Friday, April 30, 2010

Secebis renungan...

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

(fr members of Tmn2 Syurga)

Thursday, April 29, 2010

This Can Happen To Anyone - especially ladies

Warning !  Email diforward oleh seorang kawan kepada aku..
untuk peringatan buat semua...

I was at a souvenir shop at Jalan H.S.Lee, Petaling Street on Tuesday
evening.


A young Indian lady told me that there's a stain on my pants.


(The young Indian is around 20-25 yrs old, long hair, about 160cm tall,
her skin is quite fair, she's wearing t-shirt & jeans
 and she's
speaking very fluent English.)


I turned back and checked and found out that there's a red stain looked
like paint on my pants.


So, this lady helped me to clear the stain from my pants. After that, I
continue looking for soft toy in the shop.


Then, the lady asked me whether I want to clean the stain. I rejected
her offer and told her that I'm going back home and I can clean it at
home.


After that, she told me that she was a teacher at a famous tuition
center in KL just opposite the shop and she's waiting for her brother.

She wanted to go to toilet to wash her hands (Her hand was dirtied when
helping me to wipe away the stain) and she invited me to go to the
toilet with her.


So, I followed her to the toilet to clean the stain on my pants.


She brought me to the ladies at the 1st floor of the tuition center. I
took off my bag and put it on the basin so that I can clean the stain on
my pants.


While I was cleaning, she took my bag and ran away.


Everything was just happened in 3 minutes. I was so shock when I found
out my bag and the lady was gone.


The young Indian lady left her things in the toilet and ran away with my
bag.


I searched through her belongings and found a lipstick in the envelope
she left.


Then, I realized that she's the one who put the red lipstick stain on my
pants and pretended to help me.


I went to the tuition center together with the police officer for
investigation on the next day.


I was able to recognize the young Indian lady from the CCTV record. The
security head of the tuition center told me that I am the 2nd victim.


5 months ago, the same young Indian lady did the same case using same
method at the same place to 1 of the student in the tuition center.


During the investigation, I was told that to print out the young Indian
lady's photo from the CCTV costs RM150.


The tuition center wanted me to bear the printing cost because I'm
neither a staff nor a student there. I refused to bear the cost because
I am the victim.


I asked the police officer whether the police force can bear the cost
because it's an evidence.


Guess what the police officer told me...


He told me not to put too much hope that they will be able to catch the
thief, 70%-80% that they will not be able to catch the thief.


Sigh...

With all the evidence provided (the CCTV record, the thief's belongings,
and her finger print was printed on the envelope she left), the police
officer told me not to put too much hope that they will be able to catch
the thief.

I was so disappointed.

So, I decided to share my experience to everyone of you. Hopefully you
will not be the next victim because the thief is still free out there.

This is her 2nd successful case, so there will be 3rd time and so on
until she's caught.

The police officer told me that such cases always happen at Bukit
Bintang and Low Yat Plaza area.

So, pls be careful when you are at that area and trust no one.

Just ignore and walk away when a stranger tells you that your clothes is
dirty.


Pls share my experience to your friends and family especially ladies.
Hopefully your friends and family will not be the next victim.
 

 

Thursday, April 22, 2010

Afwan kena cucuk!!

Pagi tadi bawa anak g checkup..dh cukup 5 bulan rini,so kena cucuk lg la..
Nasib baik ari ni xde ramai org..dlm sejam lebih dah settle dah. Kalau x, memang kematu dibuatnye..duduk lama2 ni.
Afwan kena cucuk..huhu..nasib baik nangis kejap je. Nangis masa cucuk tu je..lepas tu, hubby aku gosokkan paha dia tu..okla. Naik keta terus tido sampai umah. Wah, bagus betul anak ummie ni! Sampai je umah terjaga balik..so, bagi makan ubat le takut demam plak kn..aku tuam2 lagi bagi hilang rasa sengal2 tu.
Abih tu, xnak tido plak, asyik membebel apa ntah ngan baba dia..
Lama juga dia main2, letak je atas buai terus lelap..so,aku tinggalkan dia dgn hubby le..aku dtg keja ni.
Xtau la demam ke x..macam yg lepas2, demam sikit2 je,tapi memerap je lebih.
Arap2 xla..klu x,nanti malam susah tido..

Tuesday, April 20, 2010

Blog PUSPANITA JAS

Marila ramai2 jenguk ke blog Puspanita JAS..
kt c2 akan diletakkan aktiviti2 yg dijalankan oleh semua biro n beserta gambar2 la..
tips2 pun ada..sesapa yg nak wat sumbangan lehla emailkan kt aku.

Blog ni pun aku yg bangunkan memandangkan aku dilantik sebagai Ketua Biro Penerbitan, Hebahan & ICT.  Juga boleh add PUSPANITA JAS kt fb ye.

