Friday, July 16, 2010

neXt weEk kENA G inDUKSi

huhuhu..sedihnya nak kena tinggalkan baby..2 minggu lak tu! lamanya..apesal la lama sgt kursus induksi ni ye..ikutkan ati nak tangguhkan je dulu sampai baby besar..tapi nanti susahla plak..dahle pernah tangguhkan dah dulu. Takut nanti susah plak diaorang nak panggil balik kan..mm..terpaksala berkorban sikit..
arap2 baby xler meragam dok ngan mak tok dia kat kg nanti..mesti afwan akan rindukan ummie kan...huhuhu...
aduh ni pun dah nak start sedih dh ni!!!

Tuesday, July 13, 2010

Didik Anak Mengikut Usia

Dalam konsep keibubapaan sendiri, bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga, manakala ibu sebagai pembantu bapa dalam pengurusan keluarga dan rumah tangga serta menjadi pemimpin semasa ketiadaan bapa.

Dalam cabaran masa kini, ibu bapa perlu ada anjakan paradigma supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik lagi.

Rahmah berkata, dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. 





Dalam pada itu, terdapat empat gaya keibubapaan yang menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu. 
Empat jenis yang dimaksudkan, jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang), jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang), jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang ) dan jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang). 
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia. 
‘‘Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak,” katanya.

-petikan ucapan Penceramah Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Rahmah Othman pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga Ilmu Keluarga @ LPPKN bertajuk "Anakku, Kalian Segalanya" di Bangunan LPPKN.

So, kita jenis yg mana??? Renung2kan dan selamat beramal……










Monday, July 12, 2010

Ramalan Paul Benar Belaka!!!



Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa aa
This time for Africa” - nyanyi sikit..:-)     



Spain win!! 1-0 ke atas belanda..so,benar le ramalan si sotong tu ye..biasala org kata firasat haiwan ni kadang2 betul kn..maybe juga secara kebetulan kan..apa pun, spain dah menang.
Aku ni sebenarnye x pernah tengok pun world cup tahun ni..maklumla husband xde kat umah kan,so malas le nak tengok sorang2..melayan baby dan bila dia tido, aku pun tido je la..
Nk story bab hubby aku ni..time final ni lak time dia cuti kan, so bestla dia dapat tengok. Semalam dia g tengok kat jam besar (tengah bandar SP) ngan member2 dia..kul 5.30 pagi baru balik. Katanya bayarn masuk RM10, dapat makan dan minum sekali..okla kan,?? Mm..gitule kalau org lelaki dengan bola kan.. xmau miss walaupun sebelum ni x berkesempatan nak tengok selalu. 

Friday, July 9, 2010

Helpdesk

Dah hampir 2 minggu, aku & staff IT yg lain kena standby jadi helpdesk..cuti pun kena datang keja..huhu...pengalaman pertama nih! dah ler sumanya kurang familiar dengan sistem spital ni, maklumla sebelum ni keja vendor semua kan...so, bila ada timbul satu2 issue yg pelik2 sikit, masing2 kerjasama la cari solutionnya..team work la katakan..bak kata wonderpets "apa yg penting?......kerjasama"..hehehe..