Thursday, March 17, 2011

arrggggggh!!!! help me!!

xdak sapa boleh tolong pun!!! aku tersepit tadi!!! dahla kena masuk training pastu kena p meeting plak?? where is my bos n others??? mesti korang jugak tertanya-tanya kan? macam staff IT kat cni sikit.....ye la aku sorang je application hari ni..so, geng technical xleh kira la! anggap je xdak..lagipun kalau suruh pun xdaknya yang sudi gantikan aku p meeting tu. betul x kawan2?? i x salahkan korang ye! Bukan ada kaitan dengan depa pun.....hu3. So, tanggungla tugas sendiri ye!
Bab nak masuk training xpela, lagipun lepas ni maybe aku n team application yg lain kena incharge training untuk AMO baru kat spital ni (tambah kerja baru plak ni). Tapi, aku terpaksa tinggalkan training yang aku sendiri perlu belajar untuk p meeting tu..xpala..okla, kita cakapla training ni boleh belajar balik kemudian lepas ni dari pihak vendor. Tapi yang amat aku kesalkan dan x puas ati sangat, where my bos?? arrghh!!! dah inform tau beberapa ari lepas, tadi pun aku dah mesej. Xkan tinggal hp lagi kot!! Pepagi tadi aku jumpa dia kat pintu masuk, tapi dia nak keluar la time tu. Ok, xpala..ingatkan lepas tu ada la berkurung dalam bilik ke kan...tapi,hampeh!!!! semua orang sibuk dok call..where is IT person?
Dengan kelam-kabutnya, aku pun p la..dahla mula2 salah tempat sbb si site manager tu inform nak tukar tempat, last2 buat kat tempat asal jugak. mm..hangat la masa tu. Sampai je kat bilik meeting tu, semua orang dah ada n tengah berbincang pun. Aku masuk je la dengan selambanya. Bukan aku boss pun kan..duduk dan dengar sampai habis. jadik orang bisu!!
Dan, satu bab lagi yang aku x berapa nak attend meeting dengan pihak berkenaan ni sebab aku tau diorang semua ni speaking beb!! Arghhhhhhh.......help me!! Aku memang la lemah bab ni..hu3..nasib baikla, bukan omputih, klu dak lagi aku x faham. Ni orang Malaysia yg cakap kan, boleh lagi la aku faham..time ni la aku rasa aku perlu improvekan bahasa inggeris aku! hu3.......................orang lain pun spoken, but diaorang semua tu yakin untuk cakap. Aku x yakin..who can help me????????



sign

Tuesday, March 15, 2011

Botol NUK BPA free ye..

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini. 


-Petikan Berita Harian   13 Mac 2011


Bila terbaca berita ni semalam, terus aku search tentang botol NUK..fuhh!! Alhamdulillah..free BPA. Sebelum ni aku selalu jugak baca label kat botol2 yang tertulis free BPA, tapi x faham kenapa x boleh ada BPA. Dan BPA tu apa? Mmm..betul2 buta kesihatan la kan? Hu3...

Ni Afwan punya..satu pendek, dan satu panjang.
(Standart Bottle NUK)


Walaupun buta kesihatan ni, aku tetap dengar nasihat orang untuk dapatkan yang terbaik untuk anak aku. Afwan telah menggunakan botol NUK ni sejak dari umur 4 bulan lagi..masa tu kami tinggal kat Putrajaya, babysitter Afwan la yang cadangkan memandangkan masa tu Afwan x dapat terima penggunaan puting botol biasa (yang bulat tu la)..So, aku pun belila botol NUK yang standart yan mana putingnya berbentuk leper dan berwarna kuning. Macam ibu punya..hehehe..so, sejak tula diguna sampai ke hari ni.


Ni pulak rupa sebenar puting yang aku ceritakan tadi.
Ok, berbalik pada berita BPA ni..mulanya aku hairan jugak kenapa perlu tunggu masa setahun untuk kerajaan haramkan penggunaan botol ni..mesti korang pun terfikir kan?? Kenapa benda camni, boleh dipermudahkan? Tapi, bila difikirkan setiap langkah yang diambil oleh kerajaan pasti ada sebabnya. Ye ke?

