Mana resepi yang dicuba, dan rasa menjadi..saya akan share kat sini ye.
Nah ni roti arab yang dibuat hari jumaat lepas.
Bab bentuk tu biasa la ye..tangan ni keras sikit bab nak bentuk membentuk ni..itu yang tak berapa bulat macam mak arab tu..hehe
Ini resepi saya yang diolah dari beberapa resepi dari encik google..maaf ya xtau dah dari blog mana..
Bahan-bahannya:
Tepung gandum
Gula
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
2 sudu mentega
Susu pekat manis (agak-agak saja ye)
Setengah peket yis kering yg 11g
Bahan yang tak ditulis kuantitinya tu..saya agak-agak ja ye..tepung tu lebih kurang stgh kilogram saya agak. Buat kat kampung, tak ada penimbang..jadi agak-agak ja la..
Ok, caranya..uli sampai jadi doh. Biarkan naik seketika dalam setengah jam. Kemudian, bahagikan kepada doh kecil (bulat-bulatkan ikut saiz sendiri). Dari doh kecil tadi, tekan jadi leper..tapi jangan tekan kuat ye, nanti bila goreng takmau mengembung pulak.
Untuk teknik goreng yang betul, search youtube "cara menggoreng roti arab". Tak sangka pula dok search resepi hari tu terjumpa video ni. Terima kasih buat yang share teknik tu ya..tQ so much!
Nampak tak? Jadi kan macam ni? Hehe..
Ada kawan-kawan nak share resepi roti arab tak? Mai bagi link kat komen..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda.