Tuesday, March 15, 2011

Botol NUK BPA free ye..

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini. 


-Petikan Berita Harian   13 Mac 2011


Bila terbaca berita ni semalam, terus aku search tentang botol NUK..fuhh!! Alhamdulillah..free BPA. Sebelum ni aku selalu jugak baca label kat botol2 yang tertulis free BPA, tapi x faham kenapa x boleh ada BPA. Dan BPA tu apa? Mmm..betul2 buta kesihatan la kan? Hu3...

Ni Afwan punya..satu pendek, dan satu panjang.
(Standart Bottle NUK)


Walaupun buta kesihatan ni, aku tetap dengar nasihat orang untuk dapatkan yang terbaik untuk anak aku. Afwan telah menggunakan botol NUK ni sejak dari umur 4 bulan lagi..masa tu kami tinggal kat Putrajaya, babysitter Afwan la yang cadangkan memandangkan masa tu Afwan x dapat terima penggunaan puting botol biasa (yang bulat tu la)..So, aku pun belila botol NUK yang standart yan mana putingnya berbentuk leper dan berwarna kuning. Macam ibu punya..hehehe..so, sejak tula diguna sampai ke hari ni.


Ni pulak rupa sebenar puting yang aku ceritakan tadi.
Ok, berbalik pada berita BPA ni..mulanya aku hairan jugak kenapa perlu tunggu masa setahun untuk kerajaan haramkan penggunaan botol ni..mesti korang pun terfikir kan?? Kenapa benda camni, boleh dipermudahkan? Tapi, bila difikirkan setiap langkah yang diambil oleh kerajaan pasti ada sebabnya. Ye ke?

So, apapun kita sebagai ibu bapa atau orang yang prihatin terhadap isu sebegini malahan berkait dengan bayi dan kanak-kanak ni,  perlulah ambil langkah proaktif demi kepentingan dan kebaikan anak-anak kita.  mana yang boleh dibendung, kita usahakan.

Bila difikirkan, patutla macam-macam penyakit yang muncul sekarang kan...banyak sangat benda yang terlarang yang kita tidak tahu apakah ia, untuk apa, dan bagaimana, mungkin kita sedang gunakan @ mungkin termakan!! ..Mari sama-sama fikirkan....... 

-Gambar2 sebenar di atas dari NUK website.

sign

1 comment:

  1. SALAM, SORI NAK BERTANYA...BELI BOTOL NUK NIE KAT MANA YE SELALU BOLEH DAPAT?? SEBAB SAYA BERMINAT PLAK DENGAN CORAK BOTOL NUK NIE...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.