So, apapun kita sebagai ibu bapa atau orang yang prihatin terhadap isu sebegini malahan berkait dengan bayi dan kanak-kanak ni,  perlulah ambil langkah proaktif demi kepentingan dan kebaikan anak-anak kita.  mana yang boleh dibendung, kita usahakan.

Bila difikirkan, patutla macam-macam penyakit yang muncul sekarang kan...banyak sangat benda yang terlarang yang kita tidak tahu apakah ia, untuk apa, dan bagaimana, mungkin kita sedang gunakan @ mungkin termakan!! ..Mari sama-sama fikirkan....... 

-Gambar2 sebenar di atas dari NUK website.

sign

Monday, March 14, 2011

Tamat sudah episod ISAC..

Belum sebenarnya..hanya tamat episod kursus je. Examnya belum p lagi. 28hb ni baru aku amik exam ISAC ni. Hope lulus la. Penat tau, p kursus sampai 3 hari. Campur semalamnya taklimat lagi setengah hari aku p. Taklimat untuk exam ni diaadakan kat Bilik Mesyuarat Utama, JKN Kedah.
Bukan nak mengeluh, tapi saja ja nak meluahkan kepenatan..hehehe..tapi aku jugak yang untungnya sebab dapat ilmu kan..x gitu? Ni first time tau JKN anjurkan Kursus ISAC sampai 3 hari..aku antara yang pertama terpilih la..cheewah!!
Oleh kerana asyik nampak muka aku ja, Cik Ummi (PTM) kat JKN tu dah berkali-kali sebut dan nak suruh aku buat kursus ISAC lak..
"Ha, lepas ni Shahida bolehla buat kursus ISAC lak ye", katanya.
"Oh, tidak cik Ummi! Belum cukup ilmu di dada..& yang penting bagi saya lulus exam lu ye"..kekeke.


sign

Tuesday, March 8, 2011

ISAC tu apa ye?

Pernah dengar ke ISAC? Apa ye? Sebenarnya sebelum ni aku pun x pernah dengar kat JAS..masuk ja kesihatan ni, baru tau. Tapi untuk apa sebenarnya kursus ni pun masih kabur..tapi setiap pegawai yang bertugas di bawah JKN (Jabatan Kesihatan Negeri Kedah) perlu amik exam ni sekali dan lulus. Meh chek terangkan sikit ye mende pa tu..



ISAC adalah singkatan daripada CT Skills Assessment and Certification, di mana ianya merupakan satu alat bagi menentukan kesediaan personel sektor awam untuk bekerja  dalam persekitaran Kerajaan Elektronik. Alat ini direka khas untuk menentukan keperluan persekitaran Malaysia, khususnya sektor awam.

Objektif ISAC adalah untuk menilai pengetahuan asas ICT dan kemahiran asas ICT dalam kontek komunikasi dan produktiviti.

Kurikulum ISAC ini mengandungi dua bahagian. 

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :
  • Koridor Raya Multimedia
  • Kerajaan Elektronik
  • Pengetahuan asas komputer dan  perkembangan ICT
  • Desktop Productivity
  • Internet dan email
Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam :
  • Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
  • Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
  • Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.
 Sumber: www.intanbk.intan.my

Sebelum menghadiri exam ni, biasanya para peserta akan diminta menghadiri taklimat dahulu.  Sebenarnya soalannya agak senang la. Cuma ianya adalah simulasi..so,kalau ada yang dah amik exam dan x lulus tu rasanya bukan sebab salah je, tapi mungkin sebab terlebih jawab pun boleh jadi. 
Contohnya jika soalan bahagian 2 memerlukan kita menjawab satu soalan je, so, satu je la. Jika tidak...

Ok,tu la sedikit sebanyak info tentang ISAC ni..kalau nak tau lebih lanjut..silalah layari laman web INTAN ye.