Tuesday, September 4, 2018

KURSUS BLOG

Assalamualaikum and Gd Morning!!
Wahhhh setahun sekali baru nak update blog!! Hahaha
Hari ni baru nak sentuh balik sebab berpeluang ikut kursus blog kat ofis.
Semoga lepas ni lebih konsisten kot nak menulis balik..hihi.
Nah, awal-awal dah dapat tips dari cikgu.

tips blog



Sunday, April 15, 2018

Beauty Consultant


Assalamualaikum. Haii...
Ada lagi ka orang yang baca blog bersawang ni? Haha.

Kaklong rasa nak berceloteah kat sini pulak tiba-tiba. Selalu dekat fb @ ig ja kan.
Lawak pula baca post lama-lama. Hihi.

Ok, saja nak introduce diri. Selepas setahun menyepi, kaklong sekarang dah bergelar Beauty Consultant Mary Kay tau.

Kaklong open class PERCUMA (Sungai Petani,Kedah) setiap Khamis (4ptg - 6ptg) untuk bulan April 2018. (Hari lain boleh dipertimbangkan.)

Terhad 2-4 org setiap sesi(wanita sahaja). Secara personal,seorang pun boleh.
Boleh booking tarikh anda dgn wassap ke 0194645429


Kelas merangkumi :
✓basic facial
✓basic makeup
✓spa tangan
✓spa bibir


my sign

Wednesday, January 18, 2017

Jodoh Itu Milik Kita

"Aku suka kat hang".
Bermula sebuah episod jodoh.

Siapa sangka..
Kita yang dulunya jarang nak bertegur sapa,
Tak nampak pun awak dalam ramai-ramai kawan kita..
kelibat awak macam tak wujud pun walaupun di depan mata. 
Saya budak 'hot' sekolah rendah, awak siapa..(haha macam perasan) Siapa sangka...itu yang ditulis.

Maaflah, gambar awak memang tak ada dalam koleksi kawan sekolah rendah saya. Kalau ada pun, mungkin nampak sipi-sipi saja..😂😂

Berangan takmau kahwin dengan orang dekat-dekat, "apa hal budak kampung sendiri..😬😅 (oopss sory!)  Alih-alih jodohku dengan budak rumah seberang jalan.. ☺️☺️

Time belajar konon berkawan dengan adik pensyarah..acah-acah best dapat dating naik CRV tu..tapi cuti sem ja senyap memasing.  Lepas tu berkawan pula dengan abang senior..hmm setakat abang angkat sajalah. Admire lama pun rupanya satu tempat belajar, tapi masa & keadaan dah berubah..tak boleh berputik balik rasa yang hilang..chewah!  Dia kata semua itu bukan jodoh kita, maka bukanlah. Titik. 

Biarpun awak layan OAG dan SO7,
saya XPDC..jodoh tetap jodoh. Tolak macammana pun tetap kuat. Angin lalu pun tak tergoyang..amboi! 😁😁 

Suka akhirnya menjadi sayang dan rindu..Ahaks! Alhamdulillah, ke jinjang pelamin kita..walaupun pada mulanya saya tak tahu pun awak ikhlas ke tidak dengan perkataan 'suka' tu. Sampai bila jodoh ini? Allah Maha Mengetahui..😌😌

Tarikh ini, di detik ini, lapan tahun lalu..awak ambil saya sebagai tanggungjawab dari ayah saya.
Oh, terima kasih ayah atas restu..
terima kasih mak atas doa berpanjangan. Ingat lagi janji awak dengan mak ayah saya? ✌🏻️😊
Siapa sangka? Allah saja yang tahu. 

Semoga awak dapat menjadi imam saya hingga ke syurga. Tutup cerita lama, buka lembaran baru dengan sentiasa letak Allah Maha Esa di depan. Itu yang saya minta dengan jodoh ini. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Ajal maut jodoh semua Dia tentukan. Siapa kita untuk menidakkannya. Jika hari ini, jodoh kamu bukan seperti yang diharap, bukan para alim dambaan bidadari syurga, bukan juga hartawan mahupun budayawan..terima dia seadanya. Jika dia jatuh, hulur tangan..bangun dan jalan bersama. 

Yang belum bertemu jodoh, inshaAllah jika bukan di sini..dia sedang nanti kamu di syurga abadi. ✌🏻️😊

Maaf ya tertaip pulak kisah kasih ni panjang-panjang. ☺️☺️☺️

Sunday, January 31, 2016

Setel Hutang Kereta dalam Masa 4 Tahun?

Assalamualaikum w.b.t

Dalam pada saya berkira-kira tentang hutang kereta. Tiba-tiba Allah hadirkan seseorang dalam group whatsapp Jutawan Emas untuk menanyakan hal berkaitan ini.

Berikut tips yang saya dapat dan tak mahu ianya terpadam, saya catatkan di sini..


~TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS~

Ini adalah teknik yang saya dapat dari rakan emas yang lain,
teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “wang kertas” tak boleh buat.

Katakan anda ada tunai lebih kurang RM3500 dan mempunyai sebuah kereta baru yang perlu bayar installment RM400 sebulan selama 9 tahun.

Langkah 1

Anda beli barang kemas (emas) yang nilainya RM 3350
Pajakan di AR Rahnu dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.Hasil pajakan = 70% X RM3350 = RM2512

Langkah 2

Gunakan RM2512 tadi , untuk bayar installment kereta selama 6 bulan secara “lumpsum".
Kemudian daripada gaji anda yang sepatutnya digunakan untuk membayar instalment kereta,
ubah kepada untuk membayar pajakan Ar rahnu tadi.Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda,
dan selepas 6 bulan, anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda

KESIMPULAN

1. Setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar.
2. Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta sahaja. Bayaran tetap sama.
3. Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun. Anda akan dapat kereta dan juga emas.
4. Katakan dengan RM3500 anda dapat membeli 23g emas 916 (RM150/g). Bayangkan kenaikan emas 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 23g anda akan bernilai RM9660.

Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta sahaja, baik dapat kereta dan juga emas.

* Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas .


-Jomla buat kira-kira kita sendiri hari ni..
#1gram1bulan1keluarga


Misi 1 gm to 1 kg..InsyaAllah

Baca artikel asal untuk tajuk di sini.


Nota 1: Mohon halalkan ilmu ini sekiranya tuan/puan empunya tips terjumpa di rumah usang saya ni..Hanya Allah mampu membalasnya.

Nota 2: Mahu menyimpan dan menjual emas, cari saya untuk kita sembang pasal emas.





my sign