Apa2 kekurangan n da tambahan lehla inform ye..maklumla saya budak baru belajar..hihi

Mak dah balik

Mak aku dah balik dah malam isnin yg lepas..
aku antar naik bas kt kajang coz sana banyak bas..aku amik tiket bas Sani, mana tau boleh menang RM160,000. hehe..

gpun kami p makan malam kt umah adik ipar besan mak aku kt kajang sebelum depa bertolak balik..mm..dapatla rasa masakan org kampung sebab depa pun orang kedah gak..
mmg sedapp abih sampai tambah2 aku..cmna nak diet nih!! huhu

Friday, April 16, 2010

Yea..yea..Mak datang!!

Baru sempat nak update blog..

dah dua ari mak aku dtg sini..bestla! hehe..saja je datang nak amik adik aku. Adik aku ikut aku dtg sini time kitaorang balik kg 2..x sekolah ke?? memangla x...cutile jawabnye. Dah lama tinggal ngan aku, teringatkan mak plak la dia, so i2 yang mak aku datang ambil tu.

Sementara mak aku ada kt sini, macam2 lauk kitaorang beli sebab nak suruh mak masakkan. Maklumlah bukan selalu dapat makan. Tahu jela aku ni bukannye pandai masak..masak boleh, tapi rasa..ermm..ntahle. Dah rasa baru korang tahu camna..hahaha. Nanti balik nak g pasar tani plak, beli lagi apa2 yang patut.

Bukan tu je..xler sunyi sangat umah aku yg berada di awangan tu. Anak aku pun suka sangat mak tok dia ada..asyik tersengih2 tengok mak tok dia. Apalagi dengan pak su dia (adik aku) tu, memang menjerit2 suka! Best tau mak ada!!

ni le mak n adik aku

Thursday, April 15, 2010

Sebab aku pilih MAB

Actually, aku jumpa produk nie masa tengah2 surf internet..xde keja nak wat coz anak dh tido..
Aku jumpa blog salah sorang subdealer MAB, aku cuba la ikut..n aku cari lagi info ttg MAB ni di website lain..
jumpa plak blog dealer terbesar kt Penang..so, dapatla no contact sdealer yg area sini..

Aku contact sdealer yg first time aku jumpa blog MAB, bnykla info yg aku dapat..n dari segi pengalaman dia sendiri yg gunakan. X abis dari situ..aku contact orang lain yg pernah gunakan MAB. So, semuanya mempunyai pengalaman tersendiri mengenai MAB ni.. 

Aku tekad nak beli coz aku memang sedang mencari perancang..x yakin dengan manual!! Oppss..terlebee sudaa..sebenarnya bukan sebab tu saja..aku sekarang sedang mengalami kitaran yang x normal..bimbang dengan hal tu la, aku beralih ke MAB.  

Baru tiga ari menggunakannya..ada tindakbalas penggunaannya.  Sebenanrya, hormon kita berbeza..so, tengokla tahap penerimaan badan masing-masing. 

Maajun Anggun Bestari

Just nak share..
Sesapa yang nak mengamalkan perancang cam aku..lebih baik kita beralih kepada ubat tradisional.
Jika ada yang makan pil perancang dari klinik, bukan aku kata x bagus..tapi jangan salah pilih coz ada yg x sesuai dengan badan kita..pada yang x pernah ambil perancang n rancang secara manual..marilah sama-sama kita cuba Maajun Anggun Bestari @ MAB!!

Di sini aku kongsikan kelebihannya k..
" MAB adalah produk tradisional dari herba, rempah ratus dan madu. Kegunaan MAB pada asasnya adalah “Family planning”. Walaubagaimanapun MAB juga bertindak sebagai ubat MULTIPURPOSE dalam penjagaan kesihatan dalaman / kecantikan Wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah FAMILY PLANNING moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul. MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas, berkahwin/ belum berkahwin dan orang-orang tua ( Warga Emas ) MAB di jamin bersih,
( Suci lagi halal ) tanpa perlu di ragui lagi bagi orang Islam."

(sumber dari sdealer MAB)


Wednesday, April 14, 2010

Untuk yg pertama kali guna Cloth Diapers cam aku..



1.        Basuh dahulu cloth diaper dan 'insert' sekurang-kurangnya 3 kali prewash (basuh-keringkan, basuh-keringkan, basuh-keringkan (3x)) sebelum pertama kali hendak digunakan.  Gunakan sedikit saja sabun, kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulityang sangat sensitive, atau boleh juga guna sabun mandi.

