Sunday, May 29, 2011

The Negotiator


"Now, get me Sabian!"..ha..dah pernah tengok ka filem ni?? Kalau x salah, filem ni tahun 1998 g..time tu aku baru form 1. Ni la first time aku tengok. Filem ni ditayangkan malam tadi kt Astro Prima, pukul 12 tghmlm - 2 pagi. Dah sekian lama aku x layan cerita2 kepolisan camni dan sampai pagi2 lak tu. .sorang2 plak layan tv..sebenarnya hubby aku yang nak tengok sangat, last2 dia plak tertido. So layan je la..

Meh citer cket tentang filem ni..
Filem ni mengisahkan seorang polis yg merupakan seorang negotiator yang terbaik di Chicago East Side, Danny Roman lakonan Samuel L.Jackson. Bagaimanapun, dia diperangkap dan dituduh membunuh rakannya sendiri, iaitu Nate berikutan siasatan mereka mengenai penyelewangan dana. Dalam filem ni, memang terdapat konspirasi dalaman, di mana polis jugakla yang menyeleweng. Dan, yang paling best filem ni, xdak sorang pun penjenayah luar. Semuanya antara dalaman, kita boleh lihat bagaimana Danny Roman menahan 4 orang tebusan untuk membuatkan pihak yang terlibat dalam konspirasi tersebut menonjolkan diri.

Sabian, lakonan Kevin Spacey, merupakan polis dari West Side yang dimahukan oleh Danny kerana dia percaya Sabian mampu membantunya. Dan, ternyata Sabian memang seorang polis yang dipercayai dan membantu Danny.

Filem ni penuh dengan aksi dan psiko jugakla..kalau nak baca review lebih banyak g, kat sini http://www.filmcritic.com/reviews/1998/the-negotiator/.

Sebenarnya, aku xtau nak cerita la. Tengokla sendiri ye..best! x rugi aku tido lewat semalam. Kalau korang rasa x best, korang punya pasalla!! aku layan.............
my sign

Thursday, May 26, 2011

Cian anak ummi...

Alkisahnya si Afwan ni..semalam x dapat nak berjalan setelah kena cucuk kemarin.  Petang tu elok ja main2 kat luar rumah. Semalam dia tidur kejap, bangun ja terus sakit sebelah kaki yang dicucuk tu. Bila aku tengok dan pegang, memang agak bengkak sikitla tempat cucuk tu. Pegang sikit kakinya tu pun dah nangis..suruh dia bangun jalan, boleh selangkah dua ja, pastu nangis lagi.  Memang sakit betul la tu..cucuk2 yang sebelum ni xdak pula dia jadi camni.  Sebenarnya nurse pun dah pesan, kalau paha tu bengkak dan keras, diaorang suruh p klinik balik.  Da juga budak2 lain yang mengalami simptom macam ni..pagi tadi aku tengok dah boleh dipakaikan seluar, so ok sikitla kaki tu..itu yang aku x bawa dia ke klinik.  Hope balik satgi semakin okla kaki Afwan.

Dah terlantar anakku ni,tengok tu...
sebenarnya dia marah bila aku nakamik gambar ni..

Dalam dok sakit2 ni..sempat aku pakaikan cd baru ni
dr Nik Medaistore..aku mmg suka sgt cd sunnybaby
coz innernya dari microsuede..ia buatkan kulit baby rasa kering ja.
xyah cd mahai2 pn. (sempat lg ni..:-p)

Boleh tergelak besar dia bila baba usik..tu pun ketawa dalam nangis tu..
dia main2 plak dgn stringe tu plak, bila nak bg mkn ubat cukup susah.

k,la..nak balik dah ni. Nak tengok camna la condition Afwan ni..cian anak ummi.





my sign

Wednesday, May 25, 2011

P KKIA

KKIA? tau x apa tu? heheh..saja ja nak gtau kot2 da yg xtau..Klinik Kesihatan Ibu dan Anak la..Aku baru balik p checkup Afwan ni (saja p petang2 x ramai orang sangat)..si Afwan kena cucuk last rini. Dah setahun setengah dah anak aku..cepat tul masa berlalu..Afwan ni memang susahla kalau bab jumpa misi ni, xmau nak duduk atas kerusi pun..Dia asyik jalan2 ja kat dalam klinik tu..okla sebab x takut sangat dengan orang kan. tapi bab nak timbang pun susah..dia ingat nak buat apa la. mm..susah tul! nak plak kena cucuk tadi kan..mau selagu dai nangis tadi. Sebab tu la aku tunggu hubby balik untuk bawa cucuk, klu x mmg x kuat la aku nak pegang.  Ni arap2 la x demam..

my sign

Wednesday, May 11, 2011

Rega gula naik lagi beb!!

mm...semua naik, x dak yang turun!!! Harga emas naik, minyak ron97 pun naik..ni gula plak! Maka bebanan hidup pun semakin naiklah!! mm..kalau gaji boleh naik tiba2 camtu kan best..hwa2..hwa2..beranganla ang!!!  nasib baik kat rumah aku stok gula yang beli berbulan2 dulu, masih banyak.  Maklumlah jarang2 guna kan..tapi kesian plak kat adik ipar aku yang mengusahakan kedai makan kat kampung..gula plak naik, so mesti modal bertambah agi..gpun kat kampung kan, xkan nak naikkan rega makanan lagi kan..hu3..sabar je la!!


Kerajaan umum harga gula naik 20 sen hari ini 


2011/05/10

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam. 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50). 

“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun. 

“Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam. 

INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:
  • Indonesia RM3.80 sekilogram 

  • Singapura RM3.61 sekilogram 

  • Thailand RM2.31 sekilogram 

  • Filipina RM4.50 sekilogram 



  •                Petikan Berita Harian - 10/05/2011

    my sign