Tuesday, June 14, 2011

Kit...Tai

hahaha..nak tergelak pun ada bila teringatkan perkataan tu..kit..tai..hehe...ni la perkataan baru yg muncul dr mulut anakku..si Afwan ni.Perkataan2 ni kuar dari mulut dia disebabkan Afwan diserang cirit-birit yg membuatkan celah pahanya melecet..bila nak letak ubat, terkeluarla ayat...
"Mi..kit..kit..", (maksudnya, "Ummi, sakit..sakit") sambil tangan dok tunjuk ke tempat yg melecet tu. tapi skrg dah hilang melecet tu..mula timbul rasa gatal2 plak..
 "Mi..tai..tai.."..(dalam kat betulnya, "Ummi, gatal..gatal"). Alhamdulillah..orang Kedah kata dah nak 'berbutir' dah cakapnya tu.

yang merungsingkan kepala otak aku ni adalah sebab apa Afwan boleh dapat cirit-birit dalam tempoh masa yg lama sgt ni..dah hampir seminggu lebih ni. Jumpa pakar pun dah, jumpa doktor kt spital ni pun dah. Pakar bagi garam, ubat usus, angin  dan krim kalis air utk ilangkan lecet. Doktor cni pun suruh continue je garam tu,..mm..petua tradisional pun aku try..adala nampak kurang, tapi still cirit..Seingat aku, anak aku ni susah nak makan, dan dia x akan makan apa2 pun kdg2 tu kecuali susu. Adakah disebabkan susu??? Memang pakar ada suruh tukar susu kepada susu yang tanpa laktosa, tapi sama ja..aku cuba la bagi dalam dua hari, tapi dia dah xmau sebab x sedap kot..tambahan pula x baik pun cirit tu. Aku continue susu lama balik la. Kemarin dah x cirit, tapi semalam 3x plak dia poo..mm...kenapa ni??? Tapi, alhamdulillah,Afwan still aktif dan x nampak apa2 masalah kecuali dok poo tu ja..Ada x kawan2 pernah jadi camni..any suggestion????



my sign

Wednesday, June 8, 2011

Cari Ketenangan

Malam Ahad lepas, entah camna mata ni x mengantuk..aku layanla Jangan Tidur Lagi. Rancangan tu dihoskan oleh Cat Farish..n tetamu2nya adalah para ibu tunggal yang muda2 gitu. Diaorang adalah Anne Ngasri, Tasha dan Siti Nordiana..semuanya ada cerita tersendiri. Dan, tiba2 ja rasa tersentuh bila Siti Nordiana mendendangkan lagu Cari Ketenangan dan kalau x silap aku, lagu ni merupakan rakaman terakhir beliau bersama Achik Spin..kalau salah, sorry ye..fuhh!! liriknya menusuk kalbuku!! Ampa (korang) hayatilah lirik lagu ni..hu3...(ternangis sekejap daku)..hanya yang memahami akan merasainya..



Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Apa yang terjadi
Itu semua lumrah hidup di dunia
Kadang bergembira
Kadang terseksa
Mengapa masih begini
Sukar untuk dilupakan
Jiwa semakin terganggu
Dan terseksa
Chorus
Haruskah aku
Bermain dengan perasaan yang terluka
Adakah ku masih cinta
Atau pun hanya merindu
Walau ku tahu
Kita sudah tidak bersatu hati lagi
Mungkin ini akibatnya
Cinta pertama buatku
Bila bersendiri
Selalu dibayangi cerita yang lalu
Pabila hatiku
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan
Cari ketenangan

Nak dengar lagu ni?? search la ye..:-p. 






my sign

Monday, June 6, 2011

I'm Lost..

Lost??? why?? hahaha..sebenarnya daku lost contact with kengkawan fb..dah x dapat on9 sejak Khamis lepas g..modem kat sini dah 'gelong'.  Aku ni asyik suruh orang 'reset' ja..mungkin dah dicop muka fb kot..hu3..lantaklah korang nak kata pa pun..bukan pa, klu x bagi ber'fb' bek xyah pakai streamyx kn..tapi tu bukan isunya, kat ofis aku tiada sekatan untuk itu..cuma modem tu ja yang dah x betul, perlu di'reset'.  So, tunggu je la si pakar dalam meng'reset'kannya nanti.  Orang cam aku ni, pandai bising mintak tolong je la..almaklumla, bab2 ni mmg failed!! Tu la..ber'fb' ja pandai kan?? Bukan aku xmau amik tau, tapi xdak orang nak ngajarkan..so,klu da yg sudi perturunkan ilmu tu, kecik tapak tangan, lori kontena aku tadahkan!!
So, memandangkan tiada isu kerja buat masa ni..meh kita layan blog Mazidul..ala wartawan tv3 tu..aku baru ja jumpa kemarin..so, jomla layan Bersama Mazidul


my sign

Sunday, May 29, 2011

The Negotiator


"Now, get me Sabian!"..ha..dah pernah tengok ka filem ni?? Kalau x salah, filem ni tahun 1998 g..time tu aku baru form 1. Ni la first time aku tengok. Filem ni ditayangkan malam tadi kt Astro Prima, pukul 12 tghmlm - 2 pagi. Dah sekian lama aku x layan cerita2 kepolisan camni dan sampai pagi2 lak tu. .sorang2 plak layan tv..sebenarnya hubby aku yang nak tengok sangat, last2 dia plak tertido. So layan je la..

Meh citer cket tentang filem ni..
Filem ni mengisahkan seorang polis yg merupakan seorang negotiator yang terbaik di Chicago East Side, Danny Roman lakonan Samuel L.Jackson. Bagaimanapun, dia diperangkap dan dituduh membunuh rakannya sendiri, iaitu Nate berikutan siasatan mereka mengenai penyelewangan dana. Dalam filem ni, memang terdapat konspirasi dalaman, di mana polis jugakla yang menyeleweng. Dan, yang paling best filem ni, xdak sorang pun penjenayah luar. Semuanya antara dalaman, kita boleh lihat bagaimana Danny Roman menahan 4 orang tebusan untuk membuatkan pihak yang terlibat dalam konspirasi tersebut menonjolkan diri.

Sabian, lakonan Kevin Spacey, merupakan polis dari West Side yang dimahukan oleh Danny kerana dia percaya Sabian mampu membantunya. Dan, ternyata Sabian memang seorang polis yang dipercayai dan membantu Danny.

Filem ni penuh dengan aksi dan psiko jugakla..kalau nak baca review lebih banyak g, kat sini http://www.filmcritic.com/reviews/1998/the-negotiator/.

Sebenarnya, aku xtau nak cerita la. Tengokla sendiri ye..best! x rugi aku tido lewat semalam. Kalau korang rasa x best, korang punya pasalla!! aku layan.............
my sign