2.   Masukkan 'insert' ke dalam poket cloth diaper. ('insert' dibuat dari microfiber tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi).  Pastikan ianya ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti disposal diaper). Bagi bayi yang 'heavy wetter', boleh dimasukkan dua 'inserts' ke dalam poket cloth diaper (waktu malam juga digalakkan gunakan 2 insert). apabila hendak menukar 'insert' harus tukar CD sekali walau pun 'microfleece' (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.

3.    Sebelum dibasuh, keluarkan 'insert' dari poket cloth diaper. Jika tiada najis, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama. Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa). Jika ada najis pula, buang najis ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa najis, seterusnya seperti langkah di atas.

4.   JANGAN masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper/'insert'. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan najis) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

5.   Bagi 'insert', sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, JANGAN gunakan clorox untuk memutihkanya. Boleh diperahkan limau nipis pada 'insert' yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh ataupun boleh dicampurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga. 

6.   Sebulan atau seminggu sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik. biasanya apabila cloth diaper sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

(sumber dari seseorang yg memang pakar bab2 cd ni)

----------

Tuesday, April 13, 2010

CD lagi

Last day, aku cakap akak ofis aku beli CD dari oversea kn..sebenarnye, aku pn beli gak..dia ada lebih n offer kt aku ari tu, so, aku pe tunggu lagi kn..memang nunggu masa nak beli je..ape lagi, aku beli dari dia la. Harganya 1 = RM37..okla sebab import kn..huhu



Ni la CD yg aku beli..cute x afwan pakai??? hehe..actually ada dua..1 lagi warna biru. X sempat nak amik gambar..

So, penerimaan afwan??
Aku rasa okla. Tapi dia pakai dalam 1 jam lebih je dh nak kena tukar, sebab dia kuat kencing..rasa basah sikitla berbanding pampers biasa. Afwan pun tidur kejap je sebab x selesa..anyway, pakai ari cuti n siang xpela.. Kalau pakai malam..jenuh aku nak bangun nak tukar plak 1 hal kn..





Friday, April 9, 2010

Lagi ttg CD

Baru je jap tadi akak kt ofis aku dapat Cloth Diapers yang dia order dari oversea..so,dptla aku tengok secara real kn..maklumla x pernah tengok sebelum ni..maybe pernah tengok, tapi x tau ape benda..huhuhu..betapa naifnye aku bab2 ni..

Dari situ, aku rasa patut cuba la..di samping menjimatkan kos, aku rasa baby lebih selesa dengan CD berbanding pampers biasa coz tiap-tiap ari pakai kn..

yang akak tu beli brand Kawaii Baby..hampir dua bulan nunggu sampainya dari oversea..aku pun nak beli, tapi dari local je la..kat sini pun banyak, cuma kena pandai choice je la..diaorang cakap 'Coolababy' yang member aku jual tu pun ok.


"Afwan, nanti ummie belikan ye..kita try pakai CD plak..cian anak ummie ari-ari kena pakai pampers."

Thursday, April 8, 2010

Jangan tipu..


Jangan suka tipu anak kita, kalau tak mahu dia tipu kita..…


http://bit.ly/taman2syurga

So, renung-renungkanlah....



(sumber: Taman2 Syurga)


Tuesday, April 6, 2010

Cloth Diapers

                           


Aku baru dapat info dari member tentang Cloth Diapers ni.. 
sebelum nie aku x pernah ambil 'port' tentang cloth diapers..
yang dia introduce utk aku jenama 'coolababy',
harganya pun okla..
Rupa-rupanya banyak faedahnya ye..
- guna cam pampers gak
- tapi, boleh 'kitar semula' (guna n basuh)
- boleh thn sampai umo 2 thn..
- yg penting!! dpt jimatkan kos..
xyah beli pampers banyak2 kn..

tapi aku x beli g sebab stok pampers yang hubby aku beli time promosi tu punya la banyak g..
aku akan beralih arah selepas ni..tapi kena tengok penerimaan si'chubby' aku plak camna kn..
kalau dia x selesa x guna jugak kan???

Cuti...

Minggu lepas aku cuti seminggu..
awalnya apply cuti cuma 3 ari, tapi mc lak 2 ari..
balik kg ziarah bapa sedara suami aku sakit..dua orang yang sakitnye..x sangka plak, yang kami tahu cuma sorang, tapi singgah rumah pak lang, tengok2 dia pun jatuh sakit tiba-tiba je..dia sakit tulang belakang sampai xleh jalan..
nak dijadikan cerita..aku pun ter'mc' 2 ari sebab demam batuk2..nasib baik sekarang ni dah ok dah..cuma malam2 je nak batuk2 sikit g..mungkin sebab sejuk kot.. Tengok orang sakit aku plak sakit..lama x balik kg kot, berubah cuaca..hehe..
Apapun diharapkan family kt kg semua dah beransur pulih ye..doa anakanda di sperantauan sentiasa untuk semua!! Amin....