik pejam celik...dah 2011. Apa azam tahun baru?? Ntah..aku sendiri x meletakkan target apa2 utk tahun ni..tapi cuma satu hal perlu diingat!! Banyak perkara yang pernah dilalui, mungkin bakal dilalui lagi..so, apa yang penting..kita mesti belajar dari masa lalu. Kerna masa lalu la yang mematangkan kita...........insyaAllah!!
Ya Allah..syukur kepadaMu kerana masih memberiku waktu utk menghirup udara segarMu, menatap keindahan AlamMu, mendengar kicau burung yang merdu, dan merasai segala nikmat hidup ini. Engkalulah Maha Esa..ku mohon supaya Engkau tambahkanlah sinar iman dalam diriku, suamiku, anak-anakku, sedara-sedaraku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku serta kaum Muslimin dan Muslimat seluruhnya!! Permudahkan jalan-jalan kami menuju keredhaanMu! Amin Ya Rabbal Alamin.....

Tuesday, December 14, 2010

Sorry to hubby....

Oleh kerana kecuaian aku,  habis 20 ekor ikan peliharaan hubby aku mati!! Ikan lampam dan  ikan sebarau (hubby aku bela ikan sungai je semuanya.) Hal ni berlaku pagi kemarin..huhuhu..aku bangun je nak mandi pagi tu, tengok2 semua ikan dah tertonggeng....alamak!! aku lupa la nak on balik plug 'motor' akuarium malam tu selepas masak air..huh..tinggal beberapa ekor je lagi ikan yang masih bernafas..sorry ye hubby!! I'm careless yesterday!!

Ikan2 yg selamat masuk dalam baldi utk dibuang.
huhuhu...penat aku bagi makan tiap2 ari, last2 aku yg cuai!