Wednesday, May 19, 2010

From JKN ke HSAH

Ari ni ari kedua aku keja kt sini..so far ok la. Belum dapat keja apa-apa lagi, so xyah la aku menyibukkan diri kn..

 JKN Kedah


Aku lapor diri kt Jabatan Kesihatan Kedah pada 17hb Mei, di sana aku diminta untuk isi borang dan boleh pilih tempat mana yang nak p..so,peluang dah ada kan, aku apply ke sini la. Memang 2 impian bila bertukarkan..tunggu pe g kan..hehe

Pada mulanya, admin kat JKN nak antar aku ke Langkawi sebab kat sana mmg urgent nak PPTM..tp aku cakap terus terang xmau n lebih baik aku balik Putrajaya kalau kena g Langkawi..x sanggup den!

Akhirnya lebih kurang sejam jugak menunggu, aku dapat surat..aku ditempatkan di Hosp.Sultan Abdul Halim (HSAH), Sg.Petani.. Sepatutnya lapor diri kt spital ni ari yg sama,tp aku mintak tangguh sehari sebab nak bawa baby n brg2 sekali la..

 Tempat keja aku sekarang

Jadi aku lapor diri ke sini pada 18hb Mei 2010..aku ditempatkan di Jabatan Teknologi Maklumat (ITD)  di Unit Aplikasi juga.

Alhamdulillah..akhirnya semua hasrat dah tercapai..Syukur ke hadrat Illahi..

Tuesday, May 11, 2010

Aku dah dapat tukaq!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah..puji bg Allah krn telah mendengar doa-doa hambamu ini..

Pagi tadi Cik Zuraidah JPA call,srh p amik surat..terkezut jugak,tiba2 ja dapat tukar nih. Diorg cakap sblm ni kena tunggu lagi..so,aku dah pun p amik surat tu tadi dengan hubby..aku dapat tukar ke JKN Kedah..tapi kena lapor diri kt KKM dulu 13hb nie..aduh cepat betulla..cm x ready je!

JKN Kedah maknanya kt Alor Setar la..sblm ni aku ckp nk balik SP je kan..tapi xpela dah rezeki aku kat c2..nanti klu tolak plak terus x dapat tukar cmna kan....

Bercampur baur perasaan aku nih..seronok sebab dapat dekat ngan family, hubby aku dapat keja dia balik n aku sedih gak nak tinggalkan ofis nie, baru je rasanya nak familiar dengan environment kat sini..paling rasa x best sebab aku baru je semangat nak mulakan develop sistem baru kat sini, maklumla aku akan belajar benda baru..tp nk wat cmna kn...rasa x sampai ati plak nak tinggalkan bhg aplikasi ni,mklumla dah sememangnya x cukup org kn..i'm so sorry to everyone....

xpela..arap2 di sana nanti environmentnya pun cam sini gak..org2 yg very nice..xde pressure..tu la diharapkan.
Doakan yang terbaik utk kita kat sana k..

Thursday, May 6, 2010

Status Pertukaran

Actually, aku sedang dalam proses menunggu utk ditukarkan ke Kedah..still masih menunggu la. Aku baru dapat feedback yg ke-2 melalui email dari PIC JPA. Ni feedback dia..

Suka saya memaklumkan bahawa kami telah maklum dan menerima permohonan tersebut. Permohonan puan akan dipertimbang sekiranya ada kekosongan di tempat yang dipohon dan pada masa yang sama telah sampai kepada giliran menunggu bagi permohonan puan. Sekian, terima kasih dan harap maklum.

So, aku akan tunggu je la. Aku still boleh tunggu sebab aku hanya nak tukar ke kawasan Sungai Petani je..xmau ke tempat lain sbb nanti susahla..kalau balik SP,hubby aku memang mudah dapat kerja balik. Aku sanggup tunggu kat sini sampai ada kekosongan kat sana..aku rela x balik lagi kalau kena pindah ke tempat lain walaupun di Kedah.  

Kat sini, environment memang best, geng2 ofis suma very nice..banyak benda yg boleh aku pelajari kat sini, timba pengalaman baru..n macam2 la. Suatu perubahan dalam hidupku..tapi atas sebab2 tertentu,aku kena balik stay kat sana.  

Apapun..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan!

Kisah Afwan & Laptop

Sekarang ni susah betul aku nak on9 mlm2 kt umah..bukan pe,si afwan ni ha..pantang dah nampak laptop. Kalau pegang dia time nak on9, mmg x duduk diam dia..asyik nak sentuh2 je. Abih ditekannya keyboard tu kalau dekat2..bila dialihkan dia jauh, mula arr bising2. Memang x duk diamla..belum g blh duduk nih!


Dia suka sangat nak tarik2 plastic cover keyboard tu..mula2 tengokla video kartun yg aku mainkan, last2 abih la suma dia tarik.  Aii..kecik2 pun dah pandai ye anak ummie ni!! maklumla masa ngandungkannya dulu, ari2 ngadap benda ni je kan..so,melekat kt anakla..hehehe..

 Afwan2